Animasi M'sia (5)

[nota - entri ni bersifat santai tentang hobi aku je..]

Hari Jumaat pukul 530petang.. yeah.. episod baru Ejen Ali dah keluar ^-^ Aku kongsikan satu klip promosi dari kartun CG terbaru Malaysia Ejen Ali..

Fokus - Ejen Ali


Sedikit sinopsis yang aku copy paste dari laman web tonton.com.my tentang kisah Ejen Ali ni..
"Ejen Ali mengisahkan seorang pelajar sekolah rendah yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang agen jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency). Ketika Dos cuba menyerahkan alat itu kepada rakannya, Trez tanpa dirancang Ali telah mendapatkan bungkusan berisi I.R.I.S. Ejen Dos dan Trez cuba mendapatkannya kembali tetapi di dalam insiden itu, Ali telah mengaktifkan sistem IRIS sehingga hanya dirinya sahaja mampu menggunakan alat tersebut. Oleh sebab itu, Ali terpaksa menjadi ejen baru M.A.T.A dan menyelamatkan Bandar Cyberaya dari sebarang ancaman bahaya. Malah menerusi tugasan barunya itu nanti, Ali bakal menemui potensi dirinya yang sebenar."
Setakat tarikh entri ni, baru ada 6 episod je animasi ni. Tapi aku memang mengikutinya, sebab ada beberapa faktor yang menarik perhatian aku lagi..
  • Animasi ni adalah produk keluaran tempatan ^-^!
  • Genre animasi yang bersifat aksi dan suspens (memang kegemaran aku)
"Dan menariknya aksi lawan-lawan yang ditunjukkan dalam animasi ni bukan calang-calang biasa.. semuanya menarik dan tak tersangka.."
  • Keunikannya watak dan senjatanya yang tersendiri (senjata yoyo dan lastik memang sangat asli, setahu aku la)
  • Plot cerita utamanya yang mengisahkan agensi baik menentang agensi jahat tapi masih tak diketahui siapa menang
"Berbanding dengan anime Pokemon, semua orang tahu bila Ash Ketchum lawan Team Rocket mesti Ash akan menang besar pada akhirnya.. Sama juga animasi Boboiboy, Boboiboy lawan Adudu pastinya BoboiBoy sentiasa menang.. sangat cliche.. Tapi Ejen Ali masih tak tentu lagi, bila satu episod tunjuk yang baik terer, tapi episod seterusnya pihak jahat pula yang lebih hebat.. kemudian episod baru yang baik semakin bersaing lebih hebat lagi.. tak boleh nak kata..
Tak sabar nak tengok episod seterusnya..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)