[Jom Baca] Mudah Ingat makna surah Ad-Dhuha hingga An-Nas
Bismillah, termasuk dalam senarai azam tahun ini ialah membaca buku; sebuah buku dalam sebulan. Kalau lebih banyak lebih bagus. Hanya terpakai kepada buku fizikal (sedangkan buku digital seperti eBook tak dikira, sebab bukan amalan aku baca buku digital)
Mudah Ingat makna surah Ad-dhuha hingga An-Nas : untuk bacaan dalam solat
Penulis : Mohd Razali Kamarrudin
Halaman : 135
Penjelasan (dari kulit buku belakang)
Markah (peribadi) : 4.5/5
Komen (peribadi)
Buku ini adalah satu insiatif yang baik untuk memperbaik solat. Sebab surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas adalah dalam kategori surah lazim (pilihan untuk dibaca dalam solat harian sama ada solat fardhu atau solat sunat sekalipun).
Aku tak pasti generasi sekarang belajar hafaz (hafal) surah macam mana, tapi masa aku dulu hafaz (hafal) surah-surah ini tanpa memahami makna bacaan (mungkin dulu ustaz ada ceritakan makna, tapi kenapa aku tak ingat apa langsung). Jadilah kita sentiasa solat tanpa faham apa yang sedang dibacakan.
Menariknya, walaupun ada 135 halaman tapi buku ini tak padat (jadi pembaca malas macam aku tak pening nak mengadap dari satu muka ke satu muka). Terdapat tips umum untuk hafaz (hafal) ayat surah (juga terpakai kