Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Otsukaresama-desu!

Imej
(Nota - trigger ni hanya la sekadar copy paste semata-mata. Intipati dan ilmu yang disampai adalah bersumberkan dari link berikut --> Otsukaresama-desu ) " Otsukaresama-desu"   menghargai usaha orang lain Perkataan ni adalah dari bahasa Jepun yang diertikan sebagai "terima kasih atas kerja  (yang bersungguh-sungguh) anda" . Biasanya digunakan dalam beberapa situasi berikut: pada akhir sebarang activiti bersama (contohnya main bola, kerja kumpulan dan lain-lain yang dilakukan bersama-sama dll) --> lebih kurang macam "jumpa lagi" teguran ketika bertemu dengan rakan kerja yang sedang (atau baru habis) bertugas menghargai usaha seseorang terhadap diri kita Walau pada saat ini, ingin sekali aku ucapkan perkataan ni kepada rakan sekerja / boss aku yang bekerja kuat demi pesakit >_<! tapi, rasa semacam pula.. dah la bahasa Jepun (bukannya semua orang faham) satu kerja pula nak terangkan maksud kepada tiap-tiap orang nanti.. Ok, j

Compensatory mechanism

Entri ni berkaitan dengan perbelanjaan wang, yang mana rupanya terdapat satu lagi fokus dalam menguruskan kewangan aku.   Sebelum itu, izinkan aku ringkaskan semula entri lain yang berkaitan: siri 1 :  Pengurusan kewangan  - ni adalah algoritma pendapatan dan saluran pengagihan bagi kegunaan tertentu siri 2 :  Belanja sakan?!  - berkenaan teori pembelian berbaloi siri 3 :  Dua pun dah memadai  - berkaitan dengan kuantiti milikan sesuatu barangan (siri 4) Fokus C - Compensatory mechanism Ada masanya yang mana aku akan berbelanja lebih dengan menggunakan simpanan yang terkumpul untuk menggembirakan diri. Misalnya menyertai percutian keluarga, mengembara dan pembelian barangan kos tinggi (eg. game / laptop / motosikal dll).. Bagi tujuan tersebut, aku menggariskan satu lagi panduan ketika menghadapi situasi tersebut..

kalau makan luar (siri 4)

Imej
Ketika menjamah selera di luar, tiba-tiba datang la seekor kucing untuk meminta belas ihsan agar diberi makanan. Kalau kalian dalam situasi macam ni, apakah reaksi yang akan diberi? ( Live-action trigger activate!) a) bagi makan baki makanan yang tak habis tu b) bukannya nak bagi, bahkan dihalaunya (dalam kes yang lebih teruk disepaknya) pergi jauh fokus *7 - berkongsi makanan.. dengan makhluk lain (haiwan) ^-^! (penomboran ini adalah sambungan dari semua entri kalau makan luar ) Secara idealnya mestilah pilihan (a) memaparkan nilai murni yang baik iaitu (yang aku nampak) 'berkongsi makanan dengan makhluk lain'. Tapi dari pemerhatian aku, ramai yang semakin lupa, malah mementingkan diri sendiri apabila berkaitan dengan makan; "Tak payah fikirkan yang lain. Yang penting, perut sendiri ni mesti diisi dulu.." "Ala, pandailah dia cari makanan sendiri. Bukannya dia tak boleh cari pun. Tuhan dah cipta dia mampu untuk hidup sendiri"  "Sibuk

Biodata Nabi Muhammad

Imej
(Note - Entri ni juga adalah sempena hari maulid nabi. Asalnya maklumat ini didapati di laman Facebook , tetapi aku rasa ia menarik maka aku berniat untuk sisipkan dalam blog aku ^-^) ------------------------------------<BIODATA RASULULLAH S.A.W>--------------------------------- Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah) Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah s.a.w) Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Sempena maulid Nabi..

