Ihsan

Trigger untuk entri kali bermula dari satu perkongsian santai secara rawak di media sosial facebook.. Jom aku kongsikan semula dalam blog aku supaya tak lupa..

كنڠن تاهون 80-90 دولو.. سياڤا إيڠت لاݢي؟
Siapa ingat lagi kenangan ini? Ya betul.. Bagi mereka yang lahir pada tahun 80-90an ungkapan ini sering keluar dari mulut budak di sekolah.
"ألله" <-- alih tulisan (rumi ke jawi) bagi perkataan [Alip-Lam-Lam-Ha]
Kenangan, kenangan juga.. Tapi jom ambil manfaat dari adegan ini..


Fokus: Ihsan
Bila difikirkan semula, rupanya situasi ni berkait rapat dengan salah satu nilai penting dalam trilogi syariat Islam-Iman-Ihsan.. Jom tengok panjang hadith berikut (aku salin tampal dari [website Risalah Islam] pengertian trilogi islam-iman-ihsan)

------------------------------ hadith panjang juga ^-^! ---------------------------------
[nota - alamak hadith panjang yang mengandungi pelbagai ilmu & pengajaran. Jadi untuk entri kali ni aku hanya highlightkan isi yang berkaitan saja.. Perkara lain akan dibincangkan dalam entri yang lain.. Insya-Allah] 

Dari Umar r.a. ia berkata: ketika kami duduk-duduk di sisi Rasulullah  suatu hari, tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya kesan-kesan berjalan jauh dan tidak ada seorang pun di antara kami yang mengenalnya. 
Hingga kemudian dia duduk di hadapan Nabi  lalu menyentuh kedua-dua lututnya kepada kepada lututn Baginda (Rasulullah ) sambil berkata: “Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam?"
Maka bersabdalah Rasulullah : “Islam adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada (Tuhan) yang disembah selain Allah, dan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa (di bulan) Ramadhan dan mengerjakan haji jika mampu."
Kemudian dia berkata: “Anda benar!“. 

Kami semua hairan, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “Beritahukan aku tentang Iman“. 

Lalu Baginda bersabda: "Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk." 

Kemudian dia berkata: “Anda benar“. 
Kemudian dia berkata lagi: “Beritahukan aku tentang Ihsan“. 

Lalu Baginda 
 bersabda: “Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya, maka (ketahuilah bahawa) Dia melihat engkau.” 

Kemudian dia berkata: “Beritahukan aku tentang berlakunya hari kiamat”. Baginda bersabda: “Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. 

Dia berkata: “Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “. Baginda bersabda: “Apabila seorang hamba melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat seorang berkaki ayam dan mendedahkan dada, miskin lagi penggembala kibas, (kemudian) berlumba-lumba meninggikan bangunannya."

Kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian Baginda (Rasulullah) 
 bertanya: “Tahukah engkau siapa yang bertanya itu?”. 

Aku berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Baginda bersabda: “Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian (Islam)“.

(أدا دالم بوكو حديث 40 (حديث ك-2
 ------------------------------ (HR Muslim) -------------------------------

Jadi balik kepada kenangan silam yang lalu, sebenarnya ungkapan tersebut adalah kesan dari pembelajaran di sekolah tentang Ihsan. Jadi kita pada masa budak-budak dulu selalu cepat tangkap apa yang ustaz/ustazah ajarkan tentang ihsan lalu aplikasikan dalam situasi tersebut..
"Aku tulis Alip-Lam-Lam-Ha sini. Jadi siapa yang (belajar tentang Ihsan patut tahu sedar diri bila nampak tulisan Allah sebelum ambil barang orang. Kalau tak nampak, ingatlah Allah sentiasa Melihat tindakan dia ambil barang bukan milik sendiri tapi) ambil, maka dia berdosa.. !"
Bagusnya budak-budak dulu mempercayai nilai Ihsan dan mengamalkannya..
ادکه کيت يڠ ديواسا اين لبيه باءيق درڤد مريک؟  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)