Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

KKA Skop Kerja ED

Assalamualaikum, nama aku Syed Hazran. Jadi bermula April 2021 aku bertugas di KKA. Ini adalah sekadar diari sepanjang aku kerja di pelbagai cabang tempat tugasan dari KKA 22 Nov - 3 Dis 2022: cover ED (buat kali pertama) Istilah setempat KKA bagi ED ialah Emergency Department , bertempat di gabungan bilik 20-21 di klinik tersebut. Tapi aku lebih nampak tempat ni sebagai bilik prosedur, bilik rawatan akut, bilik pemeriksaan ECG, juga perhentian mana-mana pesakit yang perlu dihantar ke hospital secara kecemasan.  Antara pemberitahuan yang aku dapat tentang skop kerja di sini 1) Head of ED 2) acute patient care- semua patient yg masuk ED haruslah disaring oleh MO dahulu. "Ini merujuk kepada pesakit yang dihantar dari pelbagai unit di klinik: OPD, NCD, Kaunter Triage, URTI. Selalunya pesakit ni perlu rawatan akut. Selalunya bacaan tekanan (BP) atau gula tinggi yang perlukan rawatan" 3) to monitor blood taking "Staf kat sini: Pembantu Pegawai Perubatan dan jururawat, kat si

Menang pingat Gangsa lebih rasa gembira dari menang Perak sebab..

 Dah lama tak tulis ni.. Baru-baru ni terjumpa status penulisan di laman Facebook yang aku dapat mempunyai mesej nasihat. Tak nak hilang, maka aku salin tampal di sini agar mudah cari balik.. --- salin tampal dari siaran bergambar Wan Nur Shuhaida <-- klik nama ini untuk lihat siaran sebenar oleh empunya --- Have you noticed that a *Bronze* medalist is generally *more happy* than a *Silver medalist* at the end of the game. It’s not an incidental finding but a proven fact in many research studies after studying reactions of silver medalists vs bronze medalists! Ideally, a silver medalist should be more happy than the bronze. But, the human mind doesn't work like mathematics. This happens because of a phenomenon called the *counterfactual thinking*. The silver medalist thinks, "Oh I couldn't win the gold medal." The bronze medalist thinks, "At least I got a medal." A silver medal is won after losing, but a bronze medal is won after winning. This happens ev

Menyanggah dalil Nabi tak tegur wanita tutup aurat

Imej
Baru-baru ni aku tertarik pada satu perkongsian di laman media sosial lagi, berkenaan satu hadis (rujuk gambar).  AWAS - kena teliti beberapa perkara dulu baru ambil mesej nasihat yang sebenar Dalil ini dikongsikan oleh laman (page) pejuang hak wanita (feminis), besar kemungkinan ramai akan menggunakan dalil ini untuk menolak 100% tanggungjawab mencegah jenayah rogol kepada lelaki semata-mata.  "Aku bersetuju sangat dalam usaha mencegah jenayah rogol, pihak lelaki berperanan menjaga pandangan. Namun bukanlah bermakna pihak perempuan bebas & tiada peranan."  Maka aku kongsikannya pula di sini dengan beberapa perkara tambahan yang perlu diberi perhatian. Sebelum itu, elok aku cari balik dalil (hadis) tersebut dalam edisi Melayu sebagai langkah silang-semak (cross check). Ada 2 sumber yang aku jumpa: Coretan Bonda Nor dalam buku Parent, THINK! (yang ni aku ada buku, juga paparan di internet demo ada pasal dalil tersebut) Tarbiyatul Aulad Fil Islam karya "Dr Abdullah N

