Animasi M'sia (3)

Terbaru ni, tiba-tiba rasa teringin nak melihat satu animasi CG keluaran tempatan yang dah agak lama stabil di Malaysia ni iaitu;

Fokus - Upin & Ipin
"Siri animasi hasilan Les' Copaque ni berkisar tentang anak kembar bernama Upin dan Ipin yang berumur 5 tahun, menjalani kehidupan seharian bersama keluarga dan kawan-kawannya.."
Setakat ni, animasi Upin & Ipin ni telah bertahan selama 7 musim lamanya (satu musim setahun kot), dengan tiap satu musimnya mempunyai ~12 episod


Secara jujurnya, animasi jenis ni bukanlah dari cita rasa asal aku (sebabkan aku ni lebih sukakan cerita dari genre aksi dan suspens), namun aku akui bahawa animasi ni antara yang terbaik dan sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Bagi golongan muda, terdapat banyak nilai-nilai murni dan pengajaran yang dapat dipelajari dan diamalkan, seperti menabung, mencintai haiwan, saling-membantu dan banyak lagi.  Selain itu, animasi ni juga memperkenalkan budaya dan identiti Malaysia, iaitu kawasan perumahan bercirikan kampung, permainan tradisional kanak-kanak, kepelbagaian kaum, alat-alat tradisional dan macam-macam lagi.. Menarik, kan?

Alang-alang ini, ingin aku kongsikan antara babak menghiburkan dari filem sulungnya Geng: Pengembaraan bermula 


Menariknya, siri animasi Upin & Ipin ni mendapat perhatian dan pujian dari pelbagai negara luar kerana nilai murni dan mesej yang disampaikan dalam cerita tersebut. Berbeza dengan kartun dan animasi lain (seperti Shin Chan, Doraemon Spongebob, Oggy dll) yang mengutamakan hiburan (seperti bersifat fantasi, humour), Upin & Ipin (bagi aku la) lebih menekankan nilai-nilai murni yang patut diamalkan. Pada satu tahap, Upin dan Ipin dijadikan duta UNICEF untuk membasmi keganasan terhadap golongan kanak-kanak dan wanita.  Syabas Malaysia ^-^




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)