Komen tentang Game KH3
Setelah sekian lamanya, akhirnya game ini keluar juga. Memang aku tertunggu-tunggu game ini sebab memang minat..
Seperti yang diketahui, aku adalah peminat tegar bagi siri permainan ini. Hampir semua siri keluarannya dalam pelbagai konsol telah diusahakan untuk aku mainkan. Diperihalkan terbitan kali merupakan kemuncak perjuangan watak utama Sora dalam menentang pihak kejahatan (Xehanort) yang selama ini telah mencetuskan pelbagai malapetaka kegelapan melibatkan pelbagai watak juga merentasi aneka dunia lain..
#1 Grafik dan teknologi penghasilan - dibandingkan dengan siri terdahulu, KH3 dipersembahkan dengan grafik yang terbaik & sesuai dengan prestasi konsol mutakhir (PS4). Jadi bidang cinematografi dan lakonan suara adalah yang paling terbaik. & berkualiti. Malah, terdapat adegan yang dibuat semula, menyamai kualiti produksi asal babak dalam filem Disney. Misalnya adegan lagu Let It Go dalam filem animasi Disney Frozen seperti di bawah.
#2 Plot (Perkembangan kisah watak utama KH) - masih macam siri yang terdahulu yang mana plot KH3 sangat rumit dan berbelit. Jadi secara umumnya tidak digalakkan bagi "pemain baru" untuk cuba-cuba & pengalaman pertama main KH (sebab memang perlukan pengetahuan dari kisah game KH yang lama-lama untuk hubung-kaitkan)
Secara jujurnya aku dapati dalam terbitan kali ini, bagi aspek perkembangan kisah watak tidak sebaik yang terdahulu.
Namun, tidak begitu bagi KH3. Nampaknya plot penceritaan dunia Disney memang dibuat secara berasingan dan tidak berkaitan dengan plot perkembangan KH. Tiada gangguan oleh entiti (watak dari) dunia luar secara langsung. Jadi, pemain akan mengharungi dunia Disney bulat-bulat seperti mana filem asal. Pada pengakhiran konflik, watak jahat Disney akan terpengaruh dengan kejahatan maka watak jahat KH ambil kesempatan itu dan manifestasikan raksasa besar lalu berlalu pergi.. Tiada plot kisah KH pun :(
#3 Penglibatan Watak Final Fantasy (FF) - tiada dalam KH3
[nota - Game KH adalah ciptaan bersama oleh gabungan syarikat Disney & Square Enix, jadi dari syarikat masing-masing akan menyumbang ke dalam penghasilan game tersebut. Misalnya Disney menyumbang banyak dalam penglibatan filem disney (& wataknya sekali) seperti Aladdin, Little Mermaid, Toy Story. Jadi bagi pihak Square Enix pula, dalam penghasilan sebelum ini mereka menyumbang watak dari game Final Fantasy]
Watak FF dalam game ini lebih kepada watak penyokong plot saja. Tidak berperanan penting dalam konflik utama KH. Sebelum ini aku tak perasan kepentingannya, namun dalam entri terbaru KH3 memang takde penglibatan watak FF telah memberi kesedaran kepada aku. Betapa kewujudan mereka sebagai satu motivasi/penguat semangat untuk terus bermain.
#5 Cara permainan - bertarung (Battle Gameplay) - Termasuk ciri asas siri utama KH apabila berkaitan sistem pertarungan ialah;
Aku dapati game KH3 masih lagi menarik dan mesti main (bagi golongan veteran) cuma terdapat sedikit sebanyak faktor yang mengecewakan. Walau bagaimanapun aku dapati kisah keseluruhan masih sangat seronok untuk diikuti. Watak utama Sora & Riku masih menjadi kegemaran.