Imej
Entri kali ni adalah bersempena peristiwa maulid Nabi, iaitu hari kelahiran Rasulullah s.a.w pada 12 Rabi'ul Awal.. Sambutan Maulidur Rasul ini amat digalakkan terhadap umat Islam bagi mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w seterusnya melahirkan rasa cinta terhadap baginda. Tentulah, dah lebih 1400 tahun sejak kewafatan baginda dan kita tak pernah pun berjumpa atau mengenali baginda. "Bagaimana nak melahirkan rasa cinta terhadap Rasulullah kalau tak kenal baginda?" Oleh itu, kita sebagai umat baginda sewajarnya mengambil tahu sirah baginda dalam menegakkan ajaran Islam. Terdapat banyak buku yang memerihalkan kehidupan dan perjuangan baginda dan sahabat. Selain itu, dalam pelajaran sejarah tingkatan 4 juga terdapat silabus mengenai perjuangan baginda. aku rekomen buku ni. Mudah difahami! Insya-Allah, pelbagai pengajaran yang nilai murni yang dapat dipelajari seperti mana firman Allah dalam kitabNya: "

[game] Kingdom Hearts

Imej
Entri ni pasal siri game (lagi) ^-^! game ni semestinya menjadi kegemaran aku untuk terus ikuti perkembangannya.  Game Kingdom Hearts (KH) adalah hasil gandingan dua syarikat besar antarabangsa iaitu Disney Interactive Studio (dari siri Walt Disney eg. Mickey mouse) & Square Enix (pengeluar game Final Fantasy) . "Game ini adalah dari genre action- RPG mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang menentang satu entiti kejahatan. Bermula dari niat 3 sekawan ( Sora, Riku, Kairi) ingin mengembara ke dunia luar tapi kejahatan telah memisahkan mereka bertiga. Maka Sora pun mula mencari semula kawan-kawannya. Pada masa yang sama, 3 watak utama Disney (King Mickey dan ahli dirajanya Donald dan Goofy ) juga menyiasat satu entiti kejahatan (yang sama) tapi Mickey bertindak berseorangan dan keluar ke dunia (Disney) yang lain. Maka jadilah Donald dan Goofy keluar untuk mencari Mickey. Sora berjumpa Donald dan Mickey dan akhirnya mereka bekerjasama mencari kawan masing-masing..&quo

[Lagu] Pergi tak Kembali

Imej
Ketika bekerja shift malam di hospital, aku melihat seorang pesakit kanser yang bertahap kritikal dan tunggu masa je. Beliau dikerumuni oleh ahli keluarga dan sanak saudara pada saat-saat akhirnya. Dan akhirnya, beliau kembali ke rahmatullah pada Subuh hari esoknya.. ..Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata,"Sesungguhnya kami milik Allah & kepadaNyalah kami kembali" (Surah Al-Baqarah 2: 155-156) Melihatkan situasi ni, betul-betul jog memori tentang situasi aku sendiri (ada aku tulis sikit dalam entri bertajuk  sebelum induksi ) . Ditakdirkan aku sempat balik ke rumah pada malam nazak (arwah) mak aku. Dan akhirnya beliau juga kembali ke rahmatullah pada masa yang lebih kurang sama.. Oleh itu, aku ingin ambil kesempatan ini untuk berkongsi satu lagi lagu kegemaran aku. Lagu ni pada ketika pertama kalinya diperdengarkan kepada aku, aku menjadi takut akan mesej yang disampaikan. N

