Komen aku tentang [Wayang] Boboiboy Movie 2
Baru ni filem wayang Boboiboy The Movie 2 disiarkan di layar perak seawal 8.8.2019. Kali ini, aku pula yang mengajak isteri untuk tonton bersama. Tapi tak disangka tiket filem ini sangat penuh, jadi hari ke-5 juga la baru dapat tonton..
Sedikit ulang kaji tentang ringkasan Boboiboy..
Perjuangan Boboiboy kemudian dibantu oleh kawan-kawannya Yaya, Ying & Gopal, masing-masing dikurniakan kuasa unik tersendiri. Tak lama kemudian, mereka diserta oleh Fang.
Siri Perjuangan Boboiboy telah pun berlangsung selama 3 musim, dan diakhiri dengan Boboiboy The Movie (filem pertama). Kemudiannya, Boboiboy diperkenalkan tentang kewujudan pelbagai sfera kuasa yang diburu oleh ramai makhluk di luar angkasa sana. Dan akhirnya Boboiboy & kawan-kawan menyertai pasukan untuk menyelamatkan pelbagai sfera kuasa (siri Boboiboy galaxy)
Komen peribadi tentang Wayang Boboiboy Movie 2
[Amaran - mungkin ada unsur 'pengacau' (spoiler) dalam penulisan ini jadi mohon tonton wayang dulu sebelum baca karangan ini]
Seperti mana gaya aku tulis komen wayang upin ipin (baca entri Komen Aku Tentang [Wayang] Upin Ipin Keris Siamang Tunggal), sebaiknya aku tulis dalam bentuk soal jawab hendaknya isi hujah aku sampai..
(0) Siapa aku nak komen tentang filem animasi ini?
- Khasnya, aku meminati animasi Boboiboy sejak awal siaran lagi (baca penulisan aku Animasi M'sia (1)). Semua episod Boboiboy serta movie pertama aku pernah tengok (paling kurang sekali). Jadi semestinya aku ingin ambil tahu pengembaraan terbaru Boboiboy
- Aku hanya sekadar penonton biasa. Takde apa-apa pengalaman dalam dunia pembuatan animasi. Tapi aku minat filem animasi. Aku sukakan cerita tentang aksi & pengembaraan, Aku suka filem yang menerapkan nilai-nilai murni. Aku suka industri tempatan menerbitkan filem animasi sendiri. Jadi aku tertarik untuk tengok.. Dan aku juga seorang pengkarya dalam domain yang berbeza , jadi aku nak tengok dan belajar ilmu/idea mana-mana untuk terapkan dalam karya sendiri.
(1) Berapa pemarkahan (rating) peribadi filem animasi ini?
- 8.5/10. Macam biasa, pemarkahan peribadi sentiasa berkait rapat dengan sebab peribadi. Nanti aku ulas lagi dalam soalan di bawah
(2) Adakah aku sudi untuk tonton lagi lain kali?
- Berkemungkinan besar YA
(3) Kepada siapa aku akan cadang / rekomen untuk tengok filem ini?
- Kawan-kawan yang minat filem aksi / pengembaraan
- Anak-anak buah sendiri dan semua anak-anak muda generasi baru (namun, aku akan lebih selektif kepada mereka yang berusia 7 tahun ke atas). Maksudnya kalau budak tadika, aku rasa belum sampai masa lagi
- Rakyat Malaysia dewasa yang lain (sokonglah industri animasi tempatan ^-^!)
(4) Apakah yang aku nak ulas tentang filem animasi ini? (AWAS - terdapat 'pengacau' spoiler)
[Nota - aku cuba hadkan ulasan ini mencakupi Movie 2 sahaja dan bukan keseluruhan]
Pertama sekali, nak komen tentang GRAFIK; Terdapat peningkatan mutu grafik. Sangat terbaik! Bahkan perincian sehingga rambut gopal dah boleh nampak di sebalik headband kepalanya. Reka bentuk planer & tempat juga sangat cantik
LATAR juga pelbagai. Aku faham siri Boboiboy Galaxy memang melibatkan pengembaraan ke planet-planet di angkasa. Jadi logiklah kalau ada penglibatan planet Rarimba, Bayugan, Guruhan, Quazaq. Walau bagaimanapun, aku sangat puji pihak penerbit tetap menjadikan Bumi sebagai lokasi penting cerita kali ini.
