Kuching Waterfront
Catatan kemaskini
14.12.2018 - tambahan tentang Musical Fountain
6.3.2019 - tambahan tentang Masjid Terapung
8.11.2019 - kemaskini tentang masa Musical Fountain
Salah satu landmark utama yang menjadi ikon di Sarawak ialah bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Bangunan ni binaan sangat menarik dan cantik. Jadi sesuai diambil gambar kenangan bagi sesiapa yang datang melawat Sarawak.
Cuma bangunan ni aku rasa merupakan bangunan pentadbiran di Sarawak. Jadi kalau nak masuk tengok kat dalam mungkin tak dapat dan perlu kena dengan masa-masa lawatan.
Pada akhir tahun 2017, Jambatan Darul Hana telah siap dibina menghubungkan 2 bahagian Kuching (utara & selatan). Jambatan ini khas untuk pejalan kaki untuk menyeberangi sungai Sarawak (Jadi memang takde kereta/motor lalu atas ni..)
Walaupun binaannya adalah batu dan besi tapi jambatan ini masih kategori jambatan gantung. Jadi kalau tengah jalan atas tu, akan rasa kesan inersia (goyang-goyang). Jadi kena bersedia secara mental, harap jangan ada yang muntah teruk ^-^! Pada waktu petang (siang), dari jambatan ni boleh tengok panorama indah bandar Kuching. Pada waktu malam pula, jambatan ini mempunyai lampu yang berwarna-warni saling bertukaran. Jadi memang cantik. Malam pun sesuai untuk datang jalan-jalan di sini..
Hari Ahad - Khamis : (i) 830malam & (ii) 930malam
Hari Jumaat & Sabtu : (i) 830malam & (ii) 930malam (iii) 1030malam
Nah aku kongsikan beberapa minit rakaman persembahan tersebut..
Pada mulanya aku beranggapan persembahan musical fountain ini sekadar air berwarna-warni dengan alunan lagu macam tu saja. Tapi sangkaan aku meleset pula sebab tiba-tiba ada persembahan video multimedia pula.. Sangat menarik!
Nota 8.11.2019 - Hari ni aku tengok buat kali kedua pukul 930malam dan 1030malam. Tapi nampaknya video multimedia takde pula.. kalau siapa yang bernasib baik, dapat la peluang tengok. Apa-apa pun, aku kongsi la sikit rakaman tayangan video tersebut. Semoga bernasib baik..
Kemudian sini ada dataran lapang. Pada hujung minggu (sabtu ahad) akan naik gerai-gerai jualan penyegar (refreshment) seperti air manis/ aiskrim / ais kepal dan juga makanan ringan kat sini. Juga terdapat trak makanan (foodtruck) di sini menjual refreshment di sepanjang jalan.
Kalau ada event besar yang diadakan secara outdoor, mereka akan adakan di dataran sini. Jadi akan naik pelbagai gerai-gerai makanan bungkus, jualan barang-barang produk dan lain-lain.
Di tebing Sungai Sarawak (berhampiran dengan dataran & Jambatan Darul Hana) terdapat satu patung buaya menganga. Agak unik dan eksklusif juga di sini. Ramai pengunjung duduk di tebing untuk berehat dan menikmati suasana tenang di Waterfront.
Terbaru tahun 2019, sebuah Masjid Terapung (juga dinamakan Masjid India Baru) dibina berhampiran dengan dataran ini. Aku difahamkan masjid terapung ini akan menggantikan masjid india lama yang sedikit tersembunyi di lot-lot kedai Jalan Masjid India berhampiran. Jadi, dengan pembinaan masjid ini, bangunan lama akan dijadikan madrasah.. Perasmiannya dilancarkan pada 1.3.2019 baru ini.
[boleh baca-baca lagi di artikel Harian Metro, artikel Astro Awani)
Beberapa landmark lain di sepanjang Waterfront Kuching yang turut menjadi perhatian ialah
Bangunan mahkamah lama ini dibina pada tahun 1874. Tapi sekarang tidak lagi digunakan sebagai mahkamah, sebaliknya diguna sebagai salah satu daya tarikan pelancong. Ada restoran kat dalam (tapi aku tak pasti namanya). Terdapat jam tugu kecil di hadapan mahkamah ni, boleh juga diambil gambar kenangan
Bazaar kraftangan?. Dulu aku ingat lagi bangunan ini khas jual hasil kraftangan Sarawak tangan baru ni aku datang semula tengok, bangunan tersebut ditutup dan nampaknya papan tanda dah bertukar. Mungkin ke dah tukar jadi restoran baru?
