Perancangan awal komik..

(Nota - Entri ni juga sangat berkaitan dengan entri Hobi di meja tulis. Sila rujuk post tersebut untuk lanjutan ^-^!)

Tengah-tengah aku menyemak emel Yahoo! aku, tiba-tiba aku diingatkan bahawa aku pernah menaip idea untuk 'karya agung' (komik) aku. Dah lama sangat ni, jadi sekadar nostalgia dan menghitung pencapaian diri maka aku ingin kongsikan dalam blog aku ni. Sebenarnya nota ini adalah perancangan awal aku tentang jalan cerita komik tersebut, namun ketika proses menulis idea semakin bercambah maka jadilah sebilangan idea perlu ditangguhkan dan sebagainya..
"Ringkasnya siri Wanted! (2006 - 2019) ni mengisahkan tentang kehidupan seorang pelajar yang baru berpindah ke Kuala Lumpur, memulakan kehidupan remajanya di sekolah berasrama. Banyak peristiwa dan konflik berlaku melibatkan dia dan kawan-kawannya, dan kesannya dia lebih mempelajari erti kehidupan.."
Fokus - Perancangan awal komik Wanted!
Episod 1 (status - Berjaya! --> episod rasmi 1)
sedutan episod 1 (rasmi)
29 Januari - Hari ni, aku mendaftar masuk ke sekolah menengah (Asrama). Bermulalah kehidupan aku sebagai seorang pelajar. Namun aku masih tak dapat menyesuaikan diri lagi. Seperti yang aku jangka, Senior yang ada hampir keseluruhan bermasalah. Amat sukar bagiku untuk mengelak dari dibuli oleh mereka.Walau bagaimanapun, aku telah mempunyai seorang kawan impak dari buli tersebut. Nama dia Firdaus (FiR), tapi dia tak sekelas dengan aku juga bukan sedorm..

Episod 2 (status - pending)
13 Februari - Seseorang telah melaporkan kes buli kepada warden, maka para senior telah dihukum. Kesannya, mereka berdendam dengan aku & beranggapan aku yang melaporkan kepada warden. Aku telah dipanggil ke dorm mereka lalu dibelasah teruk. Tanpa disangka, seorang kenalan telah menyelamatkan aku. Ah, kawan sekelas aku rupanya! Tapi, siapa dia?

Episod 3 (status - pending)
14 Februari - Berlaku sesuatu yang mengejutkan! Para senior yang terlibat dipukul teruk oleh seseorang. Seorang saksi kejadian tersebut menyatakan bahawa semuanya dilakukan oleh Syed. SYED! Itu akulah. Tapi macam mana aku boleh lakukan? Aku secara zahirnya tak berupaya melawan mereka. Oleh sebab tiada bukti kukuh, kes ini ditutup begitu je. Apa pun, sejak itu senior tak tak buli lagi dah. Alhamdulillah, ni memang perkara positif buatku. Tapi siapa sebenarnya yang buat semua ni?

sedutan episod 5 (rasmi)
Episod 4 (status - Berjaya! --> episod rasmi 5)
17 Februari - Melalui nama saintifik Konohachoh (Kupu-kupu daun); Kalima Inachus, aku berkenalan dengan seorang lagi kawan. Azram (KasH) namanya. Dia nilah yang selamatkan aku tempoh hari.Tapi aku tak ingat sangat waktu tu. Mulai saat ni, bermulanya persahabatan kami. Aku sangat gembira waktu tu. Akhirnya aku mempunyai kawan rapat.

Episod 5 (status - pending)
24 Februari - Ujian bulanan dijalankan. Aku memang takde masalah, tapi KasH ni kurang baik sikit. Dari segi pemahaman, KasH ni agak lembab sikit. Nak tak nak, aku terpaksa tolong dia sikit masa ujian, maaf cikgu. Oh ya, macam mana keadaan FiR agaknya? walaupun kami sekelas, tapi aku tak tau perkembangannya. Tapi, berdasarkan impresi aku, FiR ni lagi pandai dari KasH. Patut dia takde masalah, harap-haraplah...

sedutan episod 6 (rasmi)
Episod 6  (status - Berjaya! --> episod rasmi 6)
4 Mac - Seluruh kelas gempar dengan keputusan aku. Apa ni? Bagiku ni biasa je. Namun, natijah dari keputusan ni, aku mendapat lebih ramai kawan. Kini, semua budak kelas aku dah menjadi kawan. Ooh! Way to go, Syed! Apabila keputusan keseluruhan diumumkan, aku tersenarai dalam top 10. Namun, aku bukannya jenis yang berlagak. Sering aku utamakan kawanku kalau mereka minta tunjuk ajar. Secara langsung, aku dah jadi orang berpengaruh di kalangan kawan-kawan (untuk beri tunjuk ajar je la)..

Episod 7 (status - pending)
10 Mac - Eh!? Ada seorang pelajar baru masuk ke sekolah aku. Bukan kelas aku, kelas A rasanya. Hm, aku berminat nak menjalin silaturrahim dengannya, tapi niatku tertangguh. Somehow, in my deep heart there is a feeling that he is a bad person. Aku tak berani nak memberitahu kawan-kawan pasal hal ni. Takut dikatakan dengki, fitnah etc. Hence, it's best to keep away from him.