Seterusnya, kesan MUZIK. Secara jujurnya aku tak perasan sangat tentang muzik (semua salah penonton budak-budak sebab bising sehingga aku tak dapat nak amati muzik sangat ^-^! ceh, alasan~). Tapi yang paling jelas ialah lagu baru Faizal Tahir bersempena filem ini: Aku kongsikannya dalam blog ini.
Lagi, tentang BABAK pertarungan dan aksi. Aku takde komen lebih. Sepanjang Movie 2 ni, aku takde prejudis sangat Boboiboy ni ada tiru babak dari mana-mana filem terkenal. Kira puas hati dan teruja la juga. Banyak unsur kejutan dan tak dijangka sepanjang filem ini..
GENRE. Baru aku teringat animasi Boboiboy sentiasa tergolong dalam kategori #aksi #komedi #kanak-kanak. Jadi semestinya banyak elemen kelakar tak kering gusi sepanjang 110 min.
Oh ya, plot yang jarang berlaku ialah Boboiboy sedar akan kelemahan diri dan ingin berlatih di bawah Hang Kasa. Ada babak latihan untuk maju diri. Gagal berkali-kali tapi potensi diri semakin hebat. Memberi pengajaran kepada penonton bahawa kuasa bukan segalanya. Yang penting kena usaha untuk maju diri & berlatih.
Ada elemen ISLAMIK - iaitu Yaya masih kekal bertudung penuh menutup aurat serta adanya ucapan Assalamualaikum / Alhamdulillah. Aku tak boleh nak komen banyak, tapi teruskan usaha memartabatkan Islam pada mana yang boleh..
Penglibatan WATAK? Tentulah terdapat kepelbagaian watak dari siri asal animasi tersebut
Walaupun aku banyak komplen ^-^! tapi secara kesimpulan, aku tetap menyukai Filem Boboiboy Movie 2 ini. Pada pengakhiran filem ini, aku tahu Boboiboy masih mempunyai banyak idea untuk meneruskan pengembaraan lagi.. Dengan kata lain, boleh dijangkakan siri Boboiboy tidak berakhir cepat.
Teruskan usaha. Aku akan sentiasa menyokong! Usaha yang baik. Dan juga, teringin nak ulang balik tengok siri Boboiboy dari mula balik..
(6) Rasa-rasa ada perkara yang boleh diperbaik lagi tak?
Aku rasa mesti ramai tak begitu setuju sangat. Tapi aku harap siri boboiboy juga menitik beratkan perkembangan watak lain juga. Paling tidak kawan-kawan Boboiboy (Fang, Ying, Yaya, Gopal)
Sedikit ulang kaji tentang ringkasan Boboiboy..
--- Apakah halnya dengan cerita Boboiboy ini? ---
Kisah Boboiboy pada mulanya tentang seorang remaja bernama Boboiboy yang bertembung secara tak sengaja dengan makhluk asing bernama Adudu yang datang ke bumi untuk mencuri koko. Dengan niat menghalang Adudu mengeksploitkan koko sebagai bahan tenaga, secara tak sengaja Boboiboy dikurniakan kuasa elemen oleh sfera kuasa yang dimiliki Adudu. Jadi, dengan kuasa tersebut Boboiboy menghalang Adudu dari menakluki bumi.Perjuangan Boboiboy kemudian dibantu oleh kawan-kawannya Yaya, Ying & Gopal, masing-masing dikurniakan kuasa unik tersendiri. Tak lama kemudian, mereka diserta oleh Fang.
Siri Perjuangan Boboiboy telah pun berlangsung selama 3 musim, dan diakhiri dengan Boboiboy The Movie (filem pertama). Kemudiannya, Boboiboy diperkenalkan tentang kewujudan pelbagai sfera kuasa yang diburu oleh ramai makhluk di luar angkasa sana. Dan akhirnya Boboiboy & kawan-kawan menyertai pasukan untuk menyelamatkan pelbagai sfera kuasa (siri Boboiboy galaxy)
Sinopsis Boboiboy Movie 2 (aku salin tampal dari laman web wayang) yang diterjemahkan
"Kali ini, Boboiboy menghadapi satu hidupan kuno yang kuat bernama Retak'ka, yang mana dia memburu kuasa elemen Boboiboy. Boboiboy dan kawan-kawan akan berdepan dengan sekumpulan musuh baru ini dari melaksanakan rancangan jahat mereka"
---
Perasan tak? Sinopsis wayang ni pun berahsia dan tertutup (maklumat). Tak boleh nak agak apa jalan cerita yang akan disampaikan.. Aku pun tak nak kacau (spoil) diri sendiri pergi tengok trailer banyak kali untuk cedok maklumat.. Dah jom masuk ke fokus penulisan;Komen peribadi tentang Wayang Boboiboy Movie 2
[Amaran - mungkin ada unsur 'pengacau' (spoiler) dalam penulisan ini jadi mohon tonton wayang dulu sebelum baca karangan ini]
Seperti mana gaya aku tulis komen wayang upin ipin (baca entri Komen Aku Tentang [Wayang] Upin Ipin Keris Siamang Tunggal), sebaiknya aku tulis dalam bentuk soal jawab hendaknya isi hujah aku sampai..