Hutang

Imej
Catatan kemaskini 1.9.2020 - beberapa perkataan di'melayu'kan bagi memartabat bahasa melayu. ---- BLOG mula di sini! ---- Entri ni bersifat imbas semula.. Teringat aku akan satu mesej yang aku terima tempoh hari.. Tolong aku leh.ak nk pinjam kt ko RMxxxx (nilai dirahsiakan)  skrg leh x?ak short in cash nie.gaji xpat lg.next two weeks ak bayar blik.pleaseee...klu leh bg skrg. ckp ngn ak ye.ak bg no akaun bank aku.tq. Kalau kalian dalam situasi sedemikian, apakah respon yang akan diberikan?  [Aktiviti: Pencetus tindakan secara langsung] a) respon yang ingin membantu b) respon yang menolak c) buat tak tahu ( don't know)  serta senyap menyibukkan diri dengan aktiviti semasa Aku rasa tiap-tiap orang akan memilih respon yang berbeza, bergantung kepada pengalaman sendiri serta hubungan baik dengan bakal penghutang.. Jadi mari kita teliti satu persatu: fokus A - memberi hutang isi fokus A adalah berdasarkan hadith ke-36 imam Nawawi Secara ideal dan naifnya, tentulah l

Zon selesa

Imej
Sejak aku off-tag ni, kehidupan aku menjadi lebih mendebarkan. Hari-hari aku berasa cemas tentang apa yang bakal berlaku sepanjang hari bekerja.. "Macam mana kalau ada kes yang complicated datang? Mampu ke aku uruskannya sendiri? Boleh ke aku keep up dengan senior HO/ MO / Specialist dah cukup berpengalaman nanti? Atau mungkin ke aku sekadar batu penghalang / pemberat yang menyusahkan >_<!" Nota - antara satu kelebihan tagging (yang dah hilang sejak aku off-tag ni) adalah kita tak betul-betul memikul tanggungjawab menguruskan pesakit. Misalnya kalau ada kecemasan, kita bertindak sebagai pembantu sementara tugas utama diserahkan kepada yang lain. Dengan itu, kita bebas tekanan kerja serta harapan pesakit.. "Aku tak boleh berfikiran sebegini.. Kena berani menghadapi cabaran.. biarlah apa yang akan berlaku sekali pun.." Fokus - Zon selesa Nampaknya aku sudah lama berada di zon selesa ni. Hakikat menyatakan kejayaan itu akan hadir bila kita berusaha men

Derma darah

Imej
Hari (tarikh entri) ni aku off. Tapi aku masih datang ke hospital untuk uruskan permohonan cuti. Di kala mengejar para ketua-ketua untuk tandatangan sokongan, aku terhenti di lobi hospital. Kelihatan Pusat Darah Negara (yang bersebelahan HKL ni) sedang menganjurkan kempen menderma darah selama 3 hari (15-17 Januari 2013) di tempat tersebut. Jadi alang-alang aku sedang kelapangan, maka aku gunakannya untuk menderma sekejap. Jom?? Entri ni macam buat promosi pula ^-^! Aku ni bukannya seorang penderma kerap, lantaran hari ni adalah kali ke-6 aku menderma dalam 7 tahun (kali pertama tahun 2006, di matrikulasi perak) ni. Dan aku akui, pada saat aku nak menderma ni pun, (tiba-tiba) datangnya rasa takut pulak pada jarum.. adoi~ "Cara aku mengatasi rasa takut ni ialah tidak melihat babak jarum disuntik ke dalam vena, sementara mengalihkan perhatian minda terhadap sesuatu yang lain (misalnya fikirkan idea komik, kenang semula peristiwa tertentu) . Jadi tak la terasa sangat, seperti

komik "Ex"

Imej
(Entri ni sangat berkaitan dengan Hobi di meja tulis , jadi boleh rujuk balik untuk ingat semula) Ex adalah komik bersiri yang aku lukis ketika tingkatan 5 (tahun 2005) sebagai hobi masa lapang (lantaran bersekolah asrama penuh, jadi hiburan sangat terhad maka aku pun melukislah). watak utama siri Ex Ceritanya berkenaan sekumpulan pelajar berlima (asalnya dari sekolah yang sama) kini menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh dengan peraturan dan disiplin yang lebih ketat. "istilah Ex itu diambil dari perkataan 'ex-Segambut' iaitu merujuk kepada watak-watak utama ini adalah bekas pelajar Segambut (sekolah lama mereka)" Siri komik ini telah dihasilkan sebanyak 25 episod kesemuanya (termasuk prologue dan intemeso). Tapi disebabkan sistem rekod/ penyimpanan yang tidak baik, maka karya ni telah hilang dan tak dapat dikesan lagi. Namun begitu, sekadar ringkasan tentang episod yang disampaikan oleh siri ni ialah:

Nostalgia

Imej
Pada hari cuti rehat (tarikh) ni, aku membuat keputusan untuk pergi ke bandaraya dengan tren LRT.. Destinasi aku ialah kompleks Sogo, niatnya untuk beli barangan rumah sedikit. Tapi, rupanya barangan yang dicari tu takde pula >_<! adoi, lupa nak set up 2nd objective pula.. Jadi untuk tidak terlalu hampa, maka aku akhirnya pusing-pusing melihat persekitaran kawasan tersebut.. Bila difikirkan semula, tempat ini mempunyai banyak kenangan dengan aku pada masa silam. Antaranya:

Defence mechanism

Imej
'Tika menghadapi kehidupan seharian, pastinya kita menghadapi liku-liku penuh dugaan. Jadi apakah reaksi kita terhadap tekanan yang timbul dari dugaan tersebut? Fokus - mekanisme pertahanan terhadap stress Yang berikut adalah copy & paste dari buku Oxford Psychiatry 3rd edition berkenaan jenis-jenis reaksi terhadap stres. Jom ulangkaji ^-^! Repression  : the exclusion of stress from consciousness of impulses, emotions, or memories that would otherwise cause distress.. Denial : concept that people behave as if unaware of something of which they are (in fact) adequately informed.. Regression : people behave in a way more appropriate to an earlier stage of development (eg. child like independence) Displacement : the transfer of emotion from a person, object, or situation with which it is properly associated to another which cause less distress. Projection : the attribution to another person of thought/ feelings similar to one's own, thereby rendering one's o

Menarik dari Nintendo..

Imej
Entri ni berkenaan game juga, spesifiknya dari konsol nintendo pula seperti Gameboy, DS, 3DS, Wii (tapi aku takde la Wii ni.. saja cakap). Ada beberapa game dari konsol ni yang menarik perhatian aku untuk terus mengikuti perkembangannya.. Game A - siri Pokemon starter pokemon dari 5 generasi berbeza "Game ni adalah dari genre RPG, berkisar tentang kehidupan seorang Pokemon trainer (pemain boleh pilih jantina sama ada lelaki/ perempuan, ikut keinginan masing-masing) yang akan memulakan pengembaraan untuk menjadi seorang Champion. Dimulai dengan salah satu starter pokemon dari unsur Water, Fire atau Grass, pemain akan membentuk pasukan berenam tersendiri. Bagi memburu gelaran champion, pemain perlu mendapatkan 8 lencana terlebih dahulu dari tempat tertentu melalui perlawanan antara pokemon, dan akhirnya bertanding di perlawanan akhir"  Apa yang menarik perhatian aku berkenaan game ni ialah pertamanya game ni menguji strategi pemain masing-masing untuk membentuk pasuka

[Lagu] Odei Anak

Imej
Entri kali ni berkenaan lagu sempena posting O&G.  Posting ini membuatkan aku kerap meneliti pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya (boleh rujuk semula entri dari O&G ).  Jadi marilah kita sama-sama perdengarkan lagu  Raihan - Odei Anak . Dalam entri ni aku sertakan lirik sekali agar dapat dihayati bersama. "Apakah pengorbanan seorang anak terhadap si ibu pula..?" Teringat aku akan komen seorang sahabat di facebook ketika dia mengongsikan lagu ni: "Bila aku dah ada anak nanti, lagu-lagu macam ni la yang aku nak bagi dia dengar.. Bukannya lagu-lagu k-pop semua tu.."  - Zul

