Nasihat

Bismillah.. Halaman (page) ini sekali lagi merupakan satu bentuk isi kandungan kepada semua entri/post aku yang berkaitan dengan nasihat (selalunya dikaitkan dengan agama sebab agama itu nasihat). Supaya senang nak cari balik semua entri/post yang terdahulu..
Al-Qur'an [nota penting - aku hanya tuliskan isi nasihat di sebalik ayat surah sahaja, jadi kalau nak baca terjemahan penuh sama ada: lihat terjemahan sendiri di apps/buku/laman web secara sendirian atau (2) klik saja link sisipan untuk masuk ke entri blog aku yang mengandungi terjemahan asal] 

  • [Al-Baqarah 2:45] berdoalah kepada Allah dengan sabar. dan solat itu berat (sebenarnya) kecuali bagi orang yang khusyuk (entri istikharahsolat fardhu 2 kali, dah kenapa?)
  • [Al-Baqarah 2:67-74] kisah tentang lembu betina, memberi mesej agar jangan banyak tanya dalam satu tugasan mudah (entri permudah dan jangan menyusahkan)
  • [Al-Baqarah 2:155-156] Apabila ditimpa musibah, maka katakanlah 'innalillah' (entri Pergi tak kembalipergi tak kembali (siri 2), musibah rumah kampung
  • [Al-Baqarah 2:183] arahan puasa (entri menjelang ramadhan 1434hWhy Muslim fast in Ramadhan?)
  • [Al-Baqarah 2:185] bertakbir (raya) selepas cukup sebulan berpuasa (entri epilog ramadhan 1434h)
  • [Al-Baqarah 2:186] berdoalah kepada Allah kerana Allah itu dekat (entri duduk selepas solat)
  • [Al-Baqarah 2:216] setiap perkara ada hikmahnya (entri hikmah setiap takdir)
  • [Al-Baqarah 2:225] Allah murka bagi sumpah yang disengajakan (tapi main-main tak nak tunaikan) (entri sumpah)
  • [Al-Baqarah 2:238] arahan kena jaga solat, serta solat wusta (entri psikologi tinggal solat?!)
  • [Al-Baqarah 2:282] tatacara rekod hutang piutang dalam Islam (entri hutang-piutang)
  • [Al-Baqarah 2:283] tatacara hutang piutang - perlunya barang gadaian/cagaran oleh penghutang. kalau percaya atas amanah, penghutang kena tunaikan amanah (entri hutang-piutang)
  • [Al-Baqarah 2:285] Al-Quran diturunkan dalam bulan Ramadhan (entri Bulan Al-Quran)
  • [Al Baqarah 2:286] Allah tidak memberati seseorang melainkan yang terdaya olehnya (entri berdikari)
  • [Al Baqarah 2:216] Allah menjawab doa/permintaan hambaNya dengan 3 jawapan (entri decisions, decisions..)
  • [Al-Baqarah 2:219] Arak & Judi ada kebaikan & keburukan yang mana keburukan lebih besar berbanding kebaikan (entri y u no drinking?)
  • [Al-Baqarah 2:261-274] penjelasan tentang sedekah; 261 bandingan pahala orang bersedekah 262 jangan sakiti hati/mengungkit sedekah kepada penerima 263 refuse sedekah melalui kata-kata yang baik itu lebih baik  264 mengungkit/sakiti hati penerima boleh kurangkan pahala sedekah 267 sedekah dengan harta yang baik-baik 268 Syaitan akan takut-takutkan dengan kemiskinan 271 boleh sedekah secara open/closed tapi lebih baik secara closed. (entri sedekah, sedekah (3))
  • [Al-Imran 3:14] Benda-benda duniawi yang disukai manusia ialah Isteri, Anak, Emas, Perak, Kuda, Binatang ternak, Kebun (entri homesick)
  • [Al-'Imran 3:15] namun ada perkara yang lebih baik dari semua duniawi tersebut iaitu... (entri homesick)
  • [Al-'Imran 3:159] antara ciri pemimpin yang baik ialah lemah lembut, pemaaf, suka berbincang dan tawakal + usaha (entri ketua)
  • [An-Nisa' 4:34] lelaki itu pemimpin bagi orang perempuan maka Allah lebihkan lelaki daripada perempuan. Perempuan sementara itu hendaklah jaga ketika suami takde. Ada juga pasal menangani perempuan nusyuz (entri ketua)
  • [An-Nisa' 4:36] Berbuat baik kepada semua orang (entri Otsukaresama-desu!Tolong orang
  • [An-Nisa' 4:86] adab balas ucapan hormat (termasuk ucapan salam) (entri sebarkan salam)
  • [Al-Ma'idah 5:32] Selamatkan seorang bererti selamatkan seluruh manusia. Bunuh seorang bererti bunuh semua manusia - entri derma darah, sumpah doktor muslim
  • [Al-Ma'idah 5:89] denda kifarah bagi orang yang sengaja sumpah palsu (entri sedeqah (6) beri makan orang miskin
  • [Al-Maidah 5:91] syaitan hanya nak manusia bermusuh & lupa Allah melalui arak dan judi (entri y u no drinking?)
