[game] Kingdom Hearts

Entri ni pasal siri game (lagi) ^-^! game ni semestinya menjadi kegemaran aku untuk terus ikuti perkembangannya. Game Kingdom Hearts (KH) adalah hasil gandingan dua syarikat besar antarabangsa iaitu Disney Interactive Studio (dari siri Walt Disney eg. Mickey mouse) & Square Enix (pengeluar game Final Fantasy).
"Game ini adalah dari genre action-RPG mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang menentang satu entiti kejahatan. Bermula dari niat 3 sekawan (Sora, Riku, Kairi) ingin mengembara ke dunia luar tapi kejahatan telah memisahkan mereka bertiga. Maka Sora pun mula mencari semula kawan-kawannya. Pada masa yang sama, 3 watak utama Disney (King Mickey dan ahli dirajanya Donald dan Goofy) juga menyiasat satu entiti kejahatan (yang sama) tapi Mickey bertindak berseorangan dan keluar ke dunia (Disney) yang lain. Maka jadilah Donald dan Goofy keluar untuk mencari Mickey. Sora berjumpa Donald dan Mickey dan akhirnya mereka bekerjasama mencari kawan masing-masing.." - sinopsis dari Kingdom Hearts (2003)
Konflik mereka menjadi semakin complicated apabila watak antagonis mempunyai agenda yang pelbagai ^-^! maka bergantung kepada watak untuk menyelamatkan keadaan. Setakat ni, sebanyak 7 siri utama telah dihasilkan meliputi pelbagai jenis konsol game dari Playstation (PSP, PS2, PS3) dan Nintendo (DS, 3DS). Kalau ikutkan kronologi jalan ceritanya;
  1. KH Birth By Sleep (2010, PSP) 
  2. KH (2003, PS2)
  3. KH Chain of Memories (2004, GBA - remake 2007, PS2)
  4. KH 358/2 days (2009, DS)
  5. KH 2 (2005, PS2)
  6. KH coded (2008, handphone - remake 2011, DS)
  7. KH DDD (2012, 3DS)
Yang menariknya game ni mempunyai jalan cerita tersendiri, tapi sepanjang konflik antara watak protagonis and antagonis, pemain akan melawat ke 'dunia lain' dan mengharungi semula jalan cerita dari siri Walt Disney (eg. Cinderella, Tarzan, Lilo & Stitch, Tron, Mulan dsb). Tapi jalan ceritanya adalah versi modified, iaitu watak antagonis siri Walt Disney akan dipengaruhi (secara langsung atau tak langsung) oleh watak antagonis Kingdom Hearts maka ia bergantung kepada pemain untuk memperbaiki keadaan (dengan melawan penjahat Kingdom Hearts ni dan biarkan jalan cerita berlalu seperti yang sepatutnya). Selain watak Disney, game ini juga memperlihatkan watak hasil Square Enix (siri Final Fantasy eg Cloud FF7, Leon FF8 dan banyak lagi), turut membantu perjuangan watak utama Kingdom Hearts tersebut..

Terbaru, sambungan perjuangan mereka akan muncul mungkin tahun ni, seperti video pengumuman berikut:


Tak sabar nak tunggu lagi.. ^-^ excited!
Rujukan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)