Duit syiling gunanya..

Hari ni aku keluar ke bandar menggunakan tren. Dah lama nampaknya aku tak menggunakan kemudahan ni. Ternyata ada perubahan yang nyata yang aku tak tahu sejak sekian lama.. Kalau dulu, di Kuala Lumpur ni ada pelbagai jenis sistem tren iaitu STAR, PUTRA, monorel, komuter, KLIA monorel dan KLIA ekspress. (kalau sistem berlainan, maka pembelian tiket masing-masing adalah mengikut cara tersendiri la). Tapi kali STAR, PUTRA dan monorel telah diintegrasikan di bawah satu sistem yang sama yang dikenali sebagai RapidKL. Maksudnya, tiga-tiga jenis sistem tren kali ni berkongsi satu tiket (sekarang ni guna istilah 'token' lebih tepat sebab bentuknya memang macam token main game arcade) yang sama..

Dan pembelian tiket (token) ni hanya boleh dilakukan melalui mesin kiosk sahaja. Takde kaunter penjualan token ni pun kecuali situasi darurat iaitu kalau berlakunya kerosakan mesin yang berleluasa.. Disebabkan nak guna mesin ni struggle juga terutamanya ketika nak memasukkan wang kertas (yang mungkin dah konyok / terlipat banyak kali), maka aku pun terlintas la gunakan simpanan syiling yang bertimbun di rumah..

Fokus - faedah menabung syiling ^-^!
tabung ketika studi di universiti
Menariknya, duit syiling memberi kesan psikologi agar kita berjimat-cermat. Dalam berbelanja, biasanya kita (aku) lebih mudah menggunakan wang kertas ketika membayar satu harga barangan atau perkhidmatan. Walau kita mempunyai sejumlah syiling dalam poket (yang mana, kalau kira-kira pun memadai untuk bayar) sekali pun, kita pastinya berasa senang kalau bayar duit besar terus.

Jadi ke mana perginya duit syiling ni nanti? Daripada perlakuan diri, akhirnya duit syiling ni dimasukkan ke dalam tabung je bila dah balik rumah nanti. Dan situasi ni akan berlaku setiap hari, sehingga pada satu masa jumlah syiling yang terkumpul tu sangat banyak.. Walaupun demikian, kita (aku) tetap jugak malas nak bawak keluar syiling yang banyak-banyak tu.. Dah la berat, nak kena kira semula pula tu.. lecehnya.. ^-^! Begitulah antara situasi yang berlaku. Aku berpendapat duit syiling sebenarnya membantu kita agar kurang berbelanja (pada suatu cara la)..

Tapi bila lagi nak guna duit syiling yang banyak-banyak ni? Kalau masa kanak-kanak dulu, kita (aku) sangat teruja ketika tabung penuh lalu hantar ke bank untuk urusan deposit.. Rasa seronok sangat bila dapat tahu nilai tabungan kita tu adalah banyak lagi mengejutkan..Tak sangkanya~

Namun, meningkat dewasa ni, kita (aku) semakin kerap berurusan dengan wang yang besar nilainya maka duit syiling sering diketepikan dan diabaikan saja di rumah. Bagaimana nak manfaatkan syiling-syiling di rumah kalau dah macam tu? Ada sebilangan sahabat aku guna cara kira-kira dan akhirnya tukar dengan pengusaha kedai makan / kedai-kedai sebab mereka memerlukan.. ok, win-win situation, i guess.. Tapi bagi aku, sengaja nak gunakan alternatif lain, jadi aku khaskan duit syiling simpanan tu untuk digunakan di mesin pengangkutan awam ni.. hehe, hendaknya tak la terasa sangat penggunaan wang ni.. ^-^!
"Namun, aku masih rindukan saat-saat lama, ketika diri begitu excited nak hantar tabung ke bank untuk dikirakan lalu disimpan dalam bank.. "

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)