Good Patient (II)

Catatan Kemaskini 
17.8.2019 - tajuk karangan ditukar "Dilema Doktor - why should i proceed" kepada "Good patient (II)". Serta beberapa tambahan celoteh sendiri..

--- Blog, Mula! ---

Hari ini aku terjumpa satu perkongsian di Media Sosial Facebook. Macam selalu, isi kandungan yang menarik aku nak simpan dalam blog supaya senang nak cari balik. Maka seharusnya penghargaan besar buat penulis asal sebab beliau yang menyusun ayat & kata..

--- salin tampal dari siaran bergambar oleh [Facebook] Alifnunwau Nymous ---
ݢمبر هياسن سمات٢
"Why should i proceed?"
.
"Doktor, pesakit tu dah buat aduan"
Aduan?
Untuk apa?
.
Pagi hening seperti biasa.
Di klinik yang semakin ramai manusia.
Pintu dibuka.
"Kenapa lambat sangat?"
Pintu dibuka lagi.
"Bila giliran saya? Kenapa nombor lain panggil dulu?"
"Doktor dan misi lembab. Buat kerja sampai berapa lama"
.
Dialog ini bukan lagi sesuatu yang jarang didengar.
Di dalamnya mungkin ada doktor yang sedang melihat pesakit yang lebih cemas dari di luarnya.
Atau sedang melayan kerenah pesakit yang mengambil masa yang lama.
.
Jam dilihat sesekali.
Setelah lama diperiksa dek menjawab segala argument pesakit walau berkali-kali atas jawapan yang sama.
Disangka sudah habis,
"Datang periksa lagi seminggu ya"
"Eh kenapa seminggu?"
"Sebab keputusan puan tak cantik. Perlu diperiksa lagi seminggu"
Lalu diulang dan diulang lagi.
"Kenapa seminggu? Sebelum ni orang cakap dua minggu?"
Siapa orang tu?
Ni doktor nak habaq la ni, kena seminggu..
Tapi bila doktor habaq, pesakit takmau dengar juga.
Dan masih memenangkan dirinya.
Jadi masa semakin berjalan berpusing-pusing di tempat yang sama.
Selama beberapa minit berlalu hanya untuk itu..
.
Situasi yang sering berlaku.
Pesakit di luar kata doktor dalam lambat,
Mereka tak tahu kerenah apa yang sedang berlaku di dalam bilik.
Dalam bilik pula,
Doktor salah!
Saya nak juga ikut cakap saya.
Lalu bila doktor kata
"Ok la puan terpulanglah puan nak ikut cakap siapa"
Kemudian berlakulah kejadian yang tak diingini sesudahnya.
Sesaat doktor hilang kesabarannya mematikan 20 minit layanan baik sebelum itu atas seribu satu kerenahnya.
.
Aku pelik.
Kadang-kadang masyarakat 'cerdik' ni lebih menangkan google dari manusia di depan mata.
Lebih dengar cakap jiran dari doktor di klinik yang merawatnya.
Suka argue dan persoalkan tindakan rawatan kesihatan pada mereka.
Bila diterangkan, tak terima.
Malah berdebat lagi atas kata yang sama.
Bukan soalan yang ditanya. Namun keputusan sendiri yang mahu dimenangkannya.
Lalu untuk apa berdebat jika sudah ada keputusan sendiri di kepala?
Doktor terangkan lama hingga ambil masa orang lain pun masih tak terima juga dan mahu juga doktor menuruti cakapnya.
Lalu.
Diulang dan diulang lagi. Diulang dan diulang lagi.
(Kalau pesakit jenis suka bertanya untuk knowledge sangat dialukan dan doktor akan terangkan kepada anda. Aku pun suka pesakit yang bertanya untuk diberi ilmu pada mereka. Tetapi jika bertanya untuk tujuan lain kemudian membangkang walaupun diterangkan dan ditunjukkan protokol, perlu diperiksa semula kenapa)
.
Weird society.
Lagi parah bila doktor yang juga manusia seperti mereka itu akhirnya menjadi 'fed up',
Dengan pesakit lain di luar yang menunggu,
Ditambah pesakit di dalam yang tak ada adab dalam ilmu,
"Ok takpa aku nak viralkan doktor ni!"
Katanya doktor kurang ajar.
Tak hormat 'pelanggan'
Customer will always right.
In whatever circumstances, they will always right.
Lalu atas kata ini,
Tiada lagi peranan doktor menasihati,
Tiada lagi guna memberi ilmu dan merawat mereka yang terbaik hingga melupakan diri sendiri.
Bukankah doktor itu adalah malaikat yang sempurna serba-serbi dan tak ada perasaan serta hati?
Lalu virallah doktor tersebut.
Silap pun tak apa.
Kita tak sedar,
Nama kotor yang terpalit oleh tindakan kita itu tak dapat nak diundur semula.
Sampai bila-bila.
Kita buka aib manusia atas tanggapan kita,
Tanpa melihat kesalahan diri,
Kita lupa ada hakim dan penghukum sebenar di akhirat sana.
We forget that;
Allah knows.
.
Honestly i am tired.
Jujur aku sangat penat.
Aku dah penat dalam suasana masyarakat yang rosak,
Sains dan teknologi semakin maju,
Tapi adab dan akhlak kita semakin ke belakang.
Kita didik anak-anak kita dengan akademik namun lupakan sahsiahnya.
Lalu terbentuklah anak-anak yang kurang ajar dan tidak tahu menghormati orang tua walaupun mereka cemerlang dalam pelajaran mereka.
Bahkan tak mungkin suatu hari merekalah yang akan membuang ibu dan bapa sendiri di tepi jalan atau rumah orang tua.
Benarlah 'grades doesn't define you'
Sebab tu bagi aku,
Budi dan akhlak adalah yang paling mahal antara semua.
Kita tak boleh beli di mana-mana.
Hatta kalau belajar setinggi mana pun.
Living in this sick world buatkan kadang-kadang aku rasa nak lari sejauhnya.
Yang salah dibenarkan,
Yang benar didiamkan.
Sampai bila?
.
Tapi yang pasti,
Yang melegakan aku hanya SATU.
Ada akhirat yang menanti.
Dan doa orang yang dianiaya pasti didengari.
Akhirnya hanya Dia lebih tahu segala isi hati.
Apa yang manusia yang lemah seperti aku ini boleh katakan,
'Jumpa di akhirat nanti'
See you later soon.
Sebab aku tahu, dunia takkan pernah adil untuk melihat setiap segi.
Namun di sana adalah tempat yang terbaik untuk diadili.
.
"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.” (Yasin : 65)
150819