Bangunan hijau berlampu (dah masuk malam kot) ini Pejabat Pengurusan Waterfront. Kalau ada apa-apa masalah berkaitan semasa melawat tempat ini mungkin boleh rujuk dengan pejabat ini. Untuk pengunjung, terdapat papan kenyataan/ pemberitahuan tentang aktiviti yang bakal diadakan pada hari-hari tertentu. Jadi singgah sini jap dan tengok kat papan kenyataan tersebut.
Kuching Waterfront Pentas mini terbuka (aku tak jumpa mana-mana signboard menunjukkan nama tempat ni ^-^!). Pada malam hari minggu terdapat persembahan muzik/ kebudayaan yang diadakan bertempat di pentas ini. Percuma saja (tak perlu bayar pun). Terdapat binaan kerusi bertingkat yang terhad, jadi kena berebut juga (sebab ramai pengunjung datang ketika persembahan)
Muzium Cina Sarawak ini percuma je masuk. terbuka kepada semua untuk datang belajar tentang kebudayaan Cina di Sarawak serta sedikit asal usul.
Kuil Siew San Teng (Tua Pek Kong) antara kuil yang terawal dibina di Kuching iaitu pada 1770 dan diubah suai banyak kali dengan masa sampai la sekarang.
Kalau nak beriadah sikit sesama keluarga, ada meja pingpong disediakan di situ (tapi kena bawak bat dan bola sendiri la)
Kalau dah tepi sungai mestilah ada aktiviti air, tapi kat sini lebih kepada perkhidmatan bot / perahu tambang. Sungai ini besar dan berkemungkinan terdapat buaya (tapi aku tak jumpa lagi la setakat ini), jadi aktiviti air yang lain adalah jangan. Apa-apa pun terdapat beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan cruise
Yang paling mahal ialah Sarawak River Cruise. Ia berupa satu bot cruise 2 tingkat dengan berhawa dingin dan selesa serta ada pemandu pelancong. Dalam perjalanan pusing 1 jam, tetamu akan diperkenalkan landmark-landmark penting yang terdapat di sepanjang Sungai Sarawak, dapat menikmati pemandangan senja (trip ni 530pm - 7pm je dalam sehari) serta dapat tengok persembahan kebudayaan tradisional Sarawak.
Aku tak pernah naik lagi, Tapi ada kawan yang pernah naik suatu masa lalu. Boleh la lawat blog dia untuk rujukan --> tsdayout-selangor-meets-sarawak-kuching
Sarawak Tradisional Boat Cruise - bagi yang menginginkan boat-tour yang lebih bersifat tradisional, maka boleh la ambil perkhidmatan syarikat ini. Dengan harga yang lebih murah, perjalanan 1 jam masih memberikan pengalaman yang berharga buat semua. Oh ya, perkhimatan ini available dalam julat masa yang lebih panjang. Jadi kalau malas nak tunggu petang baru naik bot, boleh la ambil cruise ini.
Bot Ikan Terubok - Satu lagi syarikat yang menawarkan perkhidmatan bot tour di Sungai Sarawak. Juga harga mengikut jam dan dewasa/kanak-kanak. Kalau trip yang satu lagi dah penuh / habis, boleh la ambil alternatif di syarikat ni. Masih dapat pengalaman bot yang menarik dalam sejam perjalanan. Juga tidak terhad pada petang hari (senja), pengunjung boleh naik dalam julat masa yang lebih panjang (tapi ada jadual la jugak)
Selain cruise, terdapat juga perkhidmatan perahu tambang untuk menyeberangi Sungai Sarawak ke tebing bertentangan. Perahu ni gunakan walaupun nampak ada pengayuh, tapi perjalanan akan gunakan enjin (supaya pengayuh tak penat). Banyak kedai makan serta kedai kek lapis dibina di tebing bertentangan bagi menarik pengunjung menggunakan perahu tambang. Aku tak pasti berapa harga upah bagi satu trip tapi selalu aku bagi je RM1 dan suruh simpan baki. Jadi marilah kita menyokong golongan mereka ini..
Beberapa restoran/gerai makan yang terdapat di sepanjang waterfront ini
Bagi yang muslim, Surau juga disediakan untuk pengunjung Waterfront. Terletak bersebelahan dengan Pentas mini terbuka. Tempat wudhu' ada disediakan tapi pintu sebelah.