Favourite Flowmotion : nil (tak suka flow motion)
Favourite Attraction Flow : Splash Ride
Favourite Summon: Stitch (electric)
Favourite Disney World: Kingdom of Corona
Favourite Shot Lock
"Kalau ingat lagi, aku ada tulis sedikit sebanyak tentang [Game] Kingdom Hearts dalam blog ini.. Betapa 6 tahun pun berlalu sehinggalah tarikh penerbitan game ini iaitu 29.1.2019""Dan aku memiliki (membeli) PS4 dengan tujuan utama untuk main game ini.." - status peribadi Facebook bertarikh 30.1.2019 setelah berjaya membelinya di kedai Game yang berhampiran
Seperti yang diketahui, aku adalah peminat tegar bagi siri permainan ini. Hampir semua siri keluarannya dalam pelbagai konsol telah diusahakan untuk aku mainkan. Diperihalkan terbitan kali merupakan kemuncak perjuangan watak utama Sora dalam menentang pihak kejahatan (Xehanort) yang selama ini telah mencetuskan pelbagai malapetaka kegelapan melibatkan pelbagai watak juga merentasi aneka dunia lain..
----- Fokus: Komen tentang Game KH3 -----
#1 Grafik dan teknologi penghasilan - dibandingkan dengan siri terdahulu, KH3 dipersembahkan dengan grafik yang terbaik & sesuai dengan prestasi konsol mutakhir (PS4). Jadi bidang cinematografi dan lakonan suara adalah yang paling terbaik. & berkualiti. Malah, terdapat adegan yang dibuat semula, menyamai kualiti produksi asal babak dalam filem Disney. Misalnya adegan lagu Let It Go dalam filem animasi Disney Frozen seperti di bawah.
#2 Plot (Perkembangan kisah watak utama KH) - masih macam siri yang terdahulu yang mana plot KH3 sangat rumit dan berbelit. Jadi secara umumnya tidak digalakkan bagi "pemain baru" untuk cuba-cuba & pengalaman pertama main KH (sebab memang perlukan pengetahuan dari kisah game KH yang lama-lama untuk hubung-kaitkan)
Secara jujurnya aku dapati dalam terbitan kali ini, bagi aspek perkembangan kisah watak tidak sebaik yang terdahulu.
- Tiada penglibatan watak jahat luaran (external) secara langsung dalam kisah konflik dunia Disney
Namun, tidak begitu bagi KH3. Nampaknya plot penceritaan dunia Disney memang dibuat secara berasingan dan tidak berkaitan dengan plot perkembangan KH. Tiada gangguan oleh entiti (watak dari) dunia luar secara langsung. Jadi, pemain akan mengharungi dunia Disney bulat-bulat seperti mana filem asal. Pada pengakhiran konflik, watak jahat Disney akan terpengaruh dengan kejahatan maka watak jahat KH ambil kesempatan itu dan manifestasikan raksasa besar lalu berlalu pergi.. Tiada plot kisah KH pun :(
"Agaknya mungkin ada faktor copyright dari syarikat Disney agar tidak lagi memandai-mandai tambah elemen lebih-lebih dalam produk (filem) mereka. Terutamanya bagi karya asal filem Disney Frozen, Tangled & Pirate of Carribean., dalam game KH3 nampaknya perjalanan dalam dunia tersebut adalah berdasarkan filem asal masing-masing. Tapi situasinya berbeza bagi kisah & penceritaan yang baru. Misalnya dalam dunia Toy Story/ Monster Inc/ Big Hero 6, perjalanan dalam dunia tersebut lebih kepada bukan adegan filem, jadi penerbit bebas boleh sisipkan adegan pertembungan dengan watak jahat KH.. Tapi sayang la kalau begitu.."