[JomBaca] Psikologi Si Kecil

Imej
JOM BACA! Sasaran tahun ini 15 buku setahun. Buku yang ke-6 ialah.. "Oh ya, buku ini bukan buku pilihan aku ^-^! lebih kepada isteri aku yang tertarik nak beli. Yang mana akhirnya aku la yang kena baca sekali. Tapi takpe, sebab ilmu buku ni mungkin boleh diguna pakai nanti nak mendidik Haniya, maka aku tak kisah.." Psikologi Si Kecil - 50 Pesan Psikologi Anak-anak untuk ibu bapa Penulis    : Dr Rozanizam Zakaria   "Seorang pakar psikiatri dan penolong profesor di Jabatan Psikiatri UIAM. MEndapat Ijazah peubatan dari Universiti of Adelaide, Australia dan Sarjana Perubatan Psikiatri dari USIM. Beliau berpengalaman  dalam bidang psikiatri  dan kesihatan mental sejak 2009 serta pernah bertugas  di pelbagai hospital di Australia dan juga Malaysia. Minat beliau dalam kesihatan menta kanak-kanak dan remaja mendorong beliau menyalurkan perkhidmatan  bagi kes kanak-kanak dan remaja di pusat perubatan sultan Ahmad Shah IIUM Pahang sejak 2017" Penerbit    : White Coat Group Sd

Cebisan Kenangan (Rumah Stapok)

Bersempena perpindahan kediaman aku yang kedua, maka ingin sekali aku mengimbau kenangan mendiami rumah terdahulu. [Nota - hanya pengalaman tinggal di rumah sendiri sahaja diambil kira. Dengan kata lain, rumah tinggal dengan ibu bapa tak kira. Rumah tersebut diuruskan sepenuhnya oleh ibu bapa] Sejak ditukarkan untuk bekerja di Kuching, aku kena mencari rumah yang lebih dekat. Rumah #1 Flat Samarindah ambil masa 1jam perjalanan sehala dengan motosikal. Kalau naik kereta, nescaya perjalanan lebih lama. Aku tak boleh macam ni. Aku lebih sukakan masa perjalanan yang pendek. Jadi mencarilah rumah sewa yang kedua.. Kediaman  #2 Stapok  [Mac 2018-Mac 2021] Jenis rumah : Teres Dua Tingkat (anggaran 22 x 70 kaki persegi ^-^! entah aku tak reti keluasan rumah ni. Main agak-agak sahaja).   Hak milik : Sewa (tak rasmi)  "Rumah ini tak lain tak bukan ialah rumah keluarga angkat #2 aku yang terdahulu. Beberapa peristiwa telah terjadi maka sudahnya rumah ini sudah kosong dan boleh disewakan kepa

Scam oleh SOCAR?

Imej
Entri ini hanyalah sedikit curahan hati tentang aku menjadi mangsa 'scam' aplikasi SOCAR (sewa kereta ala layan diri) yang semakin giat dilaksanakan terutamanya di Semenanjung. "Sedikit makluman awal. aku baru berpindah pulang ke Semenanjung sejak hampir 6 tahun lamanya berkhidmat di Sarawak. Semasa penulisan ini, aku masih menunggu kereta sendiri untuk dihantar ke Semenanjung (dengan kata lain, kereta sendiri belum sampai)" Jadi dah sampai KL, aku mempunyai tempat kediaman sendiri. Tapi macam mana nak bergerak? Di tempat kediaman aku ni.. MyCar (e-hailing) - tiada servis di kawasan liputan aku Grab (e-hailing) - ada tapi tak banyak yang 'sudi' (permohonan ditolak oleh pemandu) Teksi - tak pernah nampak teksi masuk sini pagi hari. Macam mana nak tahan teksi Kereta sewa - untuk tempoh terdekat ini, kontak (contact) aku belum sedia ada untuk disewakan  [tak available] Maka sampailah aku ke pilihan SOCAR (satu aplikasi telefon pintar). Kereta Sewa ala layan diri

Cebisan Kenangan (Rumah Samarindah)

Imej
Bersempena perpindahan kediaman aku yang kedua, maka ingin sekali aku mengimbau kenangan mendiami rumah terdahulu. [Nota - hanya pengalaman tinggal di rumah sendiri sahaja diambil kira. Dengan kata lain, rumah tinggal dengan ibu bapa tak kira. Rumah tersebut diuruskan sepenuhnya oleh ibu bapa] Kediaman #1 Flat Samarindah [Mac 2016-Feb 2018] Jenis rumah : Flat (anggaran 600-700 kaki persegi) Hak milik : Sewa  Jumpa melalui carian mudah.my. Masa ni mencari rumah pertama sebab nak mendirikan rumah tangga. Selain itu, aku perlu cari kediaman yang agak berhampiran dengan tempat kerja Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak agar mudah aku berulang-alik kerja. Maka jumpa la iklan tentang rumah ni.. Keterangan rumah Rumah flat 3 tingkat. Rumah sewa aku di tingkat 2 3 bilik tidur, 1 tandas, 1 bilik mandi Kemudahan asas sahaja - antara kemudahan yang disediakan oleh tuan rumah ialah  ampaian buatan tangan katil bujang,  katil kelamin,  sofa-3 tempat (tapi kaki dah patah) meja makan 4 kerusi dapur +

