Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Teringat aku akan satu topik perbualan dengan pakcik aku suatu ketika dahulu:
"Pernah dengar kisah tentang Luqman Al-Hakim (dan anaknya) dan keldai tak?", tanyanya
 "Pernah, tapi dah lupa la.. Ayah Cu boleh ingatkan semula tak?", aku menjawab
-------------------------------------------<kisah mula!>-------------------------------------------
(nota - cerita ni aku tulis semula berdasarkan sumber berikut: kisah tauladan Luqman Al-hakim, anaknya dan keldai)

Luqman al-Hakim telah membawa anaknya dan seekor keldai melalui pasar tempat orang ramai. Pada mulanya, beliau menunggang keldai tersebut sementara anaknya berjalan kaki sambil mengendalikan keldai tersebut. Melihatkan keadaan tersebut, maka orang ramai berkata:
"Tengok tu! Itulah orang tua yang tidak mengasihani anaknya - dia bersenang-lenang di atas keldai sedangkan anaknya bersusah-payah berjalan kaki.."
Kemudian, Luqman al-Hakim meneruskan perjalanan. Kali ni beliau menaikkan anaknya ke atas keldai dan beliau sendiri pula yang berjalan sambil mengendalikan keldai tersebut. Melihatkan yang demikian, terdengar pula kritikan daripada orang ramai lagi;
"Biadap sungguh si anak itu! Orang tu dibiarkan berjalan kaki, sedangkan pula bersenang-lenang menunggang keldai"
Seterusnya, Luqman al-Hakim dan anaknya kedua-dua menunggang keldai itu bersama-sama sambil meneruskan perjalanan. Maka berkata lagi orang ramai
"Lihatlah! Seekor keldai yang sudah tua itu membawa dua orang! Alangkah seksanya keldai itu membawa beban berganda! Dua orang ni memang tidak berperikemanusiaan langsung terhadap haiwan"
Kemudian lagi, kali ni mereka berdua berjalan kaki sahaja sambil mengendalikan keldai tanpa beban. Sekali lagi, orang ramai mengulas;
"Peliknya, keldai tu dibiarkan kosong sedangkan tuannya pula berjalan kaki.."


-------------------------------------------<kisah tamat sini>-------------------------------------------
"Jadi apa pengajaran yang kau boleh belajar dari cerita ini?", tanya pakcik aku
Fokus - pendapat manusia itu lemah
Demikianlah ulasan pakcik aku selepas bercerita tentang kisah Luqman al-Hakim itu tadi. Memang benar, aku akui betapa pandangan manusia itu selalunya 'lemah' dan berbeza-beza. 'Lemah' yang aku cuba maksudkan dalam konteks ini ialah pandangan mereka itu boleh tidak kukuh dan sering boleh dibidaskan, terutamanya apabila pihak yang memberi pandangan hanya mengambil kira pendapat dan logik sendiri tanpa memikirkan sebarang sebab dan kemungkinan.

Maka kesannya, wujudnya perbezaan pendapat tentang sesuatu perbuatan - ada yang kurang bersetuju sama ada secara majoriti, atau minoriti, semua pastinya memberi pendapat masing-masing. Jadi, memang susah untuk mendapatkan kepuasan atau persetujuan bersama.. seperti mana hikam arab ada menyebut; "Ridhannas ghoyatun la tudrak! “ yang bererti "kepuasan/ persetujuan daripada SEMUA pihak (manusia) tak mungkin dapat dicapai"

Jadi, nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya selepas situasi itu tadi:
"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka bagi orang yang berakal, tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t semata-mata. Barangsiapa yang mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu.."
Selain itu, terdapat hadith Nabi s.a.w;
Dari Ibnu Abbas r.a, katanya: Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah s.a.w (boncengan), lalu baginda bersabda: “Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada di hadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.” (Riwayat Tirmizi)
Insya-Allah, semoga kisah ini memberi peringatan dan manfaat bersama kepada semua ^-^
"Jika demikianlah halnya, jadi impian aku untuk mencapai situasi 'all-win' dalam membuat keputusan pastinya tak tercapai kecuali dengan takdir Allah (melalui ketetapan dan peraturanNya).. v_v Allahu Akbar~"
Some other stream of thought
Realiti hari ni, acap kali kita mendengar ulasan/ komen dari sebilangan pihak apabila berlakunya sesuatu perkata (tak kira sama ada perkara baik atau buruk, komen yang wujud juga pelbagai: menyokong atau sebaliknya). Pentingnya, perlu dikaji pandagan dari pelbagai pihak (sebab masing-masing mempunyai logik dan penjelasan tersendiri, tapi terhad) sebelum satu kesimpulan dapat dibuat. Hati-hati itu penting~

Ulasan

izzi berkata…
Appreciating the persistence you put into your blog and the detailed information you provide. Keep up the good work.
injection moulding malaysia
christmas cookies packaging
biscuit container malaysia

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)