Juh Sungkei di BCCK
"Jom buka sama-sama kat BCCK, nak?" ajak seorang sahabat melalui mesej Whatsapp..
"Saya dah bincang dengan wife, ok kot. Bila? Siapa lagi?"
"22hb Mei ni. Ada la ramai-ramai kawan kita PJHUS dulu.."
"Ok. (Ini adalah kali pertama aku berbuka di BCCK sejak sekian lamanya tinggal di Kuching)"Fokus - Juh Sungkei di BCCK
BCCK (Borneo Convention Centre Kuching) merupakan satu dewan grand yang terdapat di Kuching. Senibina berbentuk daun lirik bertemakan hujan hujan tropika, bumbung dewan ini disokong dengan binaan berkonsepkan seperti dahan dan ranting pokok. Jadi fungsi utama dewan ini ialah menyediakan latar tempat yang kondusif & selesa untuk apa-apa acara / aktiviti (perbincangan/conference/ majlis besar/ perkahwinan dan macam-macam jenis acara lagi..)
"Kalau sebagai destinasi pelancongan, rasanya BCCK tidaklah mempunyai apa-apa daya tarikan / muzium, namun seni binanya tetap menjadi perhatian ramai.Cuma bersempena bulan Ramadhan, seperti tahun-tahun terdahulu, Restoran Raintree dalam BCCK menawarkan pakej berbuka puasa kepada semua. Tempahan hendaklah dibuat melalui sistem online --> https://bcck.org.my/bcck/index.php
Walaupun iklan kata sebegitu harga tapi tempahan kami dapat harga yang sederhana (tak sampai RM98 seperti iklan, oh ya aku perasan RM45 tu harga untuk kanak-kanak)
- Macam kali ni kami tempah untuk berbuka pada tarikh 22hh Mei 2018 (6 Ramadhan), harga tawaran adalah RM63 seorang.
- Aku secara rawaknya tekan-tekan tarikh 7hb Jun 2018 (23 Ramadhan) harganya RM62 seorang
- 27 Mei (11 Ramadhan) harganya RM67 seorang..
"Mungkin sama macam style AirAsia, bila waktu puncak je mesti mahal.."
Bila dah tempah online, ketika datang kena la tunjuk bukti tempahan. Staf mereka perlukan bukti fizikal (kena print la maksudnya), tapi di pintu masuk telah disediakan kemudahan internet dan printer untuk print. Meja makan telah pun ditetapkan ketika buat tempahan, jadi kena duduk ikut meja sendiri.
Apabila masuk waktu, pengumuman dibuat melalui audio, serta bacaan doa berbuka. Bacaan doa disertakan terjemahan bahasa melayu agar semua pengunjung (termasuk non muslim) faham maksud doa tersebut.
Makanan berbuka di sini adalah dalam bentuk buffet (maksudnya kita pergi ambil makanan ikut suka hati sendiri di kaunter/meja hidangan). Sesi makanan adalah daripada masa berbuka 630pm sampai 10pm. Sepanjang masa itu, nikmati pelbagai juadah yang disediakan seperti :
- Roasted Lamb x2 kaunter
- Satay ayam & Daging x2 kaunter - beserta kuah kacang, nasi impit, timun, bawang
- Nasi Ayam Roasted
- Mee Kolok
- Apam Balik
- Laksa Sarawak
- Roti Canai & kuah Dhal
- Chicken Sharwama
- Vietnamese stall
- Lebanese stall
- Spanish stall
- Mongolian Stall
- Italian stall - menyediakan spagheti
- Mexican Stall menyediakan chicken taco
- Seafood BBQ
- Kawah Soup stall menyediakan : Sup Tulang, soto Ayam, Sup Ayam Herba Cina beserta roti & mentega
- Coklat fountain untuk cicah buah cucuk/ biskut
- Dessert stall menyediakan cupcake, manisan, buah-buahan (tembikai, jambu, oren, anggur)
- Ais Kacang
- Aiskrim cawan - kena layan diri, ada 3 perisa
- Stir fry vegetables
- Kueh Teow Goreng
- Nasi putih/ beriyani dengan lauk kari ayam, fillet fish, itik, udang
- Kaunter air ada : dispenser air kosong (panas & sejuk), teh tarik, kopi o, teh o, kordial bandung, teh o ais limau, 100plus, fresh oren
- Kaunter salad
Sepanjang makan-makan, kadang-kadang kedengaran pengumuman ucapan dedikasi dari salah seorang tetamu. Ucapan birthday (ni dah rancang awal-awal kot masa buat tempahan), sementara terdapat juga pengumuman dibuat melalui layar putih (slide) tentang: Lokasi surau dan beberapa sunnah (iait berbuka dimulai kurma, jangan membazir makanan)
Boleh la update laman (page) blog Kembara aku ^-^
- Surau disediakan di luar dewan beserta solat tarawikh dengan ustaz yang dilantik.
- Makanan mereka akan refill sampai walaupun dah solat isyak, rasanya memang mereka akan sediakan makanan sepanjang sesi 630pm - 10pm. Terbaik!
Secara jujurnya, harga agak mahal (RM63 = 6 orang beli nasi ayam penyet biasa kat kedai RJ Ayam Penyet) tapi dengan kepelbagaian juadah, tempat yang kondusif dan selesa, penyediaan surau yang besar & selesa, dan tempoh masa sesi makan yang agak panjang (630pm-10pm), aku boleh kata agak berbaloi kalau dimanfaatkan semuanya..
reunion dengan (bekas) rakan kerja di PJHUS dulu |
Ulasan