Di sebalik "Cinta Monyet"

Baru-baru ini aku baca di laman sosial facebook, aku belajar sesuatu yang baru tentang satu hal lama. "Cinta Monyet" Pernah terfikir tak kenapa dikatakan cinta monyet? Lepas baca kisah perkongsian tersebut baru la aku faham. jom aku cerita kat sini pula.. supaya lebih eksklusif, aku buat edisi terjemahan (versi asal bahasa inggeris boleh dibaca di laman facebook tuan punya) --- Seorang lelaki & isterinya melawat ke sebuah zoo. Mereka melihat seekor monyet jantan yang bermain dengan pasangannya secara beriya-iya Si isteri memberitahu lelaki: "Mesranya" kemudiannya mereka melihat pula sang singa jantan & betina berasingan satu dengan yang lain. Yang jantan berdiam sendirian seolah-olah yang betina tidak wujud. Si isteri memberitahunya lagi: "Sedihnya tengok tanpa cinta"  Si suami kemudian membalas: "Baling batu kepada sang betina dan tengok" Apabila dia membaling batu tersebut, sang jantan melompat mengaum untuk mempertahankan sang betina.

Kenapa kita sering Lupa Rakaat Solat

Imej
 Bismillah..  Perkongsian ini adalah edisi salin tampal / siar-semula (repost) hasil tangan orang lain.  nota - aku simpan sini agar senang nak cari balik. Terutamanya bila aku dah berumur 65 tahun nanti tiba-tiba nak muhasabah diri ke dll.. Namun, tentulah aku turut gembira kalau kawan-kawan dapat ambil manfaat darinya. Namun, kredit sepenuhnya adalah layak buat tuan badan Dr Ahmad Sanusi Azmi (USIM) dalam pos beliau di media sosial -->  https://web.facebook.com/photo?fbid=265725185110749&set=a.218537586496176 -- Mengapa Lupa Rakaat Dalam Solat? ========== 1. Perasan atau tidak, kita lebih mudah ingat barang yang kita lupa ketika melaksanakan solat? Sedangkan diluar solat kita tidak ingat tentang perkara itu? Sehingga menyebabkan kita terlupa berapa rakaat yang telah kita tunaikan. 2. Fenomena "ingat barang" dalam solat ini pada hakikatnya telah disebutkan dalam hadis Nabi. Rasulullah membayangkan kepada kita bahawa syaitan sering mengganggu seseorang dalam solatnya s

Diari Vaksin Covid 19

Imej
Entri ini bersifat retrospektif sahaja - dah berlalu pun beberapa hari.. --- Suntikan Dos pertama --- 26.2.2021 Jumaat - aku dijadualkan ambil vaksin pada hari ni (aku kerja baris hadapan jadi memang kena dengan suntikan fasa pertama).  Tapi ambil petang la (semua orang terlibat) - sebab beban kerja petang jumaat tak berat (kalau nak dibandingkan dengan hari lain). Lagipun esok dah cuti hari minggu (sabtu ahad), apa-apa kesan sampingan vaksin tanggung la sendiri semasa hari minggu (jangan harap nak dapat MC 😅). Baik punya pelan mereka Antara langkah-langkah Daftar dalam aplikasi mysejahtera sepertimana orang awam daftar (ni buat awal-awal). Mysejahtera akan papar - sila menunggu giliran (macam orang awam dapat) Tarikh suntikan akan diberitahu kemudian - untuk petugas kesihatan, sememangnya senarai nama dah dikeluarkan siap-siap Hari suntikan - daftar di meja pendaftaran. Masa ini kena isi & tandatangan persetujuan. Staf akan minta kad pengenalan lalu mereka kemaskini dalam sistem