namun, reka bentuk watak FF diubahsuai mengikut citarasa KH |
[nota - Game KH adalah ciptaan bersama oleh gabungan syarikat Disney & Square Enix, jadi dari syarikat masing-masing akan menyumbang ke dalam penghasilan game tersebut. Misalnya Disney menyumbang banyak dalam penglibatan filem disney (& wataknya sekali) seperti Aladdin, Little Mermaid, Toy Story. Jadi bagi pihak Square Enix pula, dalam penghasilan sebelum ini mereka menyumbang watak dari game Final Fantasy]
Watak FF dalam game ini lebih kepada watak penyokong plot saja. Tidak berperanan penting dalam konflik utama KH. Sebelum ini aku tak perasan kepentingannya, namun dalam entri terbaru KH3 memang takde penglibatan watak FF telah memberi kesedaran kepada aku. Betapa kewujudan mereka sebagai satu motivasi/penguat semangat untuk terus bermain.
"Sebagai watak penyokong, selalunya apabila ada adegan melibatkan mereka (selain menimbulkan perasaan terharu dan nostalgia), pemain akan tahu bahawa terdapat unsur plot twist yang berlaku (bersamaan perkembangan plot asal KH sedang berlaku --> memang sedang dinanti-nantikan oleh pemain). Jadi ketiadaan adegan watak FF jelas nyata memberitahu tiada perkembangan plot kisah asal :("#4 Ketidakseimbangan peranan watak utama KH - Menjelang pengeluaran game ini, difahamkan bahawa puncak konflik utama kisah KH akan melibatkan 13 kegelapan menentang 7 cahaya. Namun, apa yang berlaku, walaupun ada 7 wakil cahaya, namun hakikatnya hanya seorang saja yang membolot dan mengalahkan semua kejahatan. Sedangkan watak cahaya yang lain hanya sekadar sampingan dan tewas ^-^
sangkanya aku 7 watak hero ni ada pertempuran masing-masing |
"Sangat berbeza dari tanggapan ideal aku - kononnya setiap watak cahaya akan bertemu musuh ketat masing-masing (mungkin seorang wakil cahaya bertempur dengan 2 orang wakil kejahatan) --> pergelutan sengit berlaku (pemain boleh kawal watak cahaya dan dikejutkan dengan kepelbagaian kemahiran unik watak masing-masing) --> akhirnya watak cahaya menang tapi dah penat. Lalu pergelutan akhir oleh watak Sora menentang Xehanort.. "Namun, realiti tidak begitu, pihak penerbit masih ada agenda lain, yang mana pengakhiran pertempuran kali ini masih menimbulkan tanda tanya baru tentang dalang sebenar di sebalik semua yang terjadi..
#5 Cara permainan - bertarung (Battle Gameplay) - Termasuk ciri asas siri utama KH apabila berkaitan sistem pertarungan ialah;
- 'Kemahiran aksi' (action ability) yang dipelajari sedia dipilih dari menu bila-bila masa (tanpa perlu buat penetapan tertentu)
- Kebolehan untuk 'penyesuaian' (customization) bagi 'kemahiran sokongan' (support ability) yang dipelajari oleh watak. Maksudnya pemain bebas untuk aktifkan atau tidak mengikut kehendak sendiri.
Istimewa bagi KH3 terdapat beberapa gimik khas dalam sistem pertarungan iaitu 'Situation Command' (kebanyakannya perlu kehadiran musuh dan pertarungan sengit untuk tertera sebagai pilihan) berupa:
- Drive Form + Keyblade Transformation - Perubahan bentuk senjata keyblade menjadi jenis senjata yang lain, juga perubahan corak pakaian sora --> pengkhususan strategi serangan. Penentuan itu boleh dijangka sebab bergantung kepada jenis senjata yang digunakan oleh watak.
- Grand Magic - serangan magik edisi tahap tertinggi. Pilihan arahan ini hanya muncul apabila menggunakan elemen magik yang sama berkali-kali.
