[Lagu] Suwarul-Quran

Hari (tarikh) ni pun aku cuti rehat. Tapi aku ada urusan peribadi yang perlu diselesaikan. Dalam perjalanan ke tempat-tempat untuk berurusan aku memainkan lagu secara rawak dari mp3 (handphone) aku. Kedengaran satu lagu yang menarik, lalu aku berminat untuk kongsikannya di sini.. Jom kita dengarkan lagu daripada kumpulan Amar - Suwarul-Quran (surah-surah Al-Quran)



Aku rasa lagu ni adalah lagu nafas baru tentang surah-surah yang terdapat dalam Al-Quran. Sekadar kenangan agar tak dilupai, aku juga turut berkongsi lagu lama ^-^ Dua-dua pun sedap halwa telinga mendengarnya..


Jom fokus! Entri ni aku bahagikan kepada beberapa tahap:

Level 1 - Nama-nama surah bukan hanya lagu..
Ya, lagu-lagu tersebut ternyata mengingatkan kita (aku) tentang Al-Quran. Kita semua sedia maklum tentang bilangan surah-surah dalam Al-Quran. Tapi pernah ke kita (aku) ambil tahu tentang nama surah-surah tersebut? Dari sejumlah 114 surah, rasa malunya apabila kita tak berjaya menghafal kesemuanya sementara perkara-perkara lain kita titik beratkan.. itu tahap pertama persoalannya..

Level 2 - membaca Al-Quran
Persoalannya, berapa ramai antara kita (aku) membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian? Kalau diikutkan, memang mudahnya kita membaca media bertulis yang lain seperti akhbar, majalah-majalah, komik-komik dan pelbagai lagi sampai beberapa episod, sementara memang berat rasanya untuk membaca Al-Quran sehelai dua muka surat sekalipun.. Astaghfirullah al-aziim.. v_v Bahkan telah pun diterangkan pahala/ kebaikan membaca Al-Quran ni melalui hadith:
"Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda; Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.."
Terasa ruginya kita (aku) bila difikirkan kita sering terlepas peluang mendapat faedah sebegini v_v Ya Allah..
(nota - bacaan penuh tentang kelebihan Al-Quran boleh didapati dengan merujuk sumber berikut --> Halaqah.net/kelebihan Al-Quran)

Level 3 - penghayatan terhadap mesej dari Al-Quran
Tahap ketiga persoalan ialah sejauh manakah penghayatan kita terhadap mesej-mesej yang disampaikan oleh Al-Quran. Apakah kita berjaya mengamalkan setiap suruhan yang tertulis dalam Al-Quran, serta meninggalkan semua larangan yang ditegah Allah dari melakukannya?

Marilah kita muhasabah diri dan terus memperbaik amalan kita ni. Insya-Allah, semoga Allah merahmati usaha kita memperbaik amalan masing-masing..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)