  • [Al-An'am 6:160] buat 1 kebaikan dapat 10kali ganda pahala, buat 1 kejahatan dapat 1 dosa (entri bumerang kebaikan)
  • [Al-An'am 6:165] Allah tinggikan darjat seseorang dengan sesuatu tujuan (entri Apa dosa anjing?)
  • [Al-'A'raf 7:26] dalam banyak-banyak pakaian, pakaian taqwa yang paling terbaik (entri dresscode)
  • [Al-'A'raf 7:31] pakai cantik-cantik pergi masjid serta makan-minum jangan melampau (entri dresscode
  • [Al-'A'raf 7:93-100] patutkah kita berasa aman (dengan semua nikmat) daripada kedatangan azab Allah - demi masa (2)
  • [Al-Anfal 8:63] kalau kau belanjakan semua harta kat dunia, nescaya kau masih tak dapat nak satukan hati manusia. Hanya Allah saja yang mampu (entri reunion mini)
  • [At-Taubah 9:24] Apabila duniawi kamu lebih cintai dari Allah & Rasul, maka tunggulah Allah datangkan keputusanNya (entri homesick)
  • [At-Taubah 9:60] golongan penerima zakat (entri zakat)
  • [At-Taubah 9:103] zakat dapat membersihkan harta & mensucikan diri (entri zakat)
  • Yunus 10:24-25] Bandingan kehidupan dunia seperti tanaman bumi (entri hidup hanya sementara)
  • [Yunus 10:49] Ajal pasti datang, tak cepat dan tak lambat (entri hidup hanya sementara)
  • [Yunus 10:54] manusia zalim (kalau boleh) nak lepas diri penjara neraka dengan bayaran semua yang ada di bumi dan tetap merasa sesal (entri hidup hanya sementara)
  • [Hud 11:112] hendaklah sentiasa tetap teguh dan istiqamah (entri istiqamah)
  • [Ar-Rad'u 13:28] Dengan mengingat Allah, hati menjadi tenang (entri defence mechanism to stress, tenangkan diri)
  • [Ibrahim 14:7] Bersyukur ditambahkan lagi nikmat, kufur diberi azab (entri Dua pun memadai)
  • [An-Nahl 16:18] kalau hitung semua nikmat allah nescaya takkan terhitung (entri kerana rahmat)
  • [An-Nahl 16:43] arahan Bertanyalah kepada orang yang mengetahui (entri cara studi yang pelbagai (isi 2),ada soalan?sama macam Al-Anbiya 21:7 
  • [An-Nahli 16:53-54] perangai manusia ketika susah meminta tolong, ketika senang macam takde apa-apa (entri tak cukup masa?!)
  • [An-Nahl 16:126] adab balas kejahatan (entri maaf) sama macam Asy-Syura 42:39-43 
  • [An-Nahl 16:98] baca ta'awuz sebelum baca Al-Quran (entri adab baca al-quran)
  • [Al-'Isra' 17:26-27] berikan hak kepada orang miskin atau kaum kerabat dan jangan berbelanja secara boros. (eh tak jumpa entri pulak, missed!) 
