Kisah Penjual Ikan Segar

Teringatku akan satu kisah berhikmah yang pernah ku dengar suatu masa lalu, yang mana mesej nasihatnya aku dapati kena dengan situasi aku sekarang ni..

Bila aku cari-cari di media internet memang jumpa balik, tapi versi bahasa indonesia. Membuat aku sedikit ragu akan asal-usul kisah ni (siapa yang punya?) antaranya boleh didapati di laman blog  https://emariferha.wordpress.com. Jadi untuk pemahaman mudah, aku olah cerita ini kepada bahasa Melayu Malaysia. Jom..

Fokus - Kisah Penjual Ikan Segar
Diperihalkan ada seorang peniaga yang baru memulakan perusahaan menjual ikan segar. Jadi di baru membuka satu tapak di sebuah pasar dan memasang papan tanda di depan gerainya. Papan tanda tersebut bertulis JUAL IKAN SEGAR DI SINI . Jadi gerainya mendapat sambutan hangat ramai pembeli ikan..



Pada suatu hari, salah seorang pembeli ikan menegur tentang papan tanda tersebut.
"Mengapa kau tulis perkataan "jual ikan segar di sini"? Memanglah orang dah tahu bahawa kau menjual ikan DI SINI dan bukan DI SANA.."
Mendengarkan teguran tersebut, si peniaga tersebut membenarkannya lalu mengubah papan tanda gerai JUAL IKAN SEGAR DI SINI. Beberapa hari kemudian, datang pula seorang pembeli yang lain menegur papan tanda tersebut;
"Kenapa kau tulis perkataan "Jual Ikan SEGAR"? Bukan ke semua orang dah tahu bahawa kau menjual ikan segar belaka dan bukannya ikan busuk/lama.. Cepat tukarkan.."
Jadi sekali lagi peniaga mengubah papan tandanya selepas mendengar teguran pembeli tersebut menjadi JUAL IKAN SEGAR. Selang beberapa hari lagi, datang pembeli yang lain memberi komen lagi
Kenapa kau tulis "Jual Ikan"? Bukan ke semua orang dah tahu bahawa kau memang MENJUAL ikan dan bukan buat pameran ikan..
Dan lagi, si peniaga menukarkan lagi papan tanda menjadi JUAL IKAN. Setelah beberapa lama, datang pembeli yang memberi teguran lagi..
"Kenapa ada papan tanda IKAN ni? Semua orang tahu bahawa (barang) ini adalah ikan, dan bukannya ayam/daging. 
Mendengarkan teguran, maka si peniaga pun menurunkan papan tanda gerainya. Jadi gerainya tiada lagi papan tanda apa-apa.Tak semena-mena perniagaan ikan segarnya semakin lama semakin jatuh rugi kerana tiada ada lagi pembeli..

---------------------------------------------kisah tamat---------------------------------------------

Jadi ada beberapa mesej yang disampaikan dari kisah tersebut
  1. Seperti mana kisah luqman Al-Hakim, anak & keldai, pendapat manusia itu lemah dan sentiasa berubah ikut suka hati mereka. Jadi kalau kita menjadi 'pak turut' sahaja, memang kita yang menjadi mangsa dan mendapat kerugian
  2. Khas bagi penjual, untuk menguntungkan perniagaan adalah penting untuk mengumumkan jualan masing-masing. walaupun orang (pembeli) ada mata boleh nampak, tapi ternyata dengan papan tanda/pengumuman, semua orang tak terlepas..

Sebab itu kedai perlu papan tanda. Supaya orang boleh  nampak dari jauh..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)