(0) Siapa aku nak komen tentang filem animasi ini?
- Khasnya, aku meminati animasi Boboiboy sejak awal siaran lagi (baca penulisan aku Animasi M'sia (1)). Semua episod Boboiboy serta movie pertama aku pernah tengok (paling kurang sekali). Jadi semestinya aku ingin ambil tahu pengembaraan terbaru Boboiboy
- Aku hanya sekadar penonton biasa. Takde apa-apa pengalaman dalam dunia pembuatan animasi. Tapi aku minat filem animasi. Aku sukakan cerita tentang aksi & pengembaraan, Aku suka filem yang menerapkan nilai-nilai murni. Aku suka industri tempatan menerbitkan filem animasi sendiri. Jadi aku tertarik untuk tengok.. Dan aku juga seorang pengkarya dalam domain yang berbeza , jadi aku nak tengok dan belajar ilmu/idea mana-mana untuk terapkan dalam karya sendiri.
(1) Berapa pemarkahan (rating) peribadi filem animasi ini?
- 8.5/10. Macam biasa, pemarkahan peribadi sentiasa berkait rapat dengan sebab peribadi. Nanti aku ulas lagi dalam soalan di bawah
(2) Adakah aku sudi untuk tonton lagi lain kali?
- Berkemungkinan besar YA
(3) Kepada siapa aku akan cadang / rekomen untuk tengok filem ini?
- Kawan-kawan yang minat filem aksi / pengembaraan
- Anak-anak buah sendiri dan semua anak-anak muda generasi baru (namun, aku akan lebih selektif kepada mereka yang berusia 7 tahun ke atas). Maksudnya kalau budak tadika, aku rasa belum sampai masa lagi
- Rakyat Malaysia dewasa yang lain (sokonglah industri animasi tempatan ^-^!)
(4) Apakah yang aku nak ulas tentang filem animasi ini? (AWAS - terdapat 'pengacau' spoiler)
[Nota - aku cuba hadkan ulasan ini mencakupi Movie 2 sahaja dan bukan keseluruhan]
---
---
"Pada aspek yang berbeza, sayangnya idea tentang planet elemental telah digunakan untuk filem yang singkat ini. Sebabnya planet tersebut berpotensi dijadikan episod pengembaraan boboiboy (sebagai salah satu agenda memperhebat kuasa elemental boboiboy) lebih panjang dan menarik. Tapi proses tersebut bahkan 'dipercepatkan'.."
---
Sementara itu, aku tak pasti. tapi ada sikit-sikit muzik macam muzik tema The Avengers ketika (1) keluar skrin tajuk (2) ketika SPOILER! saat Yaya & Ying dipakaikan armor (macam gaya ironman). Ke aku salah dengan? Tu la aku cakap, budak-budak bersorak ganggu tumpuan aku.. ^-^!
---
---
GENRE. Baru aku teringat animasi Boboiboy sentiasa tergolong dalam kategori #aksi #komedi #kanak-kanak. Jadi semestinya banyak elemen kelakar tak kering gusi sepanjang 110 min.
"Cuma secara peribadinya, aku tak begitu berkenan sangat tentang genre komedi. Sebab banyak kali, genre akan menurunkan kualiti aksi. Boleh bayangkan tak, tengah-tengah perlawanan akhir yang sengit, tiba-tiba ada adegan lawak pula (atas tujuan happy/ hiburan). Boleh merosak mood dan suasana. Sangat tak kena.. NOTA - Atas sebab yang sama, cerita Dragon Ball telah hilang aspek komedi setelah beralih ke siri Dragon Ball Z dan seterusnya, dan tengok la, betapa ramai meminati Dragon Ball Z berbanding siri awalnya."