  • [Al-'Isra' 17:23] arahan berbuat baik kepada ibu bapa, jangan kata ah (entri berbakti kepada ibu bapakompilasi entri ibu)
  • [Al-'Isra' 17: 26-27] Tunaikan hak kaum kerabat & orang miskin. Jangan membazir (entri Dua pun memadai, berjimat)
  • [Al-'Isra' 17:32] larangan menghampiri zina (entri sempena 14.2)
  • [Al-'Isra 17:37] Jangan berlagak, padahal kau takkan dapat belah bumi pun, dan kau tak tinggi gunung pun (entri Rendah diri (siri 3)
  • [Al-'Isra' 17:44] semua makhluk Allah sentiasa bertasbih & memuji Allah (entri sayangi makhluk lain)
  • [Al-Kahfi 18: 23-24] katakan la insya-allah ketika merancang (entri insya-allah)
  • [Al-Kahfi 18:60-82] kisah Nabi Musa a.s & Nabi (Khidir a.s) - entri dari kisah nabi musa
  • [Al-Kahfi 18:103-104] ruginya orang yang menyangka amalan mereka sentiasa betul dan baik pada apa saja yang dilakukan  (entri Qarin (entri 2))
  • [Maryam 19:89-93] Allah sangat marah sebab hambanya kata Allah ada anak (entri malaikat mikail tidak ketawa)
  • [Al-Anbiya' 21:7] bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui (entri ada soalan?) sama macam An-Nahl 16:43 
  • [An-Nur 24:20] Mengembaralah kamu (entri kembara)
  • [An-Nur 24:30] Jaga pandangan & kehormatan (entri eye contact)
  • [An-Nur 24:41] semua makhluk Allah itu beribadah/bertasbih pada cara masing-masing (entri sayangi makhluk lain)
  • [An-Nur 24:47-51] ciri orang munafik apabila diajak berhukum dengan Al-Quran, mereka ikut apabila keputusan menguntungkan mereka, manakala mereka menolak jika keputusan tidak menguntungkan mereka (entri munafik)
  • [An-Nur 24:53] orang munafik suka dusta dalam sumpah oleh itu Allah dah beri arahan agar mereka ni jangan bersumpah (entri munafik)
  • [An-Nur 24:58] anak kecil kena minta izin untuk masuk bilik ibu bapa pada 3 masa (entri minta izin masuk bilik ibu bapa)
  • [An-Nur 24:59] bukan anak kecil je, dah besar pun masih kena minta izin masuk bilik ibu bapa pada 3 masa (entri minta izin masuk bilik ibu bapa)
  • [Al-Furqan 25:17-18] soal jawab Allah terhadap berhala di akhirat. Berhala tak ngaku menyesatkan hamba Allah, sebaliknya kemewahan yang membuat mereka lalai (entri malaikat mikail tidak ketawa)
  • [Al-'Ankabut 29: 2-3] Ujian sebagai pembeza orang beriman atau tidak (entri Bad Hair day, Dugaan Rayani Air)
  • [Al-'ankabut 29:45] Solat itu mencegah kemungkaran (entri solat)
  • [Ar-Rum 30:37] Allah berkuasa memewahkan sesiapa saja dan memiskinkan sesiapa saja (entri sedeqah (4))
  • [Ar-Rum 30:39] pemberian untuk redha Allah akan diberikan pahala berganda-ganda (entri sedeqah (4))
  • [Luqman 31:14] Berbuat baik kepada ibu bapa (terutamanya ibu) (entri dari o&ghyperem
  • [Luqman 31:17] Amar makruf, nahi mungkar (entri batasan umur)
  • [Luqman 31:27] Ilmu Allah itu luas, kalau lautan jadi tinta dan pokok jadi pen pun takkan habis (entri rendah diri (siri 3))
  • [Luqman 31:33] di akhirat ibu bapa tak boleh cover dosa anak, anak pun tak boleh cover dosa ibu bapa (entri siblingship)
  • [Al-Ahzaab 33:21] Contoh teladan terbaik (entri Istilah Legendsempena maulud nabi)
  • [Al-Ahzaab 33:56] Fadhilat selawat ke atas Nabi (entri bersempena maulud nabi)
  • [Yaasiin 36:65] Anggota badan akan menjadi saksi di akhirat tentang perbuatan kita (entri Gambaran hari akhirat)
  • [Az-Zumar 39:42] ketika tidur sebenarnya Roh kita dipegang oleh Allah, cuma Allah lepaskan balik bila dah nak bangun (entri mati 2 kali)
  • [Az-Zumar 39:73] di akhirat hanya syurga sahaja tempat yang bahagia dan selamt (entri rombongan di akhirat) - tentang syurga banyak disebut dalam pelbagai ayat lain
