Street of Rage [Game Sega]

"Siri game Beat'em Up terbaik zaman kecil-kecil dulu main 2 orang.."
Street of Rage [USA] / Bare Knuckle [JAP] [Sega]
(hyperlink ke laman web untuk download :http://coolrom.com/roms/genesis/1213/Streets_of_Rage.php)

Sinopsis kisah game :
Bandar (game ini) dulu merupakan satu bandar yang aman damai, sehinggalah datang satu sindiket penjenayah yang berkuasa telah mengambil alih pengurusan bandar. Jadi bandar menjadi kacau bilau dan tidak lagi aman. Kes jenayah berleluasa sampaikan pihak polis pun tidak dapat membuat apa-apa.

Setiap watak ada kelebihan dan kekurangan tersendiri
Dalam keadaan yang huru hara ni, sekumpulan polis muda telah berhenti menjadi polis dan bersumpah untuk 'membersihkan' bandar tersebut dengan tangan sendiri dari gejala samseng & jenayah, walaupun menggadai nyawa. Mereka adalah:
  • Adam Hunter
  • Axel Stone
  • Blaze Fielding
Jadi game ini adalah berkisar pertempuran mereka dari permulaan sehingga mereka berjumpa ketua sindiket iaitu Mr X.

Cara permainan (gameplay) #beatemup #sidescrolling #2playercoopplay

Cara permainannya adalah mudah. Pemain (2 orang boleh main serentak) akan memilih salah seorang daripada watak utama. Kemudian watak tersebut akan mengharungi setiap stage tertentu (gerakan dari kiri ke kanan) yang mana pada penghujung stage mereka akan bertempur dengan boss stage tersebut.

Dalam siri ini hanya butang arahan (command action) agak terhad..

A - Gimik khas. Dalam game ni, watak akan panggil bantuan polis dari jauh untuk lancarkan serangan udara sama ada Bazooka (player 1)/ Gattling Gun (player 2). Walaupun ada variasi senjata polis ini, namun kesannya masih sama iaitu kesemua penjahat dalam skrin tersebut akan kena lalu kalah. Kalau terhadap boss, boss akan mengalami 'kecederaan berkesan' (significant damage). Walaupun begitu, setiap pemain hanya terhad guna sekali untuk satu stage/nyawa bar sahaja.

police datang tembak dari jauh

satu bulatan api yang mencederakan musuh
B - Pukul (attack). Bila pukulan mengenai musuh, tekan secara berterusan untuk hasilkan combo
C - Lompat. Bila digabungkan dengan B (contoh tekan C-> B) akan hasilkan jump attack.

Beberapa teknik lain [nota - simbol < ^ > v digunakan mewakili direction button]
tap C+B = back attack (boleh menyerang musuh yang cuba menyerang hendap dari belakang)
tap < +B > = two way attack (hanya boleh dilakukan dalam game episod ini sahaja). Sangat berkesan kalau musuh menyerang depan dan belakang serentak
hold ^+C (ketika watak dibaling oleh musuh ke udara) = aerial recovery (maksudnya watak pemain akan imbang badan dan mendarat tanpa cedera)

Terdapat sejumlah 8 stage yang perlu ditempuhi untuk menamatkan game, yang mana setiap stage ambil masa 5-8 minit sahaja. [total main dalam sejam dah boleh habis ^-^! mungkin kalau set tahap kesukaran (difficulty level) yang lebih tinggi akan ambil lebih masa untuk kalahkan boss]

Stage 1#CityStreet - bertarung di jalanan (berhadapan lot-lot kedai). Stage ini akan diakhiri dengan boss Antonio [bersaiz besar, bersenjatakan boomerang]


Stage 2#BackStreet - berlatarkan jalan belakang. Stage ini akan diakhiri dengan boss Souther (bersaiz besar lagi, bersenjatakan cakar tangan macam Wolverine Xmen / Vega Street Fighter. Boss ini susah sikit sebab dia ada ability "jump attack evade". Serangan lompat tendang takkan berkesan.)

ini yang akan berlaku bila aku (pemain) buat jump attack

Stage 3#Beach - di tepi pantai berangin (tapi takde kesan apa pun, sekadar pemandangan je). Stage ini akan diakhiri dengan boss Abadede (wresler bersaiz besar, tiada senjata, tapi serangan ala 'lariat' atau baling watak hero. Jump attack sangat berguna sini)
Jump attack memang Yeah!

Stage 4#Bridge - berlatarkan jambatan masih dalam pembinaan. Jadi ada bahagian yang berlubang-lubang. 
banyak lubang-lubang! Jaga-jaga!
Boss stage ini ialah Bongo (Si gemuk bersaiz besar, boleh sembur api dari mulut. Sangat berat jadi tak boleh baling/suplex) 

si Gemuk sedang sembur api. Tolong!

Satge 5#Ship - Bertempat di atas dek kapal. Bermula stage ni, musuh-musuh biasa pun akan menyerang dalam bilangan yang ramai

Ada 6 penjahat yang nak kena pukul serentak. Kalau leka memang akan kalah banyak nyawa sini
Terdapat sub-boss Abadede si Gusti kat sini. Dan boss stage ni ialah kembar Mona & Lisa (perempuan iras-iras macam watak blaze tapi warna pakaian lain sikit), seorang hanya bertarung melee, seorang lagi suka baling-baling/suplex

Dua lawan satu mana aci..
Stage 6#Factory - Bertarung di kilang. Terdapat mesin compressor yang boleh dimanipulasikan untuk mencederakan musuh (juga boleh cederakan diri), Ada juga conveyor belt yang bergerak boleh menyukarkan pertempuran. Di sini terdapat subboss Bongo si Gemuk Api. Namun boss stage ini adalah Souther si Pencakar. Dua orang pulak tu..

lagi sekali 2 orang lawan 1. Susah pentas ni >_<!

Stage 7#Open air elevator - naik lif yang terbuka. Lif ini akan berhenti di beberapa tingkat lalu penjahat & samseng akan masuk menyerang masuk (ambush). Tapi yang bestnya stage ini ialah walaupun penjahat banyak, tapi ada peluang untuk baling mereka bertalu-talu jatuh ke bawah (sebab open air) jadi boleh habis cepat. Dan lagi pula, stage akan tamat apabila sampai ke tingkat paling tinggi (tiada boss level).

Baling dia jatuh! 

Stage 8#Top floor - Stage terakhir untuk game ini. bertempat di tingkat atas berupa restoran / hotel mewah.
kenapa aku kata restoran/hotel mewah? sebab ada troli makanan
Stage ini akan mengharungi semua boss terdahulu (saudara mereka kot sebab baju warna lain);

Antonio dari stage 1


Souther si Pencakar dari stage 2

Abadede si Gusti dari stage 3

Bongo si Gemuk Api dari stage 4

Kembar Mona & Lisa dari stage 5
Yang tak bestnya tak boleh guna gimik khas, jadi perlu bergantung kepada kemahiran sendiri dan kerjasama sesama rakan seperjuangan (kalau ada). Dan akhirnya akan jumpa boss akhir Mr X
Boss Akhir Mr X, dia ada machine Gun
Dah habis.. Tahniah! Game ni best jika main berdua dengan adik. Boleh melatih bonding & kerjasama. Aku selalu main dengan adik juga sampai dewasa ni. Tapi sampai sekarang masih tak betul-betul sehati sejiwa, ada je yang salah faham.. Tapi masih best..
"Suka tak game ni? Jom tengok episod 2 pula, lain kali "^-^.. (bersambung)

-----------------------------------

Mohon rujuk laman aku tentang game yang lain :D di sini --> Game 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)