Episod 8 (status - pending)
19 Mac - Ah, sudah! Kejadian buli kembali berleluasa. Kali ni dalam batch aku juga. Mungkin ke apa yang aku rasakan tempoh hari tu benar. Tak, sangkaanku meleset. Orang lain yang kontrol otai. Ya, Allah! Apa yang dah berlaku ni? Budak baru yang masuk hari tu menguasai kawan yang lain. Entah macam mana dia boleh sebarkan pengaruh secepat ini. Tapi, aku masih neutral (tak terpengaruh dengannya lagi).

Episod 9 (status - pending)
1 April - April Fool. Memang wujud budaya ni sejak dulu lagi. Dan aku pun tak terkecuali le. Budak baru tu merancang satu agenda untuk kenakan aku. Somehow, i able to overcome this. Dan dia berasa tak puas hati maka terjadinya satu peristiwa! Pergaduhan besar-besaran. Ya Allah, takkan aku nak lawan kumpulan ini seorang diri? Rupanya tak, sebab KasH & FiR turut membantu.

Episod 10 (status - pending)
2 April - There was a harsh fight out there. We able to end it fairly enough. Oleh sebab aku & FiR sedorm-17 serta KasH dari dorm-18, maka semua rakan sebilik ni sokong kami. Hasilnya, pihak warden tak dapat menyalahkan kami yang memulakan pergaduhan tersebut. What a relief! Alhamdulillah sangat. Tapi, kami agak tercedera juga la lepas pergaduhan tu. Needs some time to recover. Maka kat bilik sakit la gamaknya buat beberapa hari ni.

Episod 11 (status - replay scene komik Ex prologue 2)
7 April - Imran (IM) dari dorm-18 selalu lawat kami di bilik sakit. From this situation, i get a strong feeling that he is a really good friend. Aku dengar dari FiR yang IM ni kawan dia sejak sekolah rendah lagi. Yet, there always a quarell between these two. Dan kami bertiga semakin sembuh & juga semakin rapat termasuklah IM sekali. Way to go, SyeD!

Episod 12  (status - Berjaya  --> episod rasmi 36 serta flashback 92)
10 April - Ada lagi budak baru. Ali Noor Hanis (ALi) namanya. Dengarnya dia ni memang power giler Arab. Come to think of it. Masa mula masuk sini. Aku memang tak tau apa langsung pasal arab. Tapi dalam sejenak masa ni, akhirnya aku boleh tangkap dah. Namun, sekarang aku mempunyai saingan hebat. Tanpa disangka, kami berdua jadi kawan rapat. Oh ya, cakap pasal budak baru, aku dah tak dengar lagi apa-apa pasal budak otai tu. Mana entah la..

sedutan episod 8 (rasmi)
Episod 13 (status - Berjaya! --> episod rasmi 8)
15 April - Terlupa aku nak cakap pasal seorang kawan sebilik aku ni: Rifqi Rahim (EQi). He has high logic-thinking & also capable with mathematic. Sejak akhir-akhir ni, dia selalu cabar orang lain main chess dengan dia. Aku diberitahu yang dia ni juara chess sekolah rendah dulu. Memang aku tak nafikan sejak aku lihat dia kalahkan ramai orang dengan teruk. Tiba-tiba hari ni, dia cabar aku main dengan dia bila dia teringat aku adalah raja math.

Episod 14 (status - Berjaya! --> episod rasmi 9)
16 April - Perlawanan aku & EQi sengit gak la. Tapi, pada suatu ketika tu aku mengaku kalah sebab tersepit tak silap. Ini menyebabkan EQi agak kecewa sebab tak memenangi betul-betul & tak puas hati kat aku. Since he & I were practically close, there was never occured a fight between us. Secara jujur, aku takut aku tak dapat terima hakikat kekalahan nanti oh.Sebab tu give-up awal. Sorry EQi. Tapi aku pasti, aku tak boleh kalahkan kau walaupun kuat berusaha.

sedutan episod 33 (rasmi)
Episod 15  (status - Berjaya! --> episod rasmi 14 & 33)
21 April - Unit-uniform KRS buat orientasi & kem kawad kaki untuk budak-budak sesi petang ; form 1 & form 2. Nak tak nak kena la masuk juga. Dah tu pada minggu balik pula. KasH pun join gak dan seorang lagi, Hakim (KiM). Masa ni ada jugak latihan silat rajawali @ TTS (Tempur Tanpa Senjata). Ini yang best ni, lawan-lawan. Secara rasmi, aku ada gak la belajar seni mempertahankan diri walaupun tak banyak. Namun KiM ni cepat tangkap,oh. Dan dia lebih berbakat daripada aku.

