sebelum induksi..

Sempena perasaan aku yang bercampur-baur sebelum pergi ke kursus induksi pegawai perubatan yang akan diadakan di Melaka pada esok (*18 Disember 2012). *memandangkan aku akan jauh dari internet stabil rumah, maka blog ni akan terbiar buat sementara waktu ^-^! ada je mobile network, tapi malas nak taip kat handphone.. Apa-apa-pun, pertamanya aku imbau semula peristiwa yang berkaitan.. here goes diary mode (flashback ni bersifat sayu sikit):
---------------------------------------------flashback mula!!----------------------------------------------

12 Oktober 2012
hari keputusan FSE 2012 ^-^ semua tampak gembira
Hari ni keputusan diumumkan. Alhamdulillah, aku dan kawan-kawan akhirnya lulus peperiksaan akhir (supplementary) dan telah menamatkan sesi pengajian bidang perubatan selama 5.5 tahun di UNIMAS, Sarawak. Tentulah, gembira memang gembira dah habis belajar perubatan.
"12.10 being among the most sad day & happy day separately in my history.. apa-apa pun, terima kasih kepada mereka yang mendoakan kejayaan kami ^-^ alhamdulillah.." status Facebook bertarikh 12.10.2012
Tapi, dalam latar belakang aku, tarikh ini juga adalah peristiwa sedih aku yang takkan aku lupakan. Peristiwa sedih itu telah berlaku pada 4 tahun lalu iaitu:
"12 Oktober 2008 (ketika studi perubatan tahun 2) adalah hari *wan (panggilan istimewa aku terhadap mak aku) pulang ke rahmatullah. Aku bersyukur sikit masa tu, sebab aku sempat pulang ke rumah melihatnya sedang nazak sebelum menghembuskan nafas terakhirnya" 
Sementara hari lahir arwah Wan itu adalah pada 10 Oktober 1955 >_<! Dekat je kan? Disebabkan peristiwa sedih ni, aku lebih tampak sedih 'berkabung' dalam julat 10-12 Oktober setiap tahun.. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya di sana (Al-Fatihah)

Dan ironinya, pada tarikh ni juga adalah berlakunya peristiwa hidup aku yang gembira, sepatutnya ingin sekali dikongsikan bersama arwah..
"Wan, kejayaan ni adalah hadiah daripada Ran. Dan insya-Allah Ran akan terus berusaha mencapai hidup yang baik dan diberkati.. Ya Allah, aku mohon agar Kau rahmati roh arwah ibuku ini.." - diary volume 11 (2012) entry no67 
13 Oktober 2012 - konvokesyen UNIMAS ke-25 (batch medic 0712)
antara kawan seperjuangan (laki) unimas 0712
Kebetulan esoknya (seperti tarikh subtopik ni) ada program konvokesyen yang ke-25, jadi kawan-kawan aku batch 07/12 akan datang bergraduasi. Konvokesyen ni diadakan di Dataran TAR kampus utama UNIMAS di Samarahan sana. Aku saja-saja datang untuk meraikan diri sendiri yang berjaya semalam, dan juga meraikan rakan-rakan seperjuangan aku yang lalu bergraduasi hari ni. Dah lama tak bersua muka, jadi masing-masing tentunya ada pengalaman dan kisah menarik untuk dikongsikan bersama.

Dan pada hari yang gembira ini, tentunya masing-masing membawa ahli keluarga masing-masing (ibu bapa dan adik-beradik) untuk meraikan bersama. Aku pun tumpang gembira juga la tengok.. ^-^

antara kawan seperjuangan (perempuan) unimas 0712
"Well, everyone has family to share their happiness, too ^-^ that's lovely.. and sure me, too, should have one, but the one i really want to be here with me at this moment of happiness is not here anymore.." v_v

Pada satu masa, aku secara jujurnya berasa 'cemburu' juga tengok nilai kekeluargaan yang mesra dan intim ni. Betapa aku inginkan saat-saat sedemikian..
"Yang misterinya, walaupun aku cemburu, tapi aku suka tengok keadaan macam ni banyak kali.. (biasanya kalau wujudnya rasa cemburu, mesti dielakkan menghadapi situasi macam ni agar tak timbul niat jahat), bahkan aku berasa juga hangatnya suasana kemesraan yang mereka tunjukkan terhadap keluarga masing-masing" ^-^!
---------------------------------------Dah, cukup-cukup la tu flashback-----------------------------------

Menjelang esok bermulanya kursus induksi aku, nervous pula rasanya. Takut pun ada. Mampu ke aku memikul tanggungjawab ni dan melaksanakannya dengan hati yang ikhlas? Pada saat ni, aku sentiasa berharap bahawa kerjaya doktor ni bahkan membuatkan diri aku sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa rendah diri terhadap masyarakat.. Banyak kali aku beritahu diri sendiri:
"Yakin dan redha dengan takdir yang Allah tetapkan untuk kita" (idea dari surah Al-Baqarah 2:216)
"Ujian dan dugaan yang Allah berikan tu adalah mampu ditanggung. Pentingnya kena selalu doa, ikhtiar dan tawakal (idea dari surah Al-Baqarah 2:286)
In syaa-Allah, aku akan tabah untuk maju ke hadapan..
"Wan, jangan risau.. in syaa Allah, Ran akan tetap berusaha untuk mencapai kehidupan yang baik seperti mana yang Wan harapkan.."
Some other stream of thought
  • Aku tak tahu kehidupan yang bagaimana arwah mak aku harapkan namun, tentunya para ibu bapa sentiasa berharap agar anak masing-masing menjadi seorang yang berbakti pada masa dewasanya.. time ni confirm aku teringat babak komik doraemon (boleh rujuk entri Aku suka doraemon)
  • "Never give up!" -> ni la antara moral value yang aku ingin pegang teguh & kukuh. Dan aku percaya, aku tak keseorangan.. setidaknya ada memori bersamaku..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)