Hormat majlis

Idea penulisan hari (tarikh) ni diinspirasikan ketika aku datang ke masjid untuk solat Jumaat. Seperti biasa, sebelum khutbah dimulakan aku selalu mendengar nasihat berikut (ini adalah hadith, kalau tak silap aku)  
“Barang siapa yang berkata-kata apabila khatib sedang membaca khutbah walaupun dengan berkata “diam” (melarang orang lain daripada bercakap) sekalipun, maka sia-sialah pahala Jumaatnya. Dari itu, diamlah dan dengarlah dengan taat, mudah-mudahan kita semua akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat”
Kenapa ya? Persoalan yang pernah timbul pada masa kecilku apabila mendengarkan nasihat yang sama suatu ketika dulu..

Fokus - menghormati majlis
ݢمبر هياسن سمات٢

Meningkat usia, aku cuba fikirkan rasional/ tujuan dan akhirnya aku fahami tujuan hadith tersebut adalah agar kita menghormati majlis yang sedang diadakan. Misalnya jika seseorang mengamalkan 'diam' (dengan ikhlas dan iman) ketika khutbah sedang berlangsung, tentunya kesan iman tersebut akan dibawa ke majlis ilmu yang lain (seperti ketika menghadiri kelas/ kuliah). Kesannya, dia tentu dapat menumpukan perhatian ketika sesi pengajaran tersebut.

Berdasarkan logik pemikiran ni, aku berasa betapa indahnya agama Islam kerana menganjurkan umatnya agar menghormati majlis ilmu yang sedang berlangsung. Walaupun hadith tersebut jelas spesifik terhadap khutbah jumaat, namun aku percaya nasihat Islam itu bersifat universal, dan turut juga merangkumi semua majlis ilmu. Tak kiralah sama ada majlis ilmu di masjid (berupa khutbah jumaat, forum, tazkirah atau ceramah agama) atau majlis lain di luar (persidangan, kelas, mesyuarat dan lain-lain).

Allahu akbar~ Wallahu a'lam..

Aliran Fikiran yang lain..
Antara sunnah lain yang digalakkan agar umat Islam mengamalkannya telah pun diringkaskan dalam gambar berikut:


Selamat beramal ^-^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)