Catatan

Menunjukkan siaran yang sepadan dengan carian boboiboy

Komen aku tentang [Wayang] Boboiboy Movie 2

Imej
Baru ni filem wayang Boboiboy The Movie 2 disiarkan di layar perak seawal 8.8.2019. Kali ini, aku pula yang mengajak isteri untuk tonton bersama. Tapi tak disangka tiket filem ini sangat penuh, jadi hari ke-5 juga la baru dapat tonton.. Sedikit ulang kaji tentang ringkasan Boboiboy.. --- Apakah halnya dengan cerita Boboiboy ini? --- Kisah Boboiboy pada mulanya tentang seorang remaja bernama Boboiboy yang bertembung secara tak sengaja dengan makhluk asing bernama Adudu yang datang ke bumi untuk mencuri koko. Dengan niat menghalang Adudu mengeksploitkan koko sebagai bahan tenaga, secara tak sengaja Boboiboy dikurniakan kuasa elemen oleh sfera kuasa yang dimiliki Adudu. Jadi, dengan kuasa tersebut Boboiboy menghalang Adudu dari menakluki bumi. Perjuangan Boboiboy kemudian dibantu oleh kawan-kawannya Yaya, Ying & Gopal, masing-masing dikurniakan kuasa unik tersendiri. Tak lama kemudian, mereka diserta oleh Fang. Siri Perjuangan Boboiboy telah pun berlangsung selama 3 musim,...

Animasi M'sia (1)

Imej
Hari ni aku bekerja di bahagian Power Aisle 2 pula iaitu bahagian barang-barang kategori Promosi Hebat. Dalam 2 minggu ni Tesco buat promosi BTS (Back to School), iaitu jualan melibatkan barangan persekolahan seperti alat tulis, beg, buku-buku latihan dan sebagainya.. Sedang aku dan rakan sekerja menolak roller cage untuk pengisian stok barangan, aku tertarik perhatian kepada; "Abah, beg Boboiboy! Nak beli, nak beli~" kata seorang si anak pelanggan sambil menunjuk ke barangan yang dibawa olehku. Selang beberapa ketika, banyak lagi budak-budak yang begitu excited tengok barangan Boboiboy ni ^-^ Popular sungguh Boboiboy ni rupanya.. Fokus - Boboiboy Secara jujurnya aku pun minat Boboiboy ni dan selalu tak lepas nak tonton Boboiboy di TV3 tiap-tiap hari Ahad pukul 7.00 malam (terutamanya kalau episod baru) . Boboiboy ni cerita pasal apa ya? Bagi yang tak tahu, secara ringkasnya: logo rasmi Boboiboy "Siri Boboiboy mengisahkan makhluk asing yang ingin menakl...

Animasi M'sia (5)

Imej
[nota - entri ni bersifat santai tentang hobi aku je..] Hari Jumaat pukul 530petang.. yeah.. episod baru Ejen Ali dah keluar ^-^ Aku kongsikan satu klip promosi dari kartun CG terbaru Malaysia Ejen Ali.. Fokus - Ejen Ali Sedikit sinopsis yang aku copy paste dari laman web tonton.com.my tentang kisah Ejen Ali ni.. " Ejen Ali mengisahkan seorang pelajar sekolah rendah yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang agen jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency). Ketika Dos cuba menyerahkan alat itu kepada rakannya, Trez tanpa dirancang Ali telah mendapatkan bungkusan berisi I.R.I.S. Ejen Dos dan Trez cuba mendapatkannya kembali tetapi di dalam insiden itu, Ali telah mengaktifkan sistem IRIS sehingga hanya dirinya sahaja mampu menggunakan alat tersebut. Ole...

Kartunis Karya Tulen

Imej
Sedang aku melayari media sosial Facebook, aku jumpa tulisan oleh seorang kartunis Gayour Gayour (ni salah seorang daripada kartunis komik Ujang, tapi aku tak minat sangat gaya lukisannya) Tapi aku setuju dengan apa yang dia tulis dalam Facebook tersebut.. Fokus - Kartunis Karya Tulen Karya Tulen maksudnya hasil karya ciptaan sendiri. Watak, jalan cerita, gaya lukis adalah idea sendiri . Sebab apa yang berlaku ialah ramai kartunis yang melukis tapi karyanya hanya sekadar fanart.  Contohnya buat komik jalan cerita sendiri tapi guna watak terkenal macam Goku (Dragon Ball), Ali (Ejen Ali), BoboiBoy (BoBoiBoy) dan superpower mereka. Kenapa buat macam tu? Alasan pertama semua orang termasuk aku ialah sebab nak berlatih melukis.  Alasan kedua yang aku rasa paling kuat orang pegang untuk kekal dengan kartun tiruan ialah populariti pantas. Misalnya komik Dragon Ball komik popular (walaupun siri asal dah habis) ada banyak fan art yang timbul sebab orang minat lukis Goku. Dan ramai pula...

