Super Bomberman 3 [Game Snes]


"Salah satu dari game retro yang best bila main berdua.."
Rasanya ramai pernah main game macam ni. Game ni dari genre action-strategy, iatu pemain perlu rancang strategi untuk hapuskan musuh dengan menggunakan bom. Kalau tak silap, game ini mempunyai sejarah yang panjang dan lama (sejak awal konsol pertama pun, game ni lagi dah ada..) dan pelbagai siri terbitan untuk pelbagai konsol lain telah pun diterbitkan..

Aku bukanlah peminat tegar game Bomberman, tapi pernah la main beberapa siri (tak menang habis pun sebab susah ^-^! mungkin sebab budak tak pandai kot), Tapi setakat ini ada beberapa siri Bomberman yang aku suka & ingin main semula lagi bila terkenang..
"Tapi dalam entri ni aku fokus satu je la ye.. Kalau sampai niat, insya-Allah aku akan cuba bentangkan yang lain pula.."
Super Bomberman 3 [SNES]
Sinopsis: Dalam episod kali ni, kelihatan watak penjahat dengan UFOnya singgah di 'planet pengumpulan sampah' dan menjumpai 5 robot bomberman yang telah rosak (mungkin dari episod super bomberman yang lalu), jadi 5 robot tersebut disedut naik ke UFO dan dibaiki menjadi geng penjahat. Kemudiannya bertebaranlah geng penjahat menakluki 5 dunia yang berbeza. Jadi bergantung kepada bomberman putih (dan kawannya bomberman hitam) untuk tumpaskan mereka. Jom tengok overview panduan gameplay ni;




Jadi terdapat 5 dunia dengan elemen yang berbeza yang mana setiap satunya terdapat 4 stage yang perlu ditempuhi sebelum bertempur dengan boss penjahat.

هوتن ڤاي يڠ مڠهيجاو
World #1 Swamp Attack
- seperti namanya, stage ini bertempat ni hutan paya yang indah menghijau. Makhluk penjahat di sini lebih kepada flora & fauna yang berkaitan (misalnya katak, badak sumbu, pokok jahat, lebah, bunga) tapi ada juga musuh takde kaitan seperti UFO suis, lilin bergerak..
- setiap stage sangat senang & pendek (biasalah permulaan game ^-^)
- tiada stage hazard yang boleh membahayakan pemain (kalau kena bom sendiri itu lain cerita ^-^!)
- tiada gimik khas
- stage yang sesuai untuk perhebat potensi bom & cari kangaroo kegemaran.

ݢونوڠ برأڤي دان برباتو
World #2 Firestorm
- di kawasan gunung berapi yang berbatu
- tidak begitu susah & masih boleh menang
- makhluk jahat bertemakan kawasan gunung (batu pemakan, cicak kubing, kelawar, roda, bola api hantu, UFO suis memang ada juga)
- stage hazard termasuk volcano yang boleh lontarkan bola api ke tapak-tapak random.
- gimik khas termasuk troli yang meluncur di sepanjang jalan kereta api (boleh jadi stage hazard juga ini, jangan kena langgar oleh kawan)
- terdapat jenis item bom yang unik (bom jenis duri/remote/power)


داسر لاءوت دالم
World #3 Deep Sea
- bertempur di dasar laut dalam. Makhluk penjahat terdiri dari obor-obor, sotong, fishman. siput, tumbuhan laut, hantu air, UFO suis lagi
- gimik khas adalah ada barisan tertentu mempunyai pusaran laluan air, serta stage akan malap-malap
- tiada direct stage hazard, tapi berhati-hati dengan gimik sebab kalau tersilap langkah akan berlanggar dengan musuh
- item unik ialah bom air (yang boleh melantun apa bila ditolak / balik --> tidak begitu berguna tapi seronok nak nakal-nakal atau cuba-cuba). Antara lain ialah item sarung tangan (ability lontar bom) & pintas-blok


ڤادڠ ڤاسيرمسير
World #4 Pyramid
- bertempur di padang pasir dengan tema piramid. Makhluk penjahat di sini adalah tangan hantu, labah-labah, sphinx berjalan (boleh sembur api), ulat gonggok, cendawan, puting beliung
- antara gimik khas ialah pasir bergerak, pasir teleport,
- stage hazard ialah piramid di tengah ada ular patuk watak (aku tak pasti sebab tak pernah cuba langgar ular itu ^-^! tak berani ambil risiko)






دنيا أيس دان سلجي
World #5 Winterland
- seperti namanya, stage ini bertempat ni dunia ais. Jadi persekitaran adalah salji dan ais beku. Penjahat terdiri daripada makhluk bebola (boleh lompat ikut suka hati dia je), stalagtit ais (berpecah empat kecil apabila kena bom), penguin (boleh bina blok ais untuk lindungi diri sendiri), orang baling-rantai (serang dari jauh), UFO suis, yeti (boleh lompat elak letupan api bom), anjing laut (boleh luncur laju)
- stage hazard ialah bola salji besar & adanya lantai ais yang boleh pecah. (lalu sekali akan retak, kali kedua lalu akan pecah & tak boleh lalu lagi)
- antara gimik khas yang lain ialah igloo

Nota penting - Sebelum lawan boss dunia ais ini, sebaiknya persiapkan diri dulu dengan senjata hebat, tambahan nyawa (maksimum), kangaroo dll..

Dah lepas dunia ke-5 ni, watak bomberman bergembira (sangkanya dah tamat) menaiki jet angkasa. Tapi tiba-tiba datang satu UFO besar yang ingin mengancam keselamatan 5 dunia yang lain. Jadi pemain akan maju ke stage terakhir bagi menyelamatkan keadaan sebelum terlambat
"Pada masa ini, pemain dah masuk point of no return (tak boleh backtrack ke dunia lain untuk cari barang lagi)"
دالم كاڤل أڠكاس ڤرڠ
#6 Battleship
- stage terakhir untuk game ini ialah dalam kapal perang. iaitu melibatkan binaan dalaman kapal tersebut. watak penjahat semuanya robot (ada robot terbang+tembak, robot luncur, robot kotak, robot pacman, bom bergerak, robot spring dll)
- pemain perlu menempuhi beberapa tingkat penuh dengan musuh sebelum berjumpa boss akhir.
- stage hazard ialah litar elektrik yang boleh membunuh & juga conveyor belf bergerak menyukarkan strategi hapus musuh
- tips : abaikan musuh selagi boleh dan sasarkan objektif utama iaitu letupkan suis cepat-cepat untuk maju ke tingkat seterusnya.. Panjang pertempuran akhir ini..

final boss.. susah >_<!
Best bila main berdua.. tapi boleh jadi gaduh jugak (sebab berebut barang-barang atau tak sengaja kena letupan bom kawan) ^-^!
----  page (game) updated! -----

Teringin nak main juga? Sini aku bagi link untuk download dan setting sendiri di komputer anda;

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)