  • [Fussilat 41:34] kesan membalas 'keburukan dengan kebaikan' (entri musuh menjadi sahabatpemaaf sifat mulia
  • [Asy-Syura 42:20] siapa nak untung akhirat, dia akan dapat untung dunia sekali. Tapi siapa nak untung dunia, dia dapat sikit je untung dunia & akhirat tak dapat apa pun (entri tarawikh tahun ni)
  • [Asy-Syura 42:27] kalau Allah mewahkan rezeki buat SEMUA manusia, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (entri Kalau aku kaya)
  • [Asy-Syura 42-39-43] adab menerima kejahatan orang (entri musibah 28.4.2012maafsama macam Asy-Syura 42:39-43 
  • [Asy-Syura 42:48] perangai manusia bila dapat nikmat dia bergembira, bila ditarik nikmat memberontak pula.. (entri sedeqah 5 peluang selepas raya)
  • [Az-Zukhruf 43:13-14] Doa naik kenderaan (entri Cabaran semasa memandu)
  • [Az-Zukhruf 43:36] tentang Qarin (entri qarin (entri 1))
  • [Al-AhQaf 46:15] Berbuat baik kepada ibu bapa (entri Kasih Ayah)
  • [Al-Fath 48:29] tegas dengan orang yang kafir (dalam hal akidah & undang-undang islam), kasih sesama islam. ciri-ciri islam umpana pokok (entri Nobita dalam Al-Quran)
  • [Al-Hujurat 49:6] Selidiki kebenaran berita agar tidak menyesal (entri Perbezaan pendapat)
  • [Al Hujurat 49:11] Jangan mencemuh/ menghina orang lain (entri Maksud namaMr Bean tengok wayangdon't judge others)
  • [Al-Hujurat 49:13] hikmah dijadikan manusia berbilang bangsa. Dan yang paling mulia ialah mereka yang bertakwa (entri jalinan, [Jom Baca] Apa lagi Cina Mahu?)
  • [Az-Zariyat 51:55] suruh beri nasihat, nasihat itu bermanfaat bagi orang beriman cara studi yang pelbagai (isi 2)
  • [Az-Zariyat 51:56] manusia dan jin dicipta untuk tujuan beribadah kepada Allah sebenarnya  - entri "cabaran10tahun"?
  • [Al-Hasyr 59:16-17] tentang Syaitan akan berlepas diri dari semua kejahatan yang kita lakukan di dunia dulu ketika akhirat kelak (entri Qarin (entri 2))
  • [Al-Jumuah 62:9] arahan solat jumaat (entri dilema jonah vs solat jumaat)
  • [Al-Munafiqun 63:10-11] antara ciri orang munafik di akhirat mereka menyesal melihat azab Neraka dan berdoa kalau-kalau boleh dikembalikan ke dunia (entri tak cukup masa?!)
  • [At-Talaq 65:2-3] ayat 1000 dinar (entri ayat 1000 dinar)
  • [Al-Jin 72:6-13] tentang Jin (entri pesawat hilang)
  • [Al-Jin 72:17] Allah beri nikmat untuk tengok adakah manusia bersyukur atau tidak (entri Rendah diri)
  • [Al-Muzammil 73:1-3] Qiamullail (entri stay up lewat vs bangun awal)
  • [Al-'Alaq 96:1-5] arahan membaca (entri cara studi yang pelbagai (isi 1)hobi ketika outing
  • [Al-Qadr 97: 1-5] Alquran di turunkan pada malam yang lebih baik dari 1000 bulan (entri hari-hari akhir ramadhan)
  • [Al-'Asr 103:1-3] demi masa (entri jam tangan)
Al-Hadith [nota penting - aku tak tuliskan hadith penuh dalam laman ini, tapi sila klik link keyword yang diberi]
  • Berkata baik atau diam [HR Bukhari & Muslim]
  • Jangan banyak tidur ketika malam [HR At-Tabrani] - entri stay up lewat vs bangun awal
  • Berterima kasih atas kebaikan orang [HR Tirmizi] - entri Otsukaresama-desu!
  • 3 Amalan yang tidak akan putus kiraannya setelah meninggal [HR Bukhari] - entri dari o&g
  • Manusia tidak akan merasa puas dengan harta [HR Bukhari] - entri pengurusan kewangan , Dua pun memadaibusiness savingsifat tamakkalau aku kaya
  • Fadhilat Al-Ma'thurat [Bukhari] & Solat Subuh [HR Bukhari & Muslim, HADITH -2 HR Muslim](entri Rutin asrama yang ingin aku kekalkan)
  • Makan dengan tangan (kanan) [HR Bukhari] - entri Kalau makan luar (siri 2)kidal
  • Berkata benar walaupun Pahit [HR Imam Ibn Hibban] - entri Live-Action-Trigger!