Mungkin lebih sesuai dikatakan bilik solat berbanding dengan surau. Tiada bilik berasingan untuk muslim/muslimah. Jadi kena bergilir-gilir.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekian saja penulisan tentang Waterfront Kuching setakat ini. Oh ya, aku belum cover seberang sungai lagi. Insya-allah akan update lagi. Sementara itu, aku cadangkan untuk lawat laman (page) Kembara untuk tengok entri yang lain
14.12.2018 - tambahan tentang Musical Fountain
6.3.2019 - tambahan tentang Masjid Terapung
8.11.2019 - kemaskini tentang masa Musical Fountain
----- Blog, mula!----
"Apa yang best di Kuching sana?" <-- aku rasa suatu hari ni mesti ada orang tanya aku soalan ni sebab aku dah tinggal agak lama di sini. Maka dengan itu, marilah aku promosikan sikit Kuching melalui kaca mata aku sendiri.. Jom kita mulai dengan..Kuching Waterfront
mesti ambil gambar kenangan bangunan ni kalau datang Waterfront |
Cuma bangunan ni aku rasa merupakan bangunan pentadbiran di Sarawak. Jadi kalau nak masuk tengok kat dalam mungkin tak dapat dan perlu kena dengan masa-masa lawatan.
Walaupun binaannya adalah batu dan besi tapi jambatan ini masih kategori jambatan gantung. Jadi kalau tengah jalan atas tu, akan rasa kesan inersia (goyang-goyang). Jadi kena bersedia secara mental, harap jangan ada yang muntah teruk ^-^! Pada waktu petang (siang), dari jambatan ni boleh tengok panorama indah bandar Kuching. Pada waktu malam pula, jambatan ini mempunyai lampu yang berwarna-warni saling bertukaran. Jadi memang cantik. Malam pun sesuai untuk datang jalan-jalan di sini..
pemandangan malam hari |
----Tambahan dalam entri (kemas kini) 14.12.2018 ---
Sejak Bulan Oktober 2018, terdapat perlancaran persembahan Musical Fountain, iaitu pancuran air berirama. Persembahan ini ambil masa selama 15 minit macam tu. Masa persembahan ikut hari jugaHari Ahad - Khamis : (i) 830malam & (ii) 930malam
Hari Jumaat & Sabtu : (i) 830malam & (ii) 930malam (iii) 1030malam
Nah aku kongsikan beberapa minit rakaman persembahan tersebut..
Pada mulanya aku beranggapan persembahan musical fountain ini sekadar air berwarna-warni dengan alunan lagu macam tu saja. Tapi sangkaan aku meleset pula sebab tiba-tiba ada persembahan video multimedia pula.. Sangat menarik!
Nota 8.11.2019 - Hari ni aku tengok buat kali kedua pukul 930malam dan 1030malam. Tapi nampaknya video multimedia takde pula.. kalau siapa yang bernasib baik, dapat la peluang tengok. Apa-apa pun, aku kongsi la sikit rakaman tayangan video tersebut. Semoga bernasib baik..
"Macam mana pula ada skrin di tengah-tengah air aku pun tak pasti.."
---------
pada hari weekday biasa, kawasan ni lapang je |
Kalau ada event besar yang diadakan secara outdoor, mereka akan adakan di dataran sini. Jadi akan naik pelbagai gerai-gerai makanan bungkus, jualan barang-barang produk dan lain-lain.
Terbaru tahun 2019, sebuah Masjid Terapung (juga dinamakan Masjid India Baru) dibina berhampiran dengan dataran ini. Aku difahamkan masjid terapung ini akan menggantikan masjid india lama yang sedikit tersembunyi di lot-lot kedai Jalan Masjid India berhampiran. Jadi, dengan pembinaan masjid ini, bangunan lama akan dijadikan madrasah.. Perasmiannya dilancarkan pada 1.3.2019 baru ini.
[boleh baca-baca lagi di artikel Harian Metro, artikel Astro Awani)
"Cuma aku rasa jaraknya terlalu dekat dengan Masjid Bahagian (baca: daerah) Kuching. Tidak begitu membantu menyatukan umat Islam.."
pemandangan masjid pada waktu malam. |
Bangunan mahkamah lama ini dibina pada tahun 1874. Tapi sekarang tidak lagi digunakan sebagai mahkamah, sebaliknya diguna sebagai salah satu daya tarikan pelancong. Ada restoran kat dalam (tapi aku tak pasti namanya). Terdapat jam tugu kecil di hadapan mahkamah ni, boleh juga diambil gambar kenangan
Bangunan hijau berlampu (dah masuk malam kot) ini Pejabat Pengurusan Waterfront. Kalau ada apa-apa masalah berkaitan semasa melawat tempat ini mungkin boleh rujuk dengan pejabat ini. Untuk pengunjung, terdapat papan kenyataan/ pemberitahuan tentang aktiviti yang bakal diadakan pada hari-hari tertentu. Jadi singgah sini jap dan tengok kat papan kenyataan tersebut.