Masa Kosong Yang Membunuh Jiwa

Imej
Pertama sekali aku nak membuat pernyataan bahawa penulisan berikut (diapit oleh 'penanda') dihasilkan sepenuhnya oleh Muhammad Fauzi Asmuni  (aku tak kenal) di laman Facebook bertarikh 3 Feb 2021 seperti pautan berikut -->  https://www.facebook.com/muhammadfauzi.asmuni/posts/4311814912167841 . Jadi selayaknya beliau mendapat kredit atas apa sahaja buah fikirannya.. --- Salin Tampal mula --- Masa Kosong Yang Membunuh Jiwa 1. Kesibukan adalah keperluan manusia. Kita kena sibuk sama macam kita kena makan, minum dan sebagainya. Kesibukan adalah bukti kita wujud dan hidup. 2. Yang menjadikan kita maju adalah kesibukan. Yang menjadikan kita cergas juga adalah kesibukan. Yang menjadikan kita berjiwa besar juga adalah kesibukan. Yang menjadikan kita sentiasa optimis juga adalah kesibukan. Dan yang paling penting, yang menjadikan kita manusia yang ada harga dan nilai juga adalah kesibukan. 3. Sibuk atau tidak, kita yang akan tentukan dan pilih. Dalam setiap fasa hidup kita, kita sent

[JomBaca] Sebelum Aku Bernikah - Memeluk Sempurna

Imej
Bulan ini dah agak sibuk mengemas rumah. Aku akan berpindah pulang ke kampung halaman. Jadi, kenalah mengotak barang-barang. Antara barang yang pertama masuk kotak ialah buku. Sedang kemas-kemas aku sedang tapis balik buku-buku yang ada, maka terjumpalah buku ini.. Jom baca! Buku keempat tahun 2021.. "Eh? Mana buku ketiga? Ala dah masuk kotak dah pula. Tak ingat kotak mana.. Insya-Allah habis pindah nanti aku tuliskan tentang buku ketiga.." aku beli masa sekitar nak dirikan rumah tangga Sebelum Aku Bernikah - Memeluk Sempurna Penulis : Hilal Asyraf (Pengasas LangitIlahi.com) Penerbit : PTS Bil halaman/ muka surat: 322 (susun atur halaman jenis ringan & berhias) Deskripsi (kulit belakang) "Dalam rumah tangga, lengkap melengkapi ialah resepi bahagia, hormat lahir untuk yang layak. Hendaklah kita melayakkan diri untuknya"  "Selepas kesempurnaan tiada apa-apa, indahnya Tuhan menjadikan kesempurnaan itu tidak tercapai oleh kita, lantas kita berusaha dan terus

[JomBaca] 7 Hari Ingat Makna Bacaan Dalam Solat

Imej
Bismillah. Buku kedua untuk 2021. JOM BACA 7 Hari Ingat Makna Bacaan Dalam Solat Penulis - Mohd Razali Kamarudin  "..lebih dikenali Cikgu Razali Kamarudin (CRK) adalah pendidik di kolej vokasional pertanian Chenor, Pahang. Merupakan pengamal dan trainer teknik Faham Arab Al-Quran Tanpa Asas Bahasa Arab kaedah Hafal Kata. Beliau juga telah menulis lebih 13 judul buku bertemakan pembangunan diri." Penerbit : usahasama Faqih Media & An Naafi' Community Bil halaman/ muka surat :  132 (bergambar, ringkas)  Deskripsi (kulit belakang):  Ingin tahu bagaimana cara memahami dan mengingat makna bacaan dalam solat? Teknik bagaimana memahami dan mengingat makna bacaan dalam solat kini dibongkar oleh seorang pengamal teknik faham Arab al-Quran tanpa asas Bahasa Arab Dengan izin Allah, segalanya ada di dalam buku ini. Anda akan ketahui bagaimana mudahnya merancang hafalan makna bacaan dalam solat selama tujuh hari tanpa menjejaskan aktiviti harian memotiasi diri sendiri bagi meny