"Nasib baik la, watak penjahat takde elemen kelakar. Jadi pertarungan mereka bersifat serius 100% dan ianya sangat menakjubkan.."
"Satu lagi genre #kanak-kanak sentiasa menekankan pengakhiran gembira dan cepat keluar ('quick-exit') masalah. Banyak idea boleh jadi terbatas atas faktor sebegini. Masalah tak dibawa meleret-leret sebaliknya diselesaikan dalam episod yang sama juga. Kurang realistiknya.."
--- PLOT. Amaran - banyak SPOILER dalam perenggan ini!! ---
Banyak aspek di luar jangkaan! SPOILER! tentang Boboiboy hilang kuasa elemental satu persatu menarik perhatian aku. Baru la aku faham kenapa lagu sisipan baru tema Fire & Water."Sebenarnya aku berharap Boboiboy hilang kuasa tempoh yang lebih panjang (sampai habis filem pun tak dapat kuasa yang hilang), supaya membuka idea untuk musim baru Boboiboy kena cari semula elemen tersebut.. Tapi sebab animasi ini genre #kanak-kanak, rasanya episod boboiboy kena dipermudah (tak boleh buat macam tu, nanti budak tak seronok). Maka jadilah masalah terus selesai & pengakhiran gembira buat semua"Seperti mana tajuk filem ditekankan, watak Boboiboy mempunyai perkembangan kuasa yang lebih meluas. SPOILER! Selain Boboiboy mempunyai 7 elemen kuasa berbeza, setiap satuya bukan sahaja ada tahap kedua masing-masing. Malah filem ini memperkenalkan tahap ketiga pula. Tapi filem ini tak terangkan semua sekali, hanya acah-acah sebut saja..
"Filem ini membuka minda bahawa plot siri boboiboy akan berkembang iaitu Boboiboy memperhebat kuasa elemental sampai tahap ketiga. Cuma, atas faktor animasi ini sebuah movie (masa tayangan terhad) plot dapat kuasa ketiga nampaknya dilajukan & langkau (fast forward) dah dapat elemen angin, petir, tanah, daun.."Dan lagi aku setuju tentang konsep berpecah menjadikan kuasa elemental lebih lemah daripada biasa (secara jujur aku memang tak suka Boboiboy guna kuasa berpecah). Aku ingatkan movie ini nak beritahu pengajaran agar jangan 'berpecah' kuasa. Tapi sekali lagi aku tak sangka SPOILER ada konsep bergabung elemental pula.. Sekali lagi membuka kemungkinan pelbagai gabungan elemental pula.. Terbaik sangat Boboiboy!
Oh ya, plot yang jarang berlaku ialah Boboiboy sedar akan kelemahan diri dan ingin berlatih di bawah Hang Kasa. Ada babak latihan untuk maju diri. Gagal berkali-kali tapi potensi diri semakin hebat. Memberi pengajaran kepada penonton bahawa kuasa bukan segalanya. Yang penting kena usaha untuk maju diri & berlatih.
--- tentang Plot dah habis ---
Ada elemen ISLAMIK - iaitu Yaya masih kekal bertudung penuh menutup aurat serta adanya ucapan Assalamualaikum / Alhamdulillah. Aku tak boleh nak komen banyak, tapi teruskan usaha memartabatkan Islam pada mana yang boleh..
---
Penglibatan WATAK? Tentulah terdapat kepelbagaian watak dari siri asal animasi tersebut
- Watak utama - Boboiboy, Fang, Yaya, Ying, Gopal, Adudu, Probe, Ochobot
- Watak Sampingan - Tok Aba, Mak Yaya, Mak Ying, Bapa Gopal, Papa Zola, Mama Zila, Ciciko, Laksamana Tarung, Kapten Kaizo (dan 2 pembantunya aku tak ingat nama), Penggali Kristal.
- Watak Baru - Pipi Zola, Hang Kasa, Retak'ka, Ayu Yu
- Tak muncul (apa jadi dengan mereka ni? Atau pun atas faktor kewujudan mereka memberi impak besar jalan cerita movie ini, jadi penerbit tak nak masukkan watak mereka) - Kucing Cattus, MotoBot
"Sekali lagi, filem ini terlalu menekan perkembangan watak Boboiboy paling utamanya. Sementara kawan-kawan Boboiboy hanya watak sokongan & teknikal. Penglibatan mereka dalam bahagian aksi terhad & singkat. Sebagai perbandingan, Boboiboy dapat persembahkan kuasa untuk 5 babak, kawan-kawannya dapat persembahkan kuasa 1 babak sahaja masing-masing, tu pun aku tak pasti kuasa mereka ada upgrade kuasa atau tak(5) Kesimpulan tentang filem animasi ini?
