Gambar atau Ilmu

Karangan yang sedikit retrospektif. Sebab 2 minggu lebih dah berlalu sejak peristiwa tersebut..

31 Julai 2019 - 2 Ogos 2019
Tarikh ini ialah tarikh program Persidangan Saintifik Perubatan Keluarga (Family Medicine Scientific Conference FMSC) anjuran yang ke-22 melibatkan perkongsian oleh pakar-pakar dari pelbagai jabatan bidang perubatan (medicine). Jadi, alhamdulillah aku berkesempatan untuk turut serta (sebenarnya aku petugas sebagai urusetia, tapi alang-alang program sedang berlangsung, aku juga ambil peluang aku menghadiri beberapa sesi pembentangan..)

Oh ya, ini adalah program anjuran peringkat nasional sebab melibatkan jemputan pakar dari pelbagai negeri di Malaysia. Dengan itu, dijangkakan penyertaan menyeluruh oleh pelbagai pegawai perubatan dari pelbagai pelusuk di Malaysia. Dan tak terkecuali, semestinya ramai yang terkenal juga tampil sebagai penceramah jemputan. Antaranya ialah Dato Dr Musa bin Mohd Nordin yang pernah muncul di kaca TV dalam program TV Analisis : Vaksin: Perlindungan atau Kemudaratan (baca entri aku tajuk yang sama)
"Ternyata penglibatan beliau dalam TV Analisis terdahulu semakin menaikkan nama beliau dalam khalayak ramai (mungkin beliau sebenarnya dah pun terkenal sebelum program TV tersebut cuma aku la kot yang baru kenal). Aku tak pasti tentang pendapat orang lain, tapi setakat beberapa sesi beliau, aku dapati syarahan beliau sangat mudah faham & hadam (berbanding baca sendiri pada buku), jadi memang best sangat"
Jadi semestinya kehadiran beliau sebagai penceramah jemputan menarik perhatian ramai untuk menghadiri sesi perkongsian ilmu beliau. Aku juga tak terkecuali, ingin mendengar perkongsian beliau secara langsung.. Nah aku kongsikan sikit dalam ini


Seusai sesi perkongsian ilmu oleh penceramah hebat, ramai ambil kesempatan untuk bergambar dengan beliau. Dan aku juga tak terkecuali, tapi tak berjaya sebab beliau dikerumuni ramai, serta jadualnya yang sibuk membuatkan beliau menolak untuk bergambar. KECEWA T_T

Tapi dalam kekecewaan diri, tak semena-mena timbul satu persoalan..
"Perlu ke bergambar sebenarnya?? Kita datang sebenarnya nak berguru dengannya atau nak bergambar semata? Manakah yang lebih penting (atau lebih memberi kesan bermakna) buat kita?"
Fokus - Gambar atau ilmu?
Teringat aku tentang satu nasihat (mutiara kata) oleh Saidina Ali r.a
[kataali3.JPG]
"Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan"

Aku dapati nasihat tersebut sangat kena tepat dengan situasi sekarang. Iaitu, dalam berguru aku kena lihat apa yang diperkatakan dan bukanlah siapa yang menyampaikan.

Mesti ramai akan berhujah; besar perbezaannya antara 'orang besar' dengan 'orang biasa' dalam hal menyampaikan ilmu (yang mana darjat dan penghormatan yang ada padanya memberi impak berkesan dalam kata-kata yang disampaikan).

Mungkin benar dari kaca mata pihak penyampai (yang memberi ilmu/kata-kata), mereka berpotensi mempengaruhi manusia dengan kata-kata mereka. Jadi tanggungjawab mereka adalah menyampaikan ilmu dan kata-kata yang benar dan memberi contoh teladan yang baik

Sementara dari kaca mata kita (pihak pendengar), kita tak seharusnya memandang orang atas siapa, namun pentingnya memandang isi yang disampaikan. Itu yang lebih penting.

Terkadang, kita begitu teruja dengan kehadiran 'watak besar' dalam kehidupan, sehingga kita lebih inginkan publisiti bergambar (semata-mata untuk raih keuntungan peribadi) berbanding dengan ilmu yang disampaikannya.. Tanya diri, adakah ini satu etika / adab yang betul??
"Dalam peristiwa yang berbeza, terdapat individu yang mengambil kesempatan bergambar bersama watak besar atas tujuan publisiti peribadi. Kisahnya individu tersebut mendatangi seorang pakar perunding kesihatan wanita (O&G) selepas sesi TV pakar tersebut dan minta ambil gambar bersama, balik-balik dia upload status dan kaitkan dengan produk jualannya pula (supaya orang nampak penglibatan 'watak besar' lalu jualan semakin laris). Walaupun, individu pandai bermain ayat tapi pembaca Facebook tetap akan salah takrif.. Jahatnya niat mereka ini.. Tapi akhirnya ditegur oleh pakar perunding tersebut agar diturunkan semula"
Agak-agak kalau Rasulullah s.a.w masih hidup zaman sekarang, tentunya ramai lagi perangai macam ini;
  • Datang kuliah Nabi tapi bukan niat nak dengar dakwah (nasihat) Baginda tapi yang utamanya cuma nak bergambar, lepas tu muat naik di media sosial untuk publisiti diri (caption : selfie bersama...........)
    • putar plot - ada la lepas tu komen-komen bawang / puja / berkat dll
Jadi mungkin sebab tu agaknya kenapa Rasulullah s.a.w (Nabi terakhir) tapi dilahirkan & berdakwah pada zaman 1400 tahun dahulu (dan bukan zaman sekarang, walaupun dah lama masa berlalu menghampiri hari Kiamat). Wallahu a'alam"
Kembali pada topik utama, jadi isi nasihat dalam karangan ini ialah; terhadap "guru hebat", bukanlah 'gambar bersama' adalah perkara yang perlu 'diwarisi'. Sebaliknya, 'ilmu yang bermanfaat' itulah yang penting.
Kesan bergambar mungkin sementara (dalam julat masa tertentu sahaja, selepas itu semakin dilupai dek masa), namun kesan ilmu boleh jadi berpanjangan
Jom muhasabah..
"Tapi, terpulanglah juga kepada niat & prioriti hidup masing-masing.. (Bukannya tak boleh langsung, tapi soalannya -Perlu- kah?) "
---

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)