Rendah diri

Imej
"Tak suka betul aku dengan seorang MO tu! Mentang-mentang la pandai sikit dah berlagak gila!! semua nak dia menang je" - antara intipati luahan seorang staf di HKL  Luahan ni merujuk kepada seorang MO (medical officer) yang agak baru di HKL, berpengalaman dan berkebolehan dalam aspek klinikal tapi perangainya tak begitu menyenangkan ramai orang. Jururawat, rakan sekerja, dan junior HO seperti aku juga mempunyai peristiwa tersendiri dengannya (tapi in sya-Allah aku tak simpan dalam sangat) . Cuma untuk kepentingan dan pengajaran bersama, jom tengok fokus kali ni.. Fokus - rasa rendah diri Berkata tentang rasa rendah diri, teringat aku akan satu nasihat dari pepatah Melayu: "Hendaklah kita mengikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk..." Episod 77 Wanted juga berkenaan sifat ini Pepatah ini nyata sekali mendidik aku agar sentiasa merendah diri walaupun mempunyai kelebihan. Jadi sepanjang kehidupan aku, aku sentiasa berusaha agar tak berlagak dengan

Lagu Jepun

Imej
Nota - Entri ni adalah kesan dari ketiadaan  trigger  yang cukup mantap untuk mengaktifkan " arus fikiran " aku baru-baru ni.. Takpe, kali ni aku sekadar ingin berkongsi tentang lagu kegemaran aku sejak dewasa ni.. Pendedahan pertama aku kepada lagu Jepun secara  *repeatable  (*aku cuba maksudkan yang aku boleh ulang dan dengar banyak kali sesuka hati)  adalah pada tahun 2003 di sekolah asrama  (tapi ketika balik bermalam je la ^-^!) Pada awalnya aku minat lagu jepun hanya berdasarkan  anime  sahaja, iaitu merujuk kepada lagu  opening/ ending anime  tersebut. Namun, baru-baru ni aku begitu tertarik kepada kumpulan tertentu iaitu Ikimono gakari. Sedikit penjelasan tentang kumpulan ni: " Ikimono gakari  adalah band pop rock yang terbentuk pada tahun 1999, terdiri daripada gabungan tiga orang iaitu Hotaka Yamashita, Yoshiki Mizuno dan Kiyoe Yoshioka. Hampir semua lagu mereka dinyanyikan oleh vokalis perempuan Kiyoe Yoshioka.."  (^-^! malas nak  introduce

dari O&G

Entri kali ni pun kita mulai dengan dalil dari Al-Quran la ye.. v_v "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya) , dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 2 tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Aku jua tempat kembali untuk menerima balasan" (Surah Luqman 31:14) Memang tak dapat dinafikan lagi betapa benarnya dalil naqli yang disebutkan itu. Ketika bekerja di hospital bersalin baru ni, berkali-kali aku diingatkan betapa susah payahnya para ibu mengandungkan anak. Apatah lagi ketika active phase of labour , kerap sangat aku mendengar ibu-ibu ni mengerang kesakitan ketika bersalin. Aku difahamkan perasaan sakit ketika bersalin ini adalah antara rasa sakit yang teramat sangat jika nak dibandingkan dengan semua jenis kesakitan di dunia ni. Dan hanya golongan i

Perbezaan fikiran

"awak tagging kat mana hari ni?", tanya si A "hari ni saya day 11..", balas si B "EH, AWAK TAK DENGAR KE SOALAN TADI?? SAYA TANYA  KAT MANA KAN??", balasnya semula dengan nada lebih tinggi  "(tapi, aku masih akan jawab macam tu v_v). Maaf, boss..", jawab si B  Fokus - sudut fikiran yang berbeza Baiklah! selain contoh ( trigger ) yang diberi, tentunya kita pernah lebih banyak lagi menghadapi situasi tak menjawab soalan seperti itu. Apa perasaan korang agaknya apabila berada dalam posisi A? dan bagaimana pula kalau korang berada di posisi B? Sebenarnya trigger itu adalah situasi yang berlaku hari ni melibatkan aku dengan boss..  sebagai orang luar, aku yakin tentunya pembaca sekalian lebih menyokong posisi A dalam situasi tersebut (iaitu korang menganggap si B memang tak menjawab soalan).. betul tak? Jadi meh la aku jelaskan.. Sebagai pihak A, aku yakin dalam tekanan kerjaya membuatkan seseorang lebih mudah irritated terutamanya apab