---Salin tampal tamat. Sekali lagi penghargaan kepada [Facebook] Alifnunwau Nymous ---

Dah lama aku draft isi hujah ini, tapi tak kesampaian untuk terbit sebab takde sokongan pula, sehinggalah aku terjumpa luahan di media sosial seperti petikan atas tadi..

Fokus - Good Patient (II)
Secara umumnya tugas doktor ialah membantu pesakit dari aspek:
(1) mengenal pasti sejarah penyakit yang dihidapi 
(2) merancang penyiasatan yang relevan
(3) melaksanakan kaedah perawatan yang betul..

Kalau sebelum ini dalam karangan Good Patient, ketika melaksanakan tugasan (1), betapa beruntungnya kalau doktor dapat memberi kerjasama yang baik dari aspek:
  • Sejarah pesakit yang lalu melalui rekod kad OPD
  • Sejarah ubat-ubatan (serta sebarang allergi jika ada)

Jadi dengan berbekalkan maklumat berguna daripada pihak pesakit, doktor seterusnya perlu merancang kaedah penyiasatan yang sesuai untuk mengesahkan penyakit yang dihadapi seterusnya melaksanakan kaedah perawatan yang betul.

Namun, apa yang diharapkan oleh pihak doktor semasa tugasan(2) dan tugasan (3) ialah;

Pesakit yang memberi kerjasama yang baik, iaitu
1) Datang ikut temujanji yang ditetapkan
- Ada pesakit yang datang sesuka hati ikut jadual sendiri, doktor terpaksa layan atas budi bicara dan etika kerja professional. Tapi dalam hati siapa tahu, memang panas hati selalunya..

2) Dengar cakap - paling kurang arahan 'makan ubat' pun jadi la..
- penyakit dah dikenal pasti, siasat dah mengesahkan. Cuma tugas pesakit ialah 'makan ubat' yang ditetapkan. Kalau tak makan sebab terlupa sehari-dua 'mungkin' boleh bertolak ansur lagi. Tapi ada yang menolak dengan andaian yang memandai-mandai
"Saya baca google kata ubat ni tak elok. Rosak buah pinggang.."
"Jiran saya promosi ubat X katanya lebih bagus dari ubat doktor.."
 - memang benar setiap ubat pasti kesan sampingan tersendiri, namun hendaklah diserahkan kepada ahli farmasi & doktor untuk penjelasan kesan sampingan & tugas pemantauan (sebab mereka adalah ahlinya)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)