Vaksin : Perlindungan atau Kemudaratan
Bismillah.. Baru-baru ini, tersiar iklan di media sosial Facebook tentang satu perdebatan 'ilmiah' yang bakal dijadualkan siarannya 15.2.2019. Jom tengok iklan ni dulu
Setakat ini, aku tahu golongan anti-vaksin ini sangat bergiat di media facebook, menyebarkan fahaman-fahaman serta mengajak orang ramai agar tidak menerima immunisasi. Tak pernah lagi, berjumpa mereka bertindak secara rasmi di kaca TV. Oleh itu, rancangan ini ternyata menarik perhatian aku untuk saksikan..
Beberapa hari kemudian, terdapat banyaknya komen, analisa & ulasan dari pelbagai pihak "ahli"nya berkenaan perbincangan ini.. Antaranya yang aku tertarik ialah:
Jadi aku tak perlu mengulas panjang lagi, cuma untuk pedoman sendiri (dan orang lain), sukanya aku kemukakan beberapa perhatian:
Setakat ini, aku tahu golongan anti-vaksin ini sangat bergiat di media facebook, menyebarkan fahaman-fahaman serta mengajak orang ramai agar tidak menerima immunisasi. Tak pernah lagi, berjumpa mereka bertindak secara rasmi di kaca TV. Oleh itu, rancangan ini ternyata menarik perhatian aku untuk saksikan..
اڤ يڠ مناريق ڤرهاتيان اكو إياله سلالوڽ ݢولوڠن أنتي-ۏكسين إين ترديري درڤد مريك يڠ بوكن اهليڽ (يإيت مريك يڠ تق تاهو ڤصل بيدڠ ڤروبتن لالو ممنداي٢ بوات فتنة بوكن٢). تاڤي سباليقڽ كالي إين مريك دتنتڠ أوليه اهلي ڤروبتن ڤولا. كناڤ جادي بݢيني؟
دان تردتيق دالم قيكيرن اكو كالاو٢ اد اݢيندا ترسمبوڽي دسبالبق كسوديان ݢولوڠن أنتي-ۏكسين أونتوق داتڠ مالم ترسبوت. كالاو إيكوتكن, مريك ڤاتوت ده تاهو تق بوليه منڠ. تاڤي كناڤ اݢقڽ؟Jom aku sisipkan video perbincangan tersebut dalam blog ini untuk santapan minda. Perbincangan dipengerusikan oleh Syafinaz Yunus (Hos), dan disertai panel pembicara Dr Nurul Huda (Doktor bebas mewakili pihak anti-vaksin) dan Dato' Dr Musa Mohd Nordin (Pakar Perunding Paediatrik)
Beberapa hari kemudian, terdapat banyaknya komen, analisa & ulasan dari pelbagai pihak "ahli"nya berkenaan perbincangan ini.. Antaranya yang aku tertarik ialah:
- [Facebook] The Dressar & Co.: Analisa TV Al-Hijrah - Perlindungan atau Kemudaratan
- [Facebook] Nurhanis Ahmran post
- [Facebook] Medical Mythbusters Malaysia post
Jadi aku tak perlu mengulas panjang lagi, cuma untuk pedoman sendiri (dan orang lain), sukanya aku kemukakan beberapa perhatian:
- Aku tertarik dengan penerangan yang diberi oleh Dato' Dr Musa. Beliau berusaha menjelaskan isu dalam ayat umum (layman word) sebab beliau memang sedar bahawa pihak pendengar (sama ada di studio atau yang menonton di depan TV) terdiri daripada pelbagai jenis golongan. Jadi perlunya beliau menjelaskan dalam ayat yang paling faham bagi semua. Jadi semua istilah teknikal (perubatan), beliau sendiri jelaskan terlebih dahulu dan terjemahkan kepada umum. Contohnya HPV human papilloma virus, MMR measle mump rubella = campak beguk rubella, VAERS vaccine adverse event reporting system, AEFI adverse effect following immunization, IFL immunity for life. DTAP difteria-tetanus-acellular pertusis
"Berbanding dengan Dr NH ada menyebut perkataan 'adjuvant', HPV dalam penerangan pertamanya (ni situasi agak tipikal bagi kebanyakan doktor iaitu acah-acah bersembang istilah teknikal bagi menampakkan diri lebih hebat (tanpa menerangkan kepada) pendengar). (Aku tak pasti ramai orang biasa boleh faham dalam sekali dengar). Sementara pihak pengerusi dengan selambanya menyebut AEFI tanpa menjelaskan juga (aku faham dia mungkin cuba pick-up apabila bersembang dengan doktor, tapi jangan dilupa pendengar lain terdiri daripada pelbagai golongan, jadi mereka mungkin tak tahu) "
اكو سلالو چوبا أونتوق ممبري ڤنجلسن كڤد ڤساكيت اتاو كاون سبارڠ توڤيق كصيحتن تنڤا مڠݢوناكن إيستيله تيكنيكل مان٢ يڠ بوليه. جادي اكو ميمڠ سلالو ڤرهاتي ڤلباݢاي قاعدة كاون٢ سڤرجواڠن, سنيور, ڤاكر بري ڤنرڠن
- Aku mengagumi kedua-dua pihak telah melakukan (paling kurang pun, telah berusaha untuk) ulangkaji masing-masing dalam bab perbincangan ini, namun sangat jelas & nyata di sini siapa yang lebih arif tentang pengetahuan meliputi vaksin ini. Aku dapati Dato' Dr Musa boleh mengulas semua isu berbangkit (yang mana aku percaya semua pengetahuan tersebut adalah hasil kajian/ bacaan/ pengalaman yang beliau dah dapat sampai ke hari ini)
Apa-apa pun, mesej penting untuk bawa pulang untuk hari ini ialah;
- Kepada orang awam, apa-apa keputusan tentang satu perkara itu hendaklah diserahkan kepada ahlinya untuk diuruskan. Jadi berkenaan vaksin, jika ahlinya (doktor perubatan) mengesyorkan banyaknya manfaat dengan pengambilan vaksin, sebaiknya ikutlah saranan para doktor
Ulasan