  • Bahana Hutang [HR Bukhari] - entri Hutang
  • Hidupkan sunnah Nabi = mencintai Nabi --> akan bersama nabi di syurga [HR Thabarani] - entri sempena maulud nabi
  • Berkasih sayang kepada makhluk Allah [HR Muslim, HR Abu Dawud & At-Tirmizi) - entri kalau makan luar (siri 4)
  • Bandingan muslim yang berkasih sayang sesama mereka adalah seperti satu badan [HR Bukhari & Muslim] - entri zakat
  • Tentang silaturrahim {HR Ahmad & Tabrani, HR At-Tirmizi]- entri silaturrahim
  • Solat itu tiang agama [HR Bukhari & Muslim] - entri solat
  • sunah dalam majlis ilmu [pelbagai] - entri hormat majlis
  • Tinggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat [HR Tirmizi] - entri nasihat hari minggu
  • Pahala membaca al-Quran [tak pasti] - entri suwarul Quran
  • Berusaha mencari rezeki sendiri yang halal (daripada meminta-minta) [HR Bukhari, HADITH-2 At-Tabrani] - entri mencari rezeki
  • Tips kembara [pelbagai] - entri kembara
  • kurangkan ketawa dan banyak menangis [HR Bukhari] - entri menangis itu..
  • Pahala ketika sakit [HR Ahmad, HR Ahmad, Ibnu Majah, At-Tirmizi] - entri jatuh sakit
  • 2 nikmat yang sering dilupakan [HR Ahmad & At-Tirmizi] - entri jatuh sakit2 dari 3
  • Basuh 7 kali bekas anjing [HR Bukhari & Muslim] - entri apabila terserempak anjing
  • Jumaat untuk orang islam [HR Muslim] - entri Jumaat Saiyidul Ayyam
  • Amanah itu berat [HR Al-Bazar At-Tabrani] - entri jujur
  • Orang miskin masuk syurga lebih awal [HR Abu Daud] - entri kaya
  • Dakwa perlu disertakan bukti atau sumpah [HR Baihaqi] - entri sumpah
  • Kawal diri ketika marah [HR Bukhari & Muslim] - entri jangan marahprovokasi
  • Rasulullah bantu urusan rumah [HR Bukhari] - entri urus rumah
  • Larangan berkata "kalaulah" [HR Ibnu Majah] - juga entri tak cukup masa?!
  • Fadhilat bulan ramadhan [HR Ahmad] - entri menjelang ramadhan 1434h
  • Pahala multiplier ramadhan, serta Allah sendiri bagi pahala tentang puasa [HR Muslim] - entri bonus ramadhanepilog ramadahn 1437h
  • Cintai dunia akan bahayakan akhiratnya, cintai akhirat akan bahayakan dunia [HR Ahmad] - entri tarawikh tahun ni
  • Fadhilat sahur [HR Bukhari & Muslim, HR Muslim] - entri sahur 
  • Kegembiraan berbuka puasa [HR Bukhari & Muslim] - entri buka puasa
  • Arahan zakat fitrah [HR Bukhari & Muslim] - entri zakat fitrah
  • magic Puasa enam [tak pasti] - entri puasa enam 
  • Sebarkan salam [HR Muslim, HR Bukhari & Muslim] - entri sebarkan salam
  • Ciri-ciri munafik: khianat,dusta, mungkir janji, overacting [HR Bukhari & Muslim] - entri dusta
  • amalan paling disukai Allah adalah sedikit tapi istiqamah [HR Bukhari]
  • redhai ketentuan Allah dan yakiniNya, dia akan penuhi keperluanmu [HR Tirmizi] - entri recovery time from stress
  • syurga bukan untuk muslim (walaupun solat & puasa) yang sakiti jiran tetangga [tak pasti - entri trust
  • Rasulullah tidur di tempat yang serba sederhana (bukan katil mewah raja) [HR Ahmad] - entri tidur selesa
  • Penyakit tua tidak ada penawar [HR Tirmizi & Abu Daud] - entri dari geriatrik..
  • Adab memohon petunjuk/istikharah [HR Bukhari] - entri istikharah
  • Ada 5 tanggungjawab terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia [HR Abu Daud & Ibnu Majah] - entri reconnect
  • Orang yang paling bijak ialah yang banyak mengingat mati & membuat persediaan untuk mati [HR Tabrani] - entri nasihat dari kematian
  • Gembira bila buat baik, sedih bila buat jahat [HR Ahmad & Al-Hakim] - entri psikologi tinggal solat
  • 2 panduan yang takkan sesat selamanya bila dirujuk [HR Imam malik] - entri pesawat hilang
  • niat buat kebaikan (tapi tak jadi buat) Allah bagi 1 pahala, (kalau jadi buat kebaikan) Allah bagi penuh 10-700 pahala. sebaliknya niat buat kejahatan (tapi tak jadi buat) dapat 1 pahala, (kalau jadi buat kejahatan) Allah tulis 1 dosa kejahatan. [HR Bukhari & Muslim] - entri behind lost smile
  • Setiap orang adalah pemimpin terhadap sesuatu [HR Bukhari & Muslim] - entri ketua
  • pelbagai sunnah di bulan ramadhan seperti akhiri sahur, cepatkan berbuka, berbuka dengan rutab, beri makanan kepada orang, lebih banyak derma [pelbagai] - entri sunnah ramadhan (part 1),
  • Perihal asal usul Tarawikh [HR Bukhari] - entri sunnah ramadhan (part 2)
  • Sabar itu ketika pukulan yang pertama [HR Muslim] - entri sabar
  • Sungguh menakjubkan bagi orang beriman semua perkara yang berlaku (baik & buruk) itu adalah kebaikan bagi seorang muslim [HR muslim] - entri sabar
  • Setiap orang (termasuk rasul juga) pasti ada Qarin masing-masing, cuma Qarin rasul dah diislamkan [HR Muslim & Ahmad] -  entri Qarin (entri 2)
  • Boleh masuk neraka kalau bela haiwan tapi kurung tak beri makan/minum, juga tak biarkan dia bebas [HR Bukhari, Muslim] - bela kucing
  • Amalan yang dicintai Allah ialah solat di awal waktu > berbakti kepada orang tua > berjihad di jalan Allah [tak pasti] - entri Qada' Solat
  • Takutilah sifat bakhil & haloba sebab keduanya mendorong ke arah kemusnahan [HR Muslim] - entri sedeqah (3)
  • Ajailah anak-anakmu berkuda, berenang dan memanah [HR Bukhari & Muslim] - entri berenang
  • Celaka bagi sesiapa yang melepasi ramadhan tapi tidak diampuni [HR Bukhari] - entri kesilapan kerap dalam ramadhan
  • Ibadah 500 tahun masih belum menjamin masuk syurga [HR Muslim] - entri kerana rahmat
  • rahsiakan bertunang, hebahkan berkahwin [HR Ahmad] - entri tunang 
  • Allah pegang roh orang ketika tidur dan lepaskan semula balik ke tubuh ketika bangun [HR Ibnu Mandah, HR Abu Hatim] - entri mati 2 kali
  • Ciri luaran orang khusyuk [tak pasti?] - entri semangat
  • mudahkan urusan orang lain di dunia, Allah akan mudahkan urusannya di akhirat [HR Muslim] - entri good patient
  • adab membaca Al-quran [pelbagai]
  • Tentang situasi anak syurga [pelbagai] - entri bertabahlah wahai ibu
  • Taubat pembunuh 100 nyawa [HR Bukhari & Muslim]
  • Islam-Iman-Ihsan [HR Muslim]
  • Hadith tentang takbur [HR Muslim] - entri don't judge others
  • Malaikat Mikail tidak ketawa selepas nereka diciptakan [? tak pasti siapa]
  • Rasululluh hamba paling bersyukur melalui solat sehingga bengkak kaki [HR Muslim] - entri demi masa (2)
  • Hadith tentang kepentingan menutup aib sendiri [HR Bukhari] - entri "cabaran10tahun"?
  • Pemberi riba dan pengambil riba itu sama je (nasibnya) [HR Muslim] - entri bertukar ke akaun bank islamik
  • Penuhi janji dapat pahala, mungkir janji sama ada Allah balas di dunia atau di akhirat - entri penuhi vs mungkiri janji
  • Hukum solat fardhu 2 kali - entri Solat fardhu 2 kali, dah kenapa??
  • Ibadah Korban - larangan potong kuku & rambut
  • Lafaz Selawat menurut hadith pelbagai
  • Kisah 3 orang terperangkap dalam gua [tak pasti] 
Peristiwa peribadi (atau kisah teladan) semata-mata yang mana mesej nasihat TIDAK disandarkan kepada mana-mana dalil naqli (AlQuran/AlHadith)
"Ok, nampak padat dan banyak sangat.. Insya-allah aku akan susun semula dari semasa ke semasa" ^-^!

nota - dah siap semak sampai OGOS 2020, lepas ni sambung SEP 2020 ye 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)