ni la papan kenyataan itu |
Kuching Waterfront Pentas mini terbuka (aku tak jumpa mana-mana signboard menunjukkan nama tempat ni ^-^!). Pada malam hari minggu terdapat persembahan muzik/ kebudayaan yang diadakan bertempat di pentas ini. Percuma saja (tak perlu bayar pun). Terdapat binaan kerusi bertingkat yang terhad, jadi kena berebut juga (sebab ramai pengunjung datang ketika persembahan)
Muzium Cina Sarawak ini percuma je masuk. terbuka kepada semua untuk datang belajar tentang kebudayaan Cina di Sarawak serta sedikit asal usul.
"Mungkin nampak tak terbuka (not welcoming), tapi jangan malu-malu untuk masuk & belajar.."
Kuil Siew San Teng (Tua Pek Kong) antara kuil yang terawal dibina di Kuching iaitu pada 1770 dan diubah suai banyak kali dengan masa sampai la sekarang.
"Yang ni aku tak jumpa pintu masuk, ada jumpa pagar tapi berkunci pula.."
ada juga air pancur dengan satu scuplture unik (bentuk apa aku tak tau) |
terdapat juga peta serta sedikit sejarah sungai sarawak ini & bandar Kuching |
Kalau dah tepi sungai mestilah ada aktiviti air, tapi kat sini lebih kepada perkhidmatan bot / perahu tambang. Sungai ini besar dan berkemungkinan terdapat buaya (tapi aku tak jumpa lagi la setakat ini), jadi aktiviti air yang lain adalah jangan. Apa-apa pun terdapat beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan cruise
Yang paling mahal ialah Sarawak River Cruise. Ia berupa satu bot cruise 2 tingkat dengan berhawa dingin dan selesa serta ada pemandu pelancong. Dalam perjalanan pusing 1 jam, tetamu akan diperkenalkan landmark-landmark penting yang terdapat di sepanjang Sungai Sarawak, dapat menikmati pemandangan senja (trip ni 530pm - 7pm je dalam sehari) serta dapat tengok persembahan kebudayaan tradisional Sarawak.
Aku tak pernah naik lagi, Tapi ada kawan yang pernah naik suatu masa lalu. Boleh la lawat blog dia untuk rujukan --> tsdayout-selangor-meets-sarawak-kuching
Sarawak Tradisional Boat Cruise - bagi yang menginginkan boat-tour yang lebih bersifat tradisional, maka boleh la ambil perkhidmatan syarikat ini. Dengan harga yang lebih murah, perjalanan 1 jam masih memberikan pengalaman yang berharga buat semua. Oh ya, perkhimatan ini available dalam julat masa yang lebih panjang. Jadi kalau malas nak tunggu petang baru naik bot, boleh la ambil cruise ini.
Bot Ikan Terubok - Satu lagi syarikat yang menawarkan perkhidmatan bot tour di Sungai Sarawak. Juga harga mengikut jam dan dewasa/kanak-kanak. Kalau trip yang satu lagi dah penuh / habis, boleh la ambil alternatif di syarikat ni. Masih dapat pengalaman bot yang menarik dalam sejam perjalanan. Juga tidak terhad pada petang hari (senja), pengunjung boleh naik dalam julat masa yang lebih panjang (tapi ada jadual la jugak)
Selain cruise, terdapat juga perkhidmatan perahu tambang untuk menyeberangi Sungai Sarawak ke tebing bertentangan. Perahu ni gunakan walaupun nampak ada pengayuh, tapi perjalanan akan gunakan enjin (supaya pengayuh tak penat). Banyak kedai makan serta kedai kek lapis dibina di tebing bertentangan bagi menarik pengunjung menggunakan perahu tambang. Aku tak pasti berapa harga upah bagi satu trip tapi selalu aku bagi je RM1 dan suruh simpan baki. Jadi marilah kita menyokong golongan mereka ini..
Beberapa restoran/gerai makan yang terdapat di sepanjang waterfront ini
- Magenta Restoran
- White Barouk (restoran)
- Fatty Boy
- De Zini restoran
- Sukhotai restoran - sini ada menu tomyam
- James Brooke Bistro
- Seafood Ngare Restoran - seperti namanya, sini terdapat menu seafood. Jadi kalau tak dapat pergi TopSpot (ramai orang), boleh juga makan di sini.
- Meeting Point Restoran

Ulasan