- Attraction Flow - serangan khas dengan penggunaan kelengkapan dari taman tema (seperti merry go round, tea cup, pirate ship). Kemunculan arahan ini lebih kepada peluang rawak yang tidak dapat dijangka
- Team Attack - gandingan serangan bersama watak tertentu. Kemunculannya juga bergantung kepada peluang secara rawak dan tidak dapat dijangka
Namun, secara peribadinya aku berpendapat sistem pertarungan KH3 tidak sehebat dengan siri terdahulu yang mana sistem dalam KH2 lebih baik. Kepelbagaian gimik ini bahkan membuatkan pemain tidak perlu kepada strategi serangan berkesan (sebaliknya menghentam (spam) butang menyerang tanpa henti) pun boleh menang.
- Unsur yang tidak dijangka menyebabkan strategi serangan tak dapat dirancang dan bergantung kepada nasib.
- Bahkan Drive Form hanyalah nilai estetika semata-mata, tidak menggambarkan sebarang kelebihan penting pada pengkhususan senjata..
"Mungkin lebih baik dijadikan sistem drive form berasingan dengan keyblade transformation. Misalnya sora berubah menjadi Power Form (merah) sebagai satu set pertukaran --> kemudiannya dari tu bebas boleh semua jenis senjata yang yang sesuai bagi mod tersebut.
#6 Cara permainan - eksplorasi (Exploration gameplay) - bagi aku ini amat patut dipuji.
- Dengan keupayaan teknologi yang semakin canggih, gambar latar sangat cantik, kawasan eksplorasi sangat meluas!
- Kehadiran watak rakyat jelata yang turut menceriakan dunia Disney. Nampak hidup
"KH terdahulu sedikit suram dan nampak kosong. Hanya watak utama baik dan penjahat serta sidekick masing-masing yang wujud dalam dunia, sementara tiada watak lain yang ketara"#7 Cara permainan - sampingan (mini-game Gameplay) - juga patut dipuji (dari aspek kepelbagaian) tapi tidak berbaloi (dari segi keperluan). Ada banyak mini-game, tapi tak semuanya perlu untuk memandu perkembangan plot. Hanya sekadar seronok-seronok saja.
- Gummiship space exploration - juga bersifat terbuka dan bebas menjelajah.
- Cooking - masak-masak melibatkan arahan pergerakan yang mudah
- Photo quest - ambil gambar
- Ingredient Hunt - mencari bahan masakan dari seluruh dunia
- Classic game - sekadar game lama dalam game
Lumrah bagi game KH (dan juga banyak game moden yang lain) yang mana terdapat perlawanan rahsia menentang superboss, setelah selesai menentang boss akhir cerita. Dinamakan superboss, kerana kekuatan boss ini adalah sangat luar biasa dan selalunya wujud bagi menguji skil sebenar seorang pemain.
Personally the superboss is the most thrilling battle in the Kingdom Hearts because it test your skill in every way. The best part about the battle is - there are various way of winning. Although there are guide and pattern of how the superboss will act, but the option of winning is entirely yours to choose. This is true so far for KH1, KH2, KH3..
----- Secara keseluruhan -----
Aku ingatkan perjuangan Sora akan tamat dan diganti orang lain pula. Namun, tanggapan aku salah apabila terdapat iklan acah bahawa mereka berdua masih lagi berperanan untuk terus berjuang lagi menentang musuh baru (dalang sebenar baru nak tunjuk muka).. Cis, kena tunggu lagi siri akan datang. Berapa lama la agaknya kena tunggu..
Terdapat ura-ura bahawa game ini akan ada update Final Mix berupa kandungan boleh muat turun (Downloadable Content DLC). Semoga ura-ura itu benar dan banyak pembaikan dan penambahan kandungan baru..
--- Quick overview personal preference in-game --
3 Favourite Keyblade transformation
- Happy Gear (Monster Inc)
- Shooting Star
- Wheel of Fate (Pirate of the Caribbean)
Favourite Flowmotion : nil (tak suka flow motion)
Favourite Attraction Flow : Splash Ride
Favourite Summon: Stitch (electric)
Favourite Disney World: Kingdom of Corona
Favourite Shot Lock
Ulasan