Good patient

Fokus - Pesakit yang baik
Biasanya selalu dengar cerita-cerita tentang doktor yang baik, misi (jururawat) yang baik. Jadi bagaimana pula kalau menjadi pesakit? Patutnya ada juga kriteria untuk menentukan seseorang pesakit itu baik atau tidak.
"Tak kira sesiapa pun, pada suatu hari, semua orang akan merasa menjadi pesakit (pada masa tersendiri). Jadi adakah kita bersedia untuk menjadi pesakit yang baik (pada pandangan doktor yang merawat)?
Secara umumnya tugas doktor ialah membantu pesakit dari aspek (1) mengenal pasti penyakit seterusnya (2) merancang & melaksanakan kaedah perawatan yang sesuai.

Jadi dalam tugasan (1) mengenal pasti penyakit..
Doktor perlu berusaha menanyakan simptom-simptom yang dialami pesakit.
"Sebab bagi setiap penyakit, terdapat satu set simptom-simptom yang dialami. Jadi apabila pesakit memberitahu simptom (kebetulan simptom tersebut mengenai / menyamai simptom tipikal sesuatu pesakit) maka diagnosis pesakit dapat dibuat dengan mudah. Doktor dapat merancang kaedah rawatan yang sesuai.."
Tapi doktor tidaklah begitu mengharap pesakit dapat terangkan semua simptom seolah-olah macam buku teks pelajaran. Ianya mustahil, sebab simptom ini adalah perkara subjektif sementara minda pesakit tak berfikir sama macam doktor.

Setidaknya paling kurang doktor sangat perlukan 2 perkara penting:

1# Kad pesakit luar (OutPatient Department OPD Card)
Kad ni penting bagi doktor sebagai media komunikasi sesama doktor (sebenarnya). Setiap kali berjumpa doktor, doktor aku tuliskan rekod masalah dan perawatan semasa. Misalnya untuk untuk penyakit darah tinggi:

2009 doktor dah tulis kat dalam kad OPD (beri ubat jenis A)

2010 jumpa doktor lain, check tekanan darah sangat tinggi! (Rupanya makan ubat A dengan betul dah tapi masih tak berkesan), jadi doktor yang kedua dapat tahu pesakit pernah diberi ubat A (sebab pesakit bawa kad OPD). Pelan seterusnya mungkin doktor akan beri ubat B pula. Takde la asyik bagi ubat sama je.

2011 jumpa doktor lain (baru) kata ubat B tak ngam sebab ada kesan sampingan. Doktor baca kad OPD pesakit, tahu-tahu pesakit dah pernah diberi ubat A dan B dulu-dulu. Jadi langkah seterusnya, perlu beri ubat C (mungkin lebih berkesan)
"Menarik kan sistem rekod kad OPD ni? Walaupun jumpa doktor yang berbeza, tapi disebabkan ada kad OPD maka doktor akan tahu apa langkah seterusnya.." 
Bayangkan kalau takde kad OPD, pesakit tiap-tiap tahun jumpa doktor tak bawa apa-apa, doktor pun asyik bagi ubat A je (sebab takde catatan dah pernah bagi) jadi sampai bila pun tak sihat-sihat (tekanan darah tak bagus). Pesakit marah-marah dan kata doktor tak bagus. Akhirnya yang merana adalah pesakit sendiri disebabkan oleh komplikasi (ie, strok, serangan jantung dll)"  
2# SEMUA Ubat-ubatan (yang sedang diambil di rumah) - misalnya ubat darah tinggi
"Terkadang doktor tak dapat baca kad pesakit luar (sebab tulisan tak jelas/pudar/memang tak dapat dibaca), jadi harapan seterusnya adalah pesakit dapat memberi maklumat yang tepat tentang ubat yang diambil. Jom ikuti komik berikut
[setinggi penghargaan kepada pengkarya komik atas mesej yang ingin disampaikan melalui komik berikut]
anda rasa doktor ada masa untuk sakit kepala (main teka-teki)? 

Jadi sebenarnya ubat ni ada BANYAK sangat (mungkin JUTA jenis)!! Tengok contoh entri blog aku Senarai ubat di K1M, tu baru senarai dari klinik paling asas, belum campur ubat dari hospital pakar lagi. Dan kadang-kadang syarikat pengeluaran ubat keluarkan ubat yang sama jenis tapi brand (pakai warna/bentuk lain la baru unik) tak sama pula. Jadi kepelbagaian jenis brand (dan warna/bentuk) ni membuatkan semua doktor keliru. Perumpamaannya sama macam berikut;

gambar hiasan - anda rasa anda boleh cari BADRUL dalam gambar ni? Dia pakai 'baju putih', 'rambut pendek'. Kalau tanya cikgu disiplin (watak random) pun mesti  nak kena tengok name tag dulu baru tahu. 
Jadi demikianlah permasalahannya. Sama macam doktor juga, dalam banyak-banyak ubat hanya 'nametag' (label nama) saja yang dapat bezakan antara ubat-ubat. Jadi besar harapan doktor kalau pesakit dapat mengingat NAMA ubat yang diambil. Maka dengan itu, ada beberapa cadangan bernas untuk menjadi pesakit yang baik (berkenaan nama ubat);
  • Lepas dapat ubat dan balik rumah. Tuliskan (salin semula) nama ubat yang terdapat pada label ubat ke dalam kertas dan senaraikan semuanya 
  • Kalau nak canggih tanpa-kertas (paperless), taip saja dalam apps Nota smartphone sendiri, isteri dan anak-anak (kalau pesakit selalu datang dengan anak, bagusnya anak turut save nota ubat-ubatan bapa) 
ada yang kreatif buat macam ni dan simpan dalam fail ^-^ memang senang hati tengok pesakit yang bagus macam ni 

  • Snap gambar ubat beserta label kotak/label papan ubat (belakang) guna smartphone
  • Kalau paling malas pun, silalah bawa ubat-ubat tersebut (dengan kotak/label sekali) setiap kali berjumpa doktor. 
Maka dengan itu. Marilah kita bersama menjadi pesakit yang baik! (suatu hari nanti aku pun jadi pesakit juga dan akan hadapi situasi ni dengan doktor aku). Sedikit hadith nasihat (aku petik dari wordpress Jalan Dakwah Bersama);
Dari Abu Hurairah r.a, Nabi sa.w, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadith ke 36).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)