[Jombaca] Bukan Doktor Gugel

JOM BACA! Sasaran tahun 2021 ialah setahun 15 buku (ni sasaran asas bagi rakyat di Malaysia). Adakah akan berjaya?? Baik, buku pertama tahun ini ialah.. Bukan Doktor Gugel - Salah Faham, Mitos & Isu Semasa dalam Perubatan Penulis : Dr Suhazeli Abdullah - Dr Hana Hadzrami - Dr Kamarul Ariffin - Dr Noor Hayati Yasmin - Dr Fadh Rasy - Dr Shakirah Mohamed - Dr Tauhid Tarmuin - Dr Nor Anita Omar - Dr Jacknaim - Dr Suhaidin Che Ngah - Dr Hazreen Abdul Rashid - Dr Firdaun Hariri - Dr Mazlyn Mustapha - Dr Tengku Nur Atiqah - Dziehan Mustapa - Fahmi Hassan - Ruqayyah Muhd - Ustaz Zahiruddin Zabidi Penerbit : Penerbitan Kata-Pilar Bil halaman/ muka surat : 300 (padat tulisan) Deskripsi (kulit belakang) Vaksin penyebab autism? Ujian air gula penyebab diabetis ibu mengandung? Mandi ketika berpeluh penyebab panau? Resdung berpunca daripada ulat? Mandi malam penyebab paru-paru berair? Bolehkah menyusu bayi selama 2 tahun tanpa makanan lain? Sebelum era digital lagi telah banyak kepercayaan mel

Azam 2021

Bismillah..  Dah 2 minggu baru nak tulis azam?? Walaupun dah lewat tapi bagi aku azam tetap perlu tuliskan. Sebab dengan azam kita lebih peka dengan hala tuju tahunan. Dalam insya-allah pada setiap pencapaian azam membuktikan setidaknya kita telah berubah menjadi lebih baik.  Baik, jom tengok azam tahun ini. Kalau semak balik reviu azam tahun lalu, pencapaian tak begitu memberangsangkan. Jadi rasanya tahun ni lebih kurang sama, tapi ada penambahan lagi.. Agama Baca Al-Quran - sasaran khatam 5 kali setahun pertama : 19.3.2021 kedua : 8.5.2021 Hafazan Habiskan hafazan juz 28 Ulangkaji hafazan 30-29-28  Hafazan baru tahun ini rehat sikit dari penomboran. Tapi aku nak lengkapkan hafazan 10 surah popular (rujuk  [JomBaca] Mudahnya menghafal Al-Quran guna kaedah Jibril ) Tingkatkan kualiti solat Solat sunat sekali sehari Sedeqah 10% Lebih masa untuk Allah - sasaran 60 minit sehari "Kalau ingat lagi, dalam sehari ada 1440 minit, jadi berapa banyak masa kita luang untuk Allah? " - pe

Reviu Azam tahun 2020

Bismillah, macam tahun sebelumnya aku perlu introspeksi (muhasabah diri) azam, sama ada dah tercapai atau belum. semoga dapat dijadikan panduan untuk azam tahun 2021 pula..  Agama Habiskan Hafazan dari Juz 29  alhamdulillah dah habis pada 18.6.2020 Tambah sedikit hafazan dari Juzuk 28  Ada mula dah tapi hafazan juzuk 28 tak teguh sebab susah  Hafaz semula surah Yaasin, Al-Munafiqun (dulu pernah hafaz) Yaasin? - belum ulang hafaz lagi. (gagal) Al-Munafiqun? - alhamdulillah , sebab termasuk dalam progress juzuk 28 Tingkatkan kualiti solat (gagal)  - Aku tak pasti kualiti solat aku lebih baik.  Solat sunat sekali sehari (gagal) -  tak istiqamah juga Khatam Al-Quran 4 kali tahun ini - alhamdulillah Nota tambahan - jangan baca Al-Quran telefon, tapi cari Al-Quran di masjid atau surau. Pelbagaikan sentuh naskhah yang berbeza-beza.  pertama - 5.3.2020 kedua - 5.5.2020 ketiga - 20.6.2020 Keempat - 3.10.2020 Kelima - 25.12.2020 Sedeqah 10%  (gagal) -  tak begitu istiqamah juga Lebih masa untuk