Animasi M'sia (1)

Hari ni aku bekerja di bahagian Power Aisle 2 pula iaitu bahagian barang-barang kategori Promosi Hebat. Dalam 2 minggu ni Tesco buat promosi BTS (Back to School), iaitu jualan melibatkan barangan persekolahan seperti alat tulis, beg, buku-buku latihan dan sebagainya.. Sedang aku dan rakan sekerja menolak roller cage untuk pengisian stok barangan, aku tertarik perhatian kepada;
"Abah, beg Boboiboy! Nak beli, nak beli~" kata seorang si anak pelanggan sambil menunjuk ke barangan yang dibawa olehku.
Selang beberapa ketika, banyak lagi budak-budak yang begitu excited tengok barangan Boboiboy ni ^-^ Popular sungguh Boboiboy ni rupanya..

Fokus - Boboiboy
Secara jujurnya aku pun minat Boboiboy ni dan selalu tak lepas nak tonton Boboiboy di TV3 tiap-tiap hari Ahad pukul 7.00 malam (terutamanya kalau episod baru). Boboiboy ni cerita pasal apa ya? Bagi yang tak tahu, secara ringkasnya:
logo rasmi Boboiboy
"Siri Boboiboy mengisahkan makhluk asing yang ingin menakluki bumi demi mendapatkan koko. Namun, pada suatu ketika, melalui koko dan teknologi makhluk asing ni juga, sekawan budak sekolah rendah mendapat kuasa yang unik dan mereka ingin mempertahankan bumi dengan kuasa tersebut dari makhluk asing ni. Maka, banyaklah peristiwa dan aksi antara dua kumpulan ni sampai la sekarang.."
Setakat ini, siri Boboiboy telah pun diterbitkan sebanyak 2 musim dengan 13 episod tiap satunya. Antara babak yang ingin aku kongsikan dalam entri ni ialah:


Spoiler alert! - babak ini menerangkan kuasa yang ada pada watak utama siri Boboiboy (musim 2). Boboiboy menguasai 3 elemen; tanah, angin, kilat. Yaya berkuasa manipulasi graviti. Sementara Ying berkuasa manipulasi masa, iaitu setakat ni memperlahankan masa sekelilling. Gopal pula berkuasa manipulasi molekul iaitu menukarkan objek menjadi benda lain (tapi sebab dia selalu fikirkan makanan). Kuasa Fang pula adalah manipulasi bayang.

Yang menarik perhatian aku pasal Boboiboy, cerita ni melibatkan banyak aksi yang mantap. Lawan-lawan, lumba lari, semuanya best walaupun tengok berulang kali. Jalan ceritanya walaupun bersifat tipikal (iaitu dalam satu konflik, akhirnya mesti orang baik yang akan menang) namun adanya unsur-unsur yang tak dijangka dan mendebarkan ^-^

Dan faktor yang agak membanggakan juga, animasi ni adalah keluaran asal tempatan (memang satu perbezaan ketara berbanding dengan beli animasi jepun kemudian disuarakan semula. Lebih original, bagi aku). Walaupun masih banyak kekurangan kalau nak dibandingkan dengan anime jepun (eg. Naruto, Doraemon, Dragon Ball, Bleach dll) namun aku tetap suka dan berbangga dengannya. Satu percubaan yang baik bagi industri animasi Malaysia.

-------------------------------------------<section closed>------------------------------------------------

Memang tak sangka juga bahawa siri animasi ni mendapat sambutan hangat dari rakyat tempatan. Walau yang bukan Melayu pun, turut sama meminati siri ni. Setidaknya ni membuktikan bahawa Malaysia juga mampu mengeluarkan produk yang mantap.

Buat masa ni ada 2 animasi keluaran tempatan yang semakin mendapat tempat dalam pasaran dunia, dan Boboiboy ni salah satu darinya. Semoga Malaysia terus maju..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)