Animasi M'sia (2)

Satu lagi animasi keluaran tempatan ^-^ baru je keluar pada tarikh entri ni juga. Jom, kita saksikan sedutan trailer ni terlebih dahulu:


Sedikit sinopsis tentang jalan cerita animasi kali ni:
"Puteri dunia maya (game) Kingdom Hill bernama Amanda sampai ke Kampung Gong Lechar untuk mencari Perwira Suria agar selamatkan negaranya dari ancaman penjahat. Namun, dia telah hilang ingatan sebaik sahaja tiba di dunia nyata (Gong Lechar). Sementara Iwan telah salah sangka puteri tersebut sebagai sepupunya yang dijangka datang untuk melawat Kampung Gong Lechar. Jadi sejak dari itu bermulanya pengembaraan Iwan, Zul, dan rakan-rakan lain.."
Aku dah tengok filem animasi tersebut. Memang terbaik la animasi Malaysia. Syabas diucapkan atas usaha gigih pihak pengeluar. Antara faktor yang aku suka berkenaan filem animasi kali ni:
  • Bercirikan negara Malaysia seperti adanya tempat-tempat yang sungguh familiar (eg. stesen KTM, restoran KFC) serta watak-watak tempatan (eg. pakcik jual roti naik motor dll)
  • Bertemakan pengembaraan dan aksi yang menarik, termasuk juga aksi main bola. Walaupun aku ni tak la berapa pandai untuk mengulas tentang bola, namun babak-babak aksi yang ditunjukkan sungguh menakjubkan ^-^ tambahan pula, perlawanan bola dalam animas ni setidaknya mengutamakan konsep 'skil (kemahiran) bermain bola sepak' itu sendiri (eg. menggelecek bola, pass, tanduk dll) .. Sedangkan aku ada melihat animasi lain, ada di antaranya melebihkan kuasa luar biasa dalam perlawanan bola pula..
"Melihatkan babak sedemikian, setidaknya membuatkan aku percaya bahawa melalui usaha gigih berlatih, mungkin akhirnya aksi tersebut adalah boleh dilakukan.." (sebaliknya, kalau perlawanan bola sepak melibatkan superpower lebih memberi impresi 'ala, power dia kuat memang la boleh menang. Nasib~')
  • Disebabkan animasi ni adalah hasil produk tempatan, maka suara dan skrip tampak lebih asli dengan penggunaan bahasa Malaysia. (sementara kalau animasi lain yang disuarakan Bahasa Melayu nampak lebih skema serta kekok kepada pendengar/penonton)
  • Grafik yang digunakan pun sangat cantik dan mantap
---------------------------------------------<section closed!>---------------------------------------------

Asalnya Bola Kampung ni mengisahkan tentang sekumpulan budak kampung (Iwan, Azizul dan lain-lain) yang sangat gilakan bola sepak lalu memasang impian untuk menjadi bintang bola sepak. Maka mereka pun mulalah berlatih dan bersaing dengan berbagai pasukan dari peringkat sekolah sehinggalah peringkat yang lebih tinggi..

Siri animasi ni berlangsung selama 6 musim dan disambung dengan animasi Bola Kampung The Movie. Maka sebab itulah dalam movie ni, Iwan dah hebat bermain bola.. ^-^

Antara pengajaran yang aku belajar dari cerita ni adalah melalui usaha gigih, pastinya kejayaan boleh dikecapi. Jadi, perlunya aku terus berusaha dalam kehidupan aku sekarang.. ^-^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)