[Resipi] Kari Ayam gaya-Mamak

Catatan kemaskini
22.3.2019 - tukar tajuk menjadi lebih relevan [Resipi] Kari Ayam gaya-mamak

Dari sampai siri keempat rupanya entri memasak ni.. ^-^ tak tersangka pula..
"Sejak berkahwin, isteriku sentiasa menyediakan makanan untuk aku, banyak masakannya yang sedap-sedap.. Namun, ada masa-masanya aku kena berlatih memasak sendiri juga.. "
Semak semula entri Memasak tentang pengenalan kepentingan memasak
"kalau kita sediakan makanan untuk seseorang, dia akan dapat makan untuk sehari (iaitu hari yang sama makanan disediakan), tapi kalau kita ajar dia menyediakan makanan (memasak), dia akan dapat makan sepanjang hidupnya" ^-^
Resipi seterusnya adalah..

Menu : Kari Ayam
Tak ingat sangat nak masak macam mana, jadi aku ikut je panduan yang tertulis di belakang pek serbuk kari ni je..

  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih - Aku guna 4-5 biji bawang merah dan 3-4 ulas bawang putih je..
  • Perahkan air asam jawa ke dalam hasil tumbuk - ni aku guna 2 biji asam jawa, letakkan dalam cawan minum dan campur air lalu kacau-kacau..
  • Taburkan serbuk kari ke atas daging (ayam) dan gaulkan - untuk 2 ketul ayam, kuantiti serbuk aku tak pasti, agak-agak je tutup seluruh permukaan daging kot. Versi aku --> saja-saja tambah bebola ayam 7-8 biji ^-^! sama-sama pati ayam takpe kot.. 

  • Campurkan hasil tumbuk (dan perahan asam jawa tadi) - ni dah arahan kata macam tu ^-^!
  • Tumiskan bawang merah dan putih serta kayu manis, bunga cengkih - aku guna 2 biji bawang merah dan 2 ulas bawang putih, 2 unit bunga cengkih dan 2 unit kayu manis.Minyak nipis je.. 
  • Agak-agak tumisan dah sedia maka tuangkan segala hasil gaulan tadi dalam periuk.
  • Tambah air secukupnya - aku tambah air setengah mangkuk (guna mangkuk gaulan tadi) je..
  • Tuang sedikit santan - aku bubuh 1/4 cawan minum.. tambah air sikit bilas cawan..
"Apa ni, Syed? Tak rasa pun kari kau ni.. Meh aku ajar skit bagi rasa kaw-kaw kari ni.." - imbas semula teguran seorang kawan UNIMAS dulu (orang kata dia pandai masak kari cara mamak). Lalu ditaburnya lagi serbuk kari ke dalam periuk atas api tu :O
  • Versi aku --> Tambah 1-1.5 sudu serbuk kari lagi dalam periuk atas api.. 
  • Tambah garam secukupnya. ni aku memang agak-agak je. Gaulkan masakan agar masak rata..
  • Dalam 15-20minit, tambahkan ubi kentang yang dah dipotong - aku letak 4-6 potong kecil je..
  • Masak lagi 5 minit lepas tu siap..
dah siap. Boleh makan 2 orang (atau makan 2 kali kalau bersendirian)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Resipi ni adalah resipi pertama yang aku belajar sejak sampai niat untuk belajar memasak..
"Aku ingat lagi, 1 Januari 2012 selepas derma darah kat Saberkas tiba-tiba dapat saguhati beras 5kg pula. Maka sampai niat untuk belajar memasak.. Tapi pada hari yang sama aku datang kampung Niup pula ziarah.. Kebetulan mereka tengah masak kari ayam, maka aku pun tolong-tolong di dapur (padahal gaul atas api je.. huhu..)
Kemudian sampai la masa aku turut serta memasak dengan kawan-kawan UNIMAS..
"Masa tu, aku masak sebagai pembantu je. Ataupun masak di bawah nasihat dan tunjuk ajar kawan-kawan je. Tak pernah masak sendiri.." 
Maka masak kali ni adalah kali pertama masak sendirian..
"Achievement unlocked! Or so they say.." ^-^ Terima kasih semua yang ajar..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)