[Jom Baca] Bencana 20:20

Antara azam tahun ini ialah membaca buku fizikal; kira-kira sebuah buku dalam sebulan. Sekarang ini (tarikh entri ini) dah bulan lapan, sepatutnya kena capai lapan (8) buah buku dah tapi aku baru selesai enam (6) buah ^-^! huhu, tak boleh jadi ni. Ada 4 bulan lagi sebelum tamat tahun ini..

Jadi buku yang ketujuh ialah..

Bencana 20:20
"Masa tulis ulasan ini, baru aku perasan nama tajuk buku ini tidak merujuk kepada tahun 2020, tapi mungkin memberi idea 20 tanda, 20 amaran hari kiamat.."

Penulis : Hadi Fayyadh
Penterjemah (jika ada) - tiada
Penerbit : Hadi Fayyadh Production Sdn Bhd

Bil halaman/ muka surat : 316 
بوکو برساءيزسدرهان دان ترداڤت هالمن برݢمبر هيتم ڤوتيه، جادي باچأن جادي چڤت دان ڤنتس سبنرڽ

Deskripsi (kulit belakang)

Jika mengikut perkiraan kronologi yang berlaku, benarkah kita sudah berada di era permulaan kebangkitan Imam Al-Mahdi? Bibit-biti kemunculannya dilihat semakin kencang? Apakah kita sedar bahawa tentera Dajal seramai 70,000 itu telah bersiap siaga menanti penzahirannya?

Fenomena dahsyat kemarau yang berpanjangan, mengikut telahan hampir berlaku ini bakal membawa dunia kepada kebangkitan Dajjal. Persiapan demi persiapan, segala isyarat dan lentera akhir zaman sudah dinyalakan



Dua pertembungan dahsyat, perang Armageddon bakal mencetus huru hara yang memuncak. Apakah ianya masih jauh atau kitakah yang terlena dibuai mimpi Iblis di siang hari. Tombak dan pedang dijulang, Panji tauhid sedang bergerak menjalar di seluruh penjuru dunia

Bersediakah kita dengan semboyan akhir Zaman yang pantas berputar mengakhiri plot taqdir yang telah ditentukan Tuhan? Kita di sebelah pihak mana? Al-Mahdi atau Dajjal? Kalimah apakah yang sentiasa membekas di hati dan jiwamu nanti?

Allahuakbar atau ...........? Bencana 20:20 sebuah nota yang menjulang kembali kesedaran bahawa kita sudah berada di pinggir zaman yang bakal berakhir. Ya, bakal berakhir. Di mana dan bagaimana persiapan aku, kamu dan dia?

Markah (peribadi) : 3.5/5

Komen (peribadi)
بوکو اين برکناءن تندا٢ قيامة. کندوڠنڽ ساڠت مناريق سبنرڽ. چوما اکو داڤتي معلومات تنتڠ تندا٢ ترسبوت ساڠت باڽق دان بارو جادي تق داڤت دهادمکن  سڤنوهڽ . بوليهله سباݢاي ڤنددهن اول يڠ باءيق تنتڠ هاري قيامة نامون اکو اد راس سديکيت راݢو٢ برکناءن ستاتوس حديث يڠ دسرتاکن برسام ڤنجلسن يڠ دبري. کنا سيمک دڠن سومبر يڠ بربيذا اونتوق صحکن
Buku ini berkenaan tanda-tanda Kiamat semakin hampir. Banyak kupasan dijelaskan dalam ini

Bencana I Apakah kamu tak perhatikan?
- mengupas peristiwa semasa yang mempunyai perkaitan dengan tanda-tanda kiamat
era kemarau dahsyat..peningkatan suhu.. bangunan tinggi di Mekah..alquran hilang.. api aneh di tanah arab, bumi arab menghijau.. khazanah rahsia di syria turki, israel musnah, pokok yahudi  gharqad.. asteroid mega.. perang besar.. imam al mahdi & agenda yahudi.. dajjal.. ya'juj & ma'juj.. dukhan... cincin sulaiman.. tongkat musa.. sangkakala
Bencana II Dua puluh (20) isyarat bencana akhir zaman
1 Bertambahnya anak derhaka
2 Ramai manusia warnai rambut hitam untuk nampak muda
3 Baitul Muqaddis ditakluki
4 Zina bermaharajalela
5 Alat Music berleluasa
6 Banyak saksi palsu
7 Wanita berpakaian tapi telanjang
8 Lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya
9 Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
10 Munculnya 4 golongan dalam ibadah haji
11 Orang hina mendapat kedudukan terhormat
12 Muncul semula penyakit umat terdahulu
13 Membeli agama untuk keuntungan dunia
14 Al-Quran tinggal tulisan sahaja
15 Menunjuk-nunjuk dalam berdoa
16 Banyak orang muda (mentah lagi) guna dalil agama
17 Murtadnya sebahagian besar bangsa Arab
18 Al-Quran sebagai alat propaganda
19 Imam melewatkan waktu solat
20 Harta benda melimpah ruah dan luasnya perniagaan melalui media massa

Bencana III Dua puluh (20) amaran bencana semakin dekat.
1 Kematian manusia secara mendadak & berskala besar (perang / nuklear)
2 Penyakit misteri yang sukar diubati
3 Dajjal kecil (penipu) semakin banyak
4 Lingkaran gempa luar biasa
5 Tanaman tak subur, haiwan mati kerana wabak penyakit
6 Hujan batu (Batu semakin besar)
7 Umur manusia semakin pendek
8 Banyak negara semakin tenggelam
9 Gunung berapi Mega
10 Puting Beliung
11 Tsunami Mega
12 Munculnya Api di Daerah Hijjaz yang menerangi anak-anak unta di Basra
13 Binatang buas & benda mati akan berkata-kata kepada manusia
14 Perang besar kaum muslimin dan kaum yahudi
15 Kota Madinah singkirkan orang jahat kemudian hancur
16 Angin sejuk ambil nyawa orang mukmin
17 Kaabah hancur
18 Pembenaman bumi di Timur, Barat & Tanah Arab
19 Banyak petir aneh
20 Matahari terbit dari barat

Oh ya, buku ini tak menjelaskan tentang keadaan hari situasi hari kiamat. Lantas aku teringat satu penulisan lama Gambaran hari akhirat

----
هوه، ادا ٥ بوکو لاݢي ڤرلو دباچ اونتوق سمڤورناکن عزم تاهون اين. تروسکن اوسها

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)