Semangat
memori Pak Mangat aku sematkan dalam Wanted episod 37 |
Tapi aku tak join la ejek-ejek dia, sebab aku kagumi sifat semangat yang dia tunjukkan. Seolah-olah dengan semangat tersebut, sebenarnya kita boleh buat apa saja. Jadi sikap "bersemangat" yang dia tunjukkan itu harapnya mempunyai efek resonans terhadap diri aku agar aku juga mengambil nilai positif tersebut..
Sampai dah besar ni, baca-baca Al-Kalamullah aku sampai ke satu nasihat tazkirah yang berkaitan tentang hal ini (Tazkirah adalah berkenaan hal khusyuk dalam solat, juga pada aktiviti lain)
Aisyah r.a pernah melihat sekumpulan pemuda yang berjalan dengan malas, dia bertanya kepada orang yang tahu tentang mereka, "Siapa mereka itu?"
Orang itu menjawab, "Mereka adalah para ahli ibadah"
Aisyrah lalu berkata,
"Umar bin Al-Khattab adalah orang yang jika berjalan langkahnya cepat, jika berbicara suaranya lantang, jika memukul pukulannya padu, jika memberi makan, makanannya mengenyangkan, dan dialah ahli ibadah yang sebenarnya"
--------------------------------------------------------
Jadi berdasarkan kisah ini, aku faham ahli ibadah yang khusyuk (tidak hanya dalam solat sahaja tapi) sentiasa memberikan sepenuh hati/perhatian dalam apa jua perbuatan & aktiviti yang dilakukannya."Betapa besarnya solat mempengaruhi aktiviti kita yang lain (jika khusyuk solat maka sepatutnya khusyuk juga dalam aktiviti lain.. dan sebaliknya)"Jadi semestinya kita kena bersemangat dalam apa jua yang kita lakukan..
"Mungkin kawan aku ini mencontohi Khalifah Umar bin Al-Khattab rupanya.. Good going, piji.."---------------------------------------------------------
Sebelum mengakhiri entri kali ni, jom ulangkaji jap hadith tentang berkawan ni..
(sumber rujukan kali ini www.tazkirah.net/12 ciri berkawan dengan penjual minyak wangi)
Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh (baik akhlak) dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti (bersahabat dengan) penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi atau engkau boleh membeli daripadanya dan kalau tidak pun engkau akan mendapat bau harum daripadanya. Sedangkan (bersahabat dengan) tukang besi, boleh jadi percikan apinya mengenai pakaianmu (atau panas bahangnya mengenaimu), dan kalau tidak pun engkau mendapatkan bau (asap) yang tidak sedap." [HR Bukhari & Muslim]Ciri-ciri sahabat yang baik menurut Imam al-Ghazali
- Jika engkau berbuat baik kepadanya, dia akan melindungimu
- Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan, dia akan membalas baik persahabatan tersebut
- Jika engkau meminta tolong, dia akan sedaya upaya menolongmu sesuai dengan kemampuannya
- Jika engkau menawarkan perbuatan baik, dia akan menyambut/menerima dengan baik
- Jika dia menerima satu kebaikan/bantuan darimu, dia akan menghargainya
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik buatmu, dia akan berusaha menutupinya
- Jika engkau berdiam diri (malu untuk minta tolong), dia akan bertanyakan kepadamu (tidak membiarkanmu gelisah)
- Jika engkau menghadapi masalah besar/berat, dia akan berusaha meringankannya
- Jika engkau berkata benar, maka dia akan membenarkannya lagi
- Jika engkau merancang satu kebaikan, dia akan senang hati membantu rancanganmu
- Jika engkau berbalah (berbeza pendapat), dia akan mengalah untuk menjaga persahabatan denganmu
"Jom semak, adakah kita seorang sahabat yang baik?? Dan adakah kita mempunyai sahabat yang baik??"
Ulasan