Tabah hati

Imej
"Aku nak letak jawatan la, tak mau lagi kerja doktor ni! Rezeki aku bukan di sini" Demikianlah antara kata-kata seorang rakan seperjuangan baru aku ketika mula bekerja HKL baru-baru ni v_v pada masa tu, baru je hari ketiga sejak melapor diri, tapi kejutan budaya alam pekerjaan ternyata memberi impak kepadanya.. Aku akui, dunia pekerjaan khasnya bidang perubatan adalah satu cabaran hebat baik secara fizikal mahu pun mental. Aku ketika belajar juga mengalami tekanan berat sehingga pernah terlintas untuk menyerah kalah. Namun, setakat ini Alhamdulillah masih diberi keteguhan.. Fokus - Teguh menghadapi cabaran >_<! Sebenarnya boleh kata aku juga masih berada dalam pendirian yang goyah, boleh diumbang-ambingkan oleh pengaruh luar. Jadi secara jujur, aku agak tak selesa dengan situasi sebegini. Tentulah, setiap individu bebas untuk menentukan kehidupan masing-masing, namun keputusan yang ditetapkannya itu memberi kesan kepada orang sekeliling juga..

Azam tahun 2013

Bila masuk tahun baru, tentunya ramai membincangkan tentang azam masing-masing.. Dan aku juga turut menetapkan azam baru agar kehidupan sepanjang tahun 2013 setidaknya mempunyai matlamat untuk diusahakan.. Sebelum menetapkan azam tahun ni, eloknya aku meneliti semula tentang azam yang lalu. jom buka diari kejap... ^-^! Diary volume 10 (2011)  mewarisi nilai (arwah) Wan untuk menyatukan ahli keluarga sekadar yang mampu menghormati & membantu mereka yang memerlukan  menjaga hubungan baik dengan kawan-kawan banyak-banyakkan senyum Diary volume 11 (2012) - memperbaik solat ! in syaa-Allah pelbagai nilai baik akan menyusul sekali. baca bacaan solat betul-betul jaga toma'ninah doa properly selepas solat sebaiknya kena berjemaah banyak Jadi apakah aku dah berjaya merealisasikan azam-azam yang lalu? Kalau muhasabah sendiri, aku nak kata takde la 100% tercapai tapi In Sya-Allah sedikit demi sedikit ada kemajuan.. Jadi azam tahun ni meliputi tiga kumpulan sasaran ;

Dua pun dah memadai..

Imej
*ingat lagi tak dalam satu entri dulu  Belanja sakan?!  aku ada sebutkan beberapa garis panduan, tapi diterangkan dalamnya hanya fokus A je.. maka ini adalah sambungannya.. Entri kali ni adalah berkenaan bilangan / nombor, khasnya merujuk kepada barangan di bawah milik kita sendiri.. Jom kita fikirkan persoalan berikut: "kalau (ambil contoh mudah seperti) pakaian, berapa banyak yang perlu kita beli baru puas hati?  Kalau nak diikutkan hati dan perasaan tentunya kita ni takkan puas.. Kalau boleh hari-hari nak beli baru, nak kumpul banyak-banyak. Sesuai sangat dengan hadith berikut, Sabda Rasulullah s.a.w: “ Seandainya manusia diberi lembah penuh dengan emas, maka ia masih menginginkan lembah yang kedua semisal itu. Jika diberi lembah kedua, ia pun masih menginginkan lembah ketiga. Perut manusia tidaklah akan penuh melainkan dengan tanah. Allah tentu menerima taubat bagi siapa saja yang bertaubat. ” (Riwayat Bukhari no. 6438)  Jadi macam mana ni? >_<! Aku juga, ada ma