Komen aku tentang [Wayang] Upin Ipin Keris Siamang Tunggal

Imej
Baru ini isteri ajak tonton wayang Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal yang baru disiarkan di layar perak seawal 21.3.2019. Selain menyokong industri perfileman/animasi Malaysia, secara peribadinya aku sedikit sebanyak meminati Upin & Ipin ini (baca penulisan  Animasi M'sia (3) ) , jadi aku tak berat hati & lantas bersetuju untuk tonton.. Selalunya cerita upin & Ipin berkisah dua orang kembar dan kawan-kawannya dalam mengharungi situasi-situasi dalam kehidupan. Yang mana, mereka akan diajar oleh warga dewasa ilmu-ilmu serta nilai-nilai murni dalam kehidupan.. Tapi filem kali ini menggambarkan pengembaraan mereka.. Komen peribadi Filem Animasi Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal [Amaran! Mungkin ada unsur ' pengacau' (spoiler) dalam penulisan ini, jadi mohon jangan baca dulu kalau berniat nak tonton, atau tanggung risiko sendiri ^-^!]

Komen aku tentang [Wayang] Ejen Ali The Movie (Misi: Neo)

Imej
Filem Ejen Ali dah keluar 28.11.2019! Kali ini aku proaktif untuk tengok Ejen Ali awal-awal, tapi takde la terdesak sangat sampaikan hari pertama keluar terus nak tengok, tahan-tahan la juga sampai hari Sabtu baru tengok (Sabtu ada promosi tiket murah ^-^!) Sedikit ulang kaji tentang ringkasan kisah Ejen Ali setakat ini..: --- Apakah halnya dengan cerita Ejen Ali ini? --- Ejen Ali mengisahkan tentang seorang budak 12-tahun bernama Ali, secara tanpa sengaja telah terlibat dalam konflik antara agensi rahsia MATA vs kumpulan musuh UNO (yang mana ketika musuh sedang menghantarkan alat (gadget) istimewa IRIS sesama ahli mereka,  salah faham berlaku dan IRIS telah jatuh ke tangan Ali). Situasi semakin rumit apabila Ali mengaktifkan gadget tersebut dan program alat tersebut tidak dapat dipisahkan daripada Ali) Maka sejak itu, Ali direkrut masuk sebagai ejen MATA untuk jalankan misi. Jadi di sebalik menjalani kehidupan sebagai seorang murid sekolah, dia juga terlibat dalam menja...

Komen aku tentang [Wayang] Didi & Friends

Imej
Filem Didi & Friends The Movie dah keluar 23.2.2023! Disebabkan Didi & Friends secara umum ialah bertahap kanak-kanak toddler (sesuai dengan Haniya) tapi dijadikan filem agar sesuai dengan dewasa, kali ni aku ajak semua adik-beradik aku untuk tonton beramai-ramai.. Hehe, kali pertama outing ramai-ramai.. --- Ada apa dengan cerita Didi & Friends ini? --- Didi & Friends ialah sebuah siri animasi CG pendidikan kanak-kanak. Pada peringkat awalnya siri ini berupa lagu-lagu kanak-kanak versi bahasa (Bapaku pulang dari kota, Semut berkawad, dll), kemudiannya dikembangkan menjadi siri kisah nasihat.  Terbaru mereka melancarkan siri Didi Rescue Squad (2022) berkenaan Didi dan kawan-kawan dalam misi menyelamat kawan-kawan dalam pelbagai jenis kemalangan.  Tapi buat julung kalinya pasukan produksi menghasilkan Filem Pengembaraan Tersendiri..    Beberapa isi (keypoint) penting sebelum tengok Movie - bagi penonton baru Episod-episod terdahulu langsung tak menyumba...