Kidal

Hari (tarikh) ni aku cuti rehat mingguan ^-^ seperti biasa, aku meluangkan masa bermain badminton sesama adik-beradik empat orang semuanya. Ketika sesi panaskan badan, aku cuba-cuba menghayunkan raket badminton dengan menggunakan tangan kiri..
"rupanya lebih payah dari sangkaan >_<! tapi kejap, bukan ke aku ni kidal (ketika menulis)? kenapa main pun tak boleh kidal juga" <-- ngada-ngada pulak
Fokus - kidal (left-handed)
Teringat aku akan satu babak yang berlaku ketika bekerja baru-baru ni.. Imbas semula, mulai~
"this patient here is 30 years old, G3P2 currently at her 34 week.. bla bla bla" - aku membentangkan kes kepada specialist yang datang melihat pesakit..
"per abdomen.. soft, non tender, uterus at term, singleton, cephalic, head 3/5, estimated fetal weight 3.0 - 3.2kg.. " - specialist itu pun turut memeriksa pesakit sambil pantasnya memberitahu aku apa-apa dapatan pemeriksaan tersebut.
"ok, plan! trace CTG, time contraction.. bla bla bla.. " - sambungnya lagi.. 
"eh, why you write so slow.. come, turn the BHT (case note) properly.." - katanya apabila melihat aku tengah struggle menulis plannya.. 
"sorry, boss.. i have to write it this way.. " - balas aku sambil kembalikan posisi note 90 darjah..
"you left-handed ah?"  - tanyanya.. 
dari website 9GAG ^-^! ada benarnya..

Demikianlah babak tersebut. Secara jujurnya, aku boleh kata aku ni 'semi-kidal' (<-- istilah rekaan sendiri) lantaran aku hanya kidal ketika menulis, sebaliknya aktiviti-aktiviti lain (eg. makan, main badminton dsbnya) aku secara semulajadi menggunakan tangan kanan seperti orang lain..

Sedikit fakta berkenaan penggunaan tangan kanan & kiri.. Ringkasnya pengguna tangan kanan lebih banyak mempengaruhi fungsi bahagian kiri otak iaitu lebih kepada pemikiran linear (berkenaan penulisan, bahasa, skil saintifik, matematik, senarai dan logik pemikiran). Sementara pengguna kidal adalah lebih kepada pemikiran holistik (iaitu melibatkan ekspresi emosi, seni dan kreativiti, imaginasi, dimensi dll)  
 "tapi misterinya fakta ni macam tak kena dengan aku pulak ^-^! walaupun aku ni penulis kidal, tapi rasanya pemikiran aku lebih kepada linear je.. Wallahu a'lam.."
Some other stream of thought
Pada suatu ketika dahulu, kidal ini sering dianggap serong oleh masyarakat. Pandangan sinis dan jelek, serta tohmahan bahawa kidal ini 'berkasta rendah', 'orang jahat' sememangnya pernah dilemparkan kepada pengguna kidal. Pada satu tahap, mereka dipaksa dan dipukul agar menggunakan tangan kanan..

Jika nak dikaitkan, ada hadith berkenaan menggunakan tangan kanan itu sunah:
Nabi s.a.w suka mendahulukan yang kanan ketika memakai sandal, menyisir, bersuci, dan dalam semua urusannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tambahan pula, ada beberapa situasi betapa golongan 'kidal' turut menyebabkan Nabi marah. Mari teliti hadith berikut pula;
Apabila kalian makan, gunakan tangan kanan. Jika kalian minum, gunakanlah tangan kanan. Kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.” (Riwayat Muslim)
Pernah satu ketika, Baginda menasihat umatnya agar makan dengan tangan kanan:
Makanlah dengan tangan kananmu.”
 "Aku tak boleh" - balasnya
Baginda sangat marah dan mendoakan keburukan untuknya:
“Kamu tidak akan bisa. Tidak ada yang menyebabkanmu melakukan hal itu, selain rasa sombong.” Seketika itu, orang ini tidak mampu mengangkat tangannya ke mulutnya. (Riwayat Muslim)
(Nota - perkongsian aku kali ni bersumberkan dari blog ni tangan kidal dalam hukum islam. Sila rujuk untuk bacaan penuh) 
Oleh itu, bagi golongan kidal hendaklah berusaha sedaya upaya untuk meniru sunnah Nabi ni, insya-Allah semoga usaha dan payah jerih kalian tersebut diberi pahala oleh Allah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)