Kepentingan muhasabah

Bismillah..

Entri kali ni timbul hasil sesi tadarus al-Quran bersama isteri acapkali seusai solat fardhu Marghrib. Maka terlintas akan satu nasihat / tazkirah sisipan yang didapati pada halaman terjemahan kali ni..


Fokus - kepentingan muhasabah
[nota : takde kesinambungan dari entri musahabah terdahulu, maka aku tak dapat buat penomboran entri]
[nota : entri blog ini hanyalah edisi ubahsuai ayat penerangan tazkirah kepada bentuk point agar aku mudah faham sendiri..]

Muhasabah (menghisab) diri terbahagi kepada dua situasi:

--------------------------(A) Muhasabah sebelum melakukan sesuatu perbuatan------------------------------

"Pada ketika ini, apabila muhasabah berlaku, dia akan berhenti pada awal keinginannya dan tidak terus melakukan keinginannya sehingga jelas baginya bahawa melakukannya adalah lebih baik daripada meninggalkannya.."
Al-Hassan berkata, "Semoga Allah merahmati hambaNya yang berhenti pada saat berkeinginan. Jika kerana Allah, maka dia laksanakan dan jika kerana selainNya, maka dia tinggalkan".

contoh yang paling mudah bagi muhasabah sebelum 'bertindak'

--------------------------(B) Muhasabah setelah melakukan sesuatu perbuatan -------------------------------

Muhasabah peringkat ini lebih dibahagikan kepada tiga jenis lagi..
  • Muhasabah terhadap ketaatan dirinya daripada aspek kekurangan (yang dia lakukan) ke atas hak-hak Allah mencakupi enam perkara, iaitu (a) ikhlas (b) nasihat kerana Allah s.w.t (c) mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w (d) persaksian kebaikan yang ada pada pekerjaan tersebut (e) persaksian ke atas kurniaan Allah (f) persaksian ke atas segala kekurangan dirinya dalam pekerjaan tersebut.
  • Perlunya menghisab diri ke atas pekerjaan yang lebih baik ditinggalkan (daripada dikerjakannya)
  • Perlunya menghisab dirinya ke atas hal-hal yang harus atau yang biasa (rutin). Misalnya..
"Kenapa dia melakukannya? Adakah dia melakukan itu kerana Allah s.w.t dan mengharapkan akhirat (sehingga dia beruntung)? Atau dia menginginkan dengan itu dunia dengan segala kegopohan (sehingga menjadi rugi)?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Yang paling berbahaya bagi satu pekerjaan ialah adalah meremehkannya, meninggalkan muhasabah, melepaskan begitu serta menganggap ringan persoalan, sebab hal-hal itu akan membawa kepada kehancuran..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)