Walaupun aku banyak komplen ^-^! tapi secara kesimpulan, aku tetap menyukai Filem Boboiboy Movie 2 ini. Pada pengakhiran filem ini, aku tahu Boboiboy masih mempunyai banyak idea untuk meneruskan pengembaraan lagi.. Dengan kata lain, boleh dijangkakan siri Boboiboy tidak berakhir cepat.
Teruskan usaha. Aku akan sentiasa menyokong! Usaha yang baik. Dan juga, teringin nak ulang balik tengok siri Boboiboy dari mula balik..
(6) Rasa-rasa ada perkara yang boleh diperbaik lagi tak?
Aku rasa mesti ramai tak begitu setuju sangat. Tapi aku harap siri boboiboy juga menitik beratkan perkembangan watak lain juga. Paling tidak kawan-kawan Boboiboy (Fang, Ying, Yaya, Gopal)
- Misalnya tambah Fang (atau siapa-siapa) ada backstory / konflik / objektif tersendiri untuk tingkatkan keupayaan masing-masing.
"Contoh anime yang jelas applikasikan banyak backstory ialah Digimon Adventure (siri pertama). Tiap-tiap episod ada giliran watak berperanan penting. Malah, terkadang mereka berpisah arah dengan kombinasi watak/pasangan yang berbeza, berkonflik tapi akhirnya kerjasama yang menarik.."
"Sepanjang boboiboy movie 2, aku terfikir bahawa Retak'ka ialah Elemental master terdahulu (namun kemahirannya terhad kepada kuasa elemental sahaja). Jadi sepatutnya dia akan terkejut tengok Yaya ada kuasa graviti / Fang ada kuasa bayang / Ying ada kuasa masa / Gopal ada kuasa makanan (molekul) sebab tak pernah menghadapi kuasa tersebut... Apa-apapun, ini memberi idea suatu hari nanti ada pula entiti "Time master" memburu kuasa Ying pula / "Dark master" memburu Fang pula dan lain-lain (tapi... dengan pengalaman episod-episod terdahulu, walaupun adanya entiri memburu kawan-kawan--> pastinya last-last Boboiboy akan ambil spotlight atas nama keadilan.. ) Hmm..
- Misi berpisah kumpulan. Misalnya Yaya & Gopal dalam misi mencari sfera kuasa yang hanya mereka sahaja berpeluang. Atau Yaya & Boboiboy.. Mana-mana pasangan kombinasi yang tak terjangka..
- Macam aku kata sebelum tadi, aku tak suka Boboiboy ada kuasa berpecah 7 elemen. Boboiboy air akan berganding bahu dengan Boboiboy Api membentuk kuasa baru. Ada pula Boboiboy Angin begabung Boboiboy Petir membentuk kuasa baru..
"Segalanya berserah kepada Boboiboy?! Takde konsep percaya sahabat bekerjasama ke dalam ini? Boboiboy mesti bergabung dengan boboiboy untuk menghasilkan kuasa hebat. Tak boleh ke Boboiboy bergabung kuasa dengan Gopal (versi serius). Contoh dalam Movie 2 ini, BoboiBoy & Gopal memang bekerjasama untuk menghadapi latihan oleh Hang Kasa, tapi pada cara yang tak menarik langsung.. sementara Boboiboy kerja kuat bermati-matian guna kuasa, Gopal bersahaja dan menyumbang sikit saja..
- Aku suka konsep asal perhubungan Boboiboy terhadap Adudu & Probe sebagai frenemies. Ada masa mereka bekerjasama, ada masa bermusuhan. Dalam Boboiboy Movie 2, sebenarnya aku perasan potensi Adudu setanding dengan Boboiboy (walaupun hilang ingatan) ketika latihan Hang Kasa. Tapi apa yang berlaku, Adudu hanya sekadar musuh picisan / kecilan bagi Boboiboy, sentiasa kalah dengan boboiboy (pernah menang bersaing Boboiboy dalam lumba kereta tapi genre #komedi merosakkan suasana persaingan tersebut). Boboiboy sentiasa menang dan Adudu bukan watak yang akan membuatkan Boboiboy berjaga-jaga dan ingin maju diri..
Ulasan