Hobi kanak-kanak aku..
dengan latar belakang model lego bandar ^-^ menariknya |
Fokus - aku tetap suka LEGO
Apa dia LEGO ni? Untuk pengetahuan, (definisi sendiri) LEGO ini adalah satu permainan fizikal yang mana kita perlu membina model rumah atau kenderaan (biasanya seperti ilustrasi yang diberi) dengan kepingan-kepingan kecil yang disediakan dalam set pembelian.
Menariknya, permainan LEGO ni memupuk daya kreativiti seseorang melalui daya cipta seseorang (iaitu dia tak semestinya perlu mengikut panduan yang diberikan untuk membina sesuatu). Maksudnya, seseorang boleh mencipta model mengikut gaya kreatif tersendiri. Jadi terpulanglah kepada seseorang untuk membina model rumah/kereta mengikut imaginasi dan kreativiti masing-masing.
model LEGO bertemakan musim sejuk (sempena krismas la ni) |
"Dalam developmental milestone assessment (paediatric posting), ada berkenaan menilai perkembangan minda anak-anak terhadap penggunaan blok sama ada boleh susun menara tinggi / kereta api dan sebagainya.."Melalui fakta ini, aku membuat deduksi bahawa penggunaan blok dapat membantu perkembangan minda. Jadi melalui deduksi yang sama, aku berpendapat LEGO juga turut mengaplikasikan prinsip tersebut.
model Shinkansen dan stesen kereta api |
Atas faktor kepelbagaian tema ini, aku berasa LEGO ni sangat menarik dan mendapat sambutan hangat dari pelbagai peringkat umur (seperti mana aku tetap sukakannya dulu dan kini)
pemandangan LEGO CITY |
Huhu, seronoknya dapat tengok pameran LEGO ni. Seolah-olah kita dapat rasakan diri sebagai arkitek yang merancang pembinaan sebuah bandar. (kalau tak nak arkitek, mayor pun boleh ^-^!). Kalau bagi sesetengah pihak yang lain, mungkin idea penceritaan dapat diwujudkan dan dicuba melalui model ni juga..
"Haha, teringat aku dulu-dulu main LEGO, pastinya aku mereka cerita kehidupan di bandar.. misalnya ada penjahat menyerang bandar, zombie la, lanun la, raksasa la..
Some other stream of thought
Diperihalkan Legoland Malaysia telah dibuka di Nusajaya, Johor pada 22 September 2012. Pastinya aku ingin pergi ke sana, sekurang-kurangnya sekali.. Tapi, memandangkan ia baru dibuka maka tersangatlah ramai orang yang berkunjung.. Memang sambutan hangat~ mesti pergi ni ^-^
"it's okay, someday i'll be surely want to go there.. in Sya Allah.."
Entrance Legoland |
Ulasan