Sumpah Doktor Muslim

Sedangku melayari media internet, tiba-tiba aku jumpa tentang sumpah (oath) seorang doktor dalam menjalankan tanggungjawabnya - Hippocrates Oath

Namun terdapat sedikit perbahasan dari aspek aqidah, yang mana pada akhirnya ramai cendikiawan  telah pun mengulangkaji sumpah tersebut lalu wujudlah versi muslim. Bacaan sedikit sebanyak tentang kepelbagaian versi sumpah perubatan boleh rujuk sini.. [artikel] Oath of Muslim Physician

Sementara itu, jom kita tengok gambar ini..

sumber https://ouwbmmsa.wordpress.com/2015/07/21/the-oath-of-a-muslim-physician/

"Alamak, bahasa inggeris ke rupanya.. Takde terjemahan bahasa Melayu ke?"
Kalau takde sangat, jomlah kita buat terjemahan.. [nota: aku cuba terjemahkan sebaik mungkin, maaf kalau terdapat kesalahan bahasa sebab aku tak pandai sangat ini.. Jom]

---Fokus - [Terjemahan] sumpah doktor muslim ---

Segala puji bagi Allah, 
(yang) Maha Mengetahui, 
(yang) Maha Unik, 
(yang) Maha Penguasa Hari Pembalasan, 
(yang) Maha Mulia, 
(yang) Maha Agung, (dan) segala keagungan hanya layak bagiNya. 
(Yang) Maha Kekal yang mencipta sekalian alam & segala makhluk. 
(Yang) Maha Esa, menguasai segalanya tanpa sempadan masa & ruang. 
Tiada yang layak disembah melainkan Allah, 
(yang) Maha Pengasih, 
(yang) Maha Penyayang.

Kurniakanlah kami kekuatan agar berlaku benar, jujur, rendah diri, penyayang dan adil.
Kurniakanlah kami ketabahan untuk mengakui kesalahan kami, untuk memperbaik cara kami, dan untuk memaafkan kesalahan pihak lain.
Kurniakanlah kami kebijaksanaan untuk menenangkan (perasaan) and menasihati semua pihak ke arah kedamaian dan keharmonian.
Kurniakanlah kami kefahaman bahawa tugas kami adalah satu profession mulia yang melibatkan jiwa & minda bagi ciptaanMu yang paling berharga.

Maka dengan itu, muliakanlah kami agar dapat melaksanakan tugas murni ini dengan penuh kehormatan, martabat dan ketakwaan agar kami akan memberikan sepenuh jiwa raga & tenaga kami untuk memberi perkhimatan kepada seluruh umat manusia,
...baik miskin mahupun kaya, 
...golongan bijak pandai ataupun tidak, 
...Muslim mahupun bukan Muslim, 
...(kulit) hitam atau (kulit) putih
...dengan kesabaran dan toleransi, 
...dengan penuh hormat dan moral, 
...dengan ilmu pengetahuan & tindakan pemeliharaan, 
...dengan kasih sayangMu dalam hati kami dan perasaan simpati kepada hambaMu, ciptaanMu yang paling berharga.

Oleh itu, kami mengambil sumpah dengan namaMu yang Maha Pencipta seluruh langit dan bumi, dan mengikut panduanMu seperti mana yang telah Engkau turunkan kepada Nabi Muhammad  
"Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu Kami telah tetapkan atas Bani Israil, bahawa sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan (yang membolehkan bunuh) atau kerana melakukan kerosakan dimuka bumi, maka dia seolah-olah telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya dan demi sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-Rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang, kemudian kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi." (Surah Al-Ma'idah 5:32)
---Tahukah anda?? ---

Sebenarnya, melalui sumpah doktor (tak kira Hippocrates, Islamic dll sekali pun, pada umumnya) semua doktor yang berkhidmat sama ada swasta atau kerajaan berpegang teguh kepada etika perubatan (diajarkan sejak di kuliah belajar perubatan lagi) serta ada 'aku janji' tersendiri. Jadi tak kira di mana-mana hospital / klinik persendirian sekali pun, semua perkhidmatan yang diberikan adalah berdasarkan teras berikut:

#1 Autonomy = maksudnya pesakit berhak untuk bersetuju atau menolak cadangan rawatan. Setiap keputusan akhir adalah di tangan pesakit
#2 Beneficence = setiap rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah untuk kebaikan pesakit semata-mata
#3 Confidentiality = maklumat yang membawa identiti pesakit adalah sulit dan rahsia (tidak akan dibawa menjadi topik sembang di kedai kopi atau sesama jiran tetangga). Perbincangan sesama rakan seperjuangan hanya berkenaan dengan dengan fakta simptom pesakit & faktor risiko sahaja (tiada nama/alamat yang akan disebutkan)
#4 Do no harm (Non maleficient) = setiap tindakan rawatan yang diberi oleh doktor akan dipertimbangkan terlebih dahulu faedah & bahaya. Jika rawatan itu lebih mendatangkan kecederaan/luka baru atau kematian, maka doktor tidak akan memberi rawatan tersebut (walaupun pesakit nak juga)
 #5 Justice = rawatan diberikan seadilnya kepada sesiapa yang memerlukannya tanpa mengira status 

Jadi walaupun doktor tak pernah cakap ketika sesi konsultasi doktor, namun percayalah seorang doktor yang beretika sentiasa berpegang teguh kepada 5 teras ini.. 

Some other stream of thought
  • Dalil (ayat Al-Quran 5:32) ini juga aku pernah gunakan dalam entri derma darah. Yang sebenarnya, doktor saja boleh selamatkan orang, sesiapa pun boleh terpakai dengan dalil ini.. ^-^ termasuklah bomba, polis, peguam dan orang awam di tempat kemalangan..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)