Episod 16  (status - pending)
1 Mei - Hari ni hari pekerja. Juga birthday KasH. Tapi dia mintak aku rahsiakan dari orang ramai. Apapun, hari ni cuti maka seluruh warga sekolah rileks je. Sempena birthday KasH, aku meraikannya senyap-senyap. Kononnya nak belanja dia sikit, tapi beri betis nak paha. At least, hari ni aku dapat tau lebih lanjut pasal sahabat yang seorang ni (mengalami kesempitan wang)

sedutan episod 13 (rasmi)
Episod 17 (status - Berjaya! --> episod rasmi 13)
26 Mei - Seminggu lepas birthday aku. Hakikatnya baru lepas peperiksaan pertengahan tahun. Sebelum bercuti ni, sekolah buat sambutan hari guru peringkat sekolah sebab tarikh sebenar sambutan hari guru ni ialah 16 Mei. Maka sepanjang hari ada saja aktiviti untuk guru. Dan untuk pengetahuan semua, KasH, FiR, KiM serta beberapa rakan yang lain ni kump. nasyid maka sebuah lagu dipersembahkan.

Episod 18 (status - pending, Berjaya! --> episod rasmi 74)
13 Jun - Dah berlaku satu gejala. Semua kawan-kawan aku dah pandai main awek ni. Hai, rasanya mereka dah remaja. Hei, baru form 1 dah pandai. Seperti yang aku cakap, aku ni neutral maka benda-benda ni sikit pun tak mempengaruhi aku. Tapi, berlaku satu konflik. Aku dapat surat ugutan; "kalau kau berterusan macam ni, aku takkan lepaskan kau".Apa aku dah buat?

Episod 19 (status - pending)
22 Jun - Hari terbuka sekolah pula dah. Everyone's parent gonna come. Kat sini terbongkarnya sebab aku setuju masuk sekolah asrama walaupun tak suka. Tujuan sebenar aku merelakan diri ke sekolah asrama adalah disebabkan ayahku. He somewhat is different than he used to be. Maybe some political group had already influented him. Sorry le pasal episod ni agak kontroversi.

sedutan episod 29 (rasmi)
Episod 20 (status - Berjaya! --> episod rasmi 29)
1 Julai - Akhirnya dah masuk Julai. Ada apa ngan bulan julai? Nampaknya bulan membaca dah tiba. Maka para guru sibuk ngan program NILAM dia.Tanpa disedari, berlaku satu kes dlm kalangan kami. Kecurian! Faiz dari bilik 17 kena curi dompetnya. Maka tak pasal ada sekumpulan bertindak detektif. Dan ader gak bertindak penegak keadilan underground tu..Tapi, siapa yg buat?

Episod 21 (status - Berjaya! --> episod rasmi 30)
17 Julai - Ah, budak baru yang tak puas hati kat aku tu yang buat rupanya.Memang tak tersangka langsung. Walaupun aku memang ada perasaan yang tak baik kat dia tapi tapi pernah terlintas pulak yang dia yang buat semua ni. Cam ner boleh tertangkap. Saksikanlah kehebatan taakulan aku dalam episod kali ni. Namun, adanya underground-hero yang bertindak dulu..

Episod 22 (status - pending)
21 Julai - Eh, maner la budak tu? Lepas peristiwa hari tu aku dah tak nampak dia dah.Tak kan dah pindah sekolah kot?Apa-apa pun, hari ni ada perbicaraan hal 'hero-underground' (tentang kes curi) tu oleh warden asrama. Eh, kan sepatutnya hal ni tak diketahui oleh orang lain kecuali Bilik 17 & 18. Di kala ini, terdapat seseorang telah melaporkannya kepada pihak atasan. Tapi siapa?

sedutan episod 14 (rasmi)
Episod 23 (status - pending)
3 Ogos - Dah masuk bulan ogos dah. Bulan ni bulan kemerdekaan.Maka ada la aktiviti2 sepanjang bulan ni.Lagu-lagu Malaysia pun dah berkumandang masa rehat di sekolah. Somehow, i like this atmosphere. Full with calm, i think..Whatever sekalipun, sebelum balik bercuti, ada la sambutan peringkat sekolah. Huh, mantap jugak le..

Episod 24 (status - Berjaya! --> episod rasmi 14)
7 Ogos - Guess what? Season bola dah mula oH~ AbaM ajak aku masuk bola namun secara kebetulan aku sibuk dgn aktiviti lain kawad le & Locke lak ade nasyid maka wujud salah faham antara Locke & EkmaL ni .putting that aside first maka bilik kami pun lawan la..To make the matter worst, our 1st opponent tu juara bola tahun lepas..alamak, macam mana ni?

----------------------------------------------<section closed!>--------------------------------------------

Selepas baca sepintas lalu, aku dapat taakulkan bahawa nota ini ditaip sebelum aku memulakan komik Wanted! (komik itu dimulakan pada tahun 2006). Jadi patutnya sejenak masa ketika aku form 5 lagi.

Selain itu, ketika form 5 aku aktif membuat komik Ex jadi boleh dilihat pengulangan watak utama dari siri tersebut (aku, Kash, Fir, Im, Kim), semua idea ni kelihatan ingin menjelaskan episod-episod dalam komik Ex (misalnya Kim belajar seni mempertahankan diri)..

Haha, melihatkan pencapaian ni, membuatkan aku ingin terus melukis dan menyambung kegemilangan karya agung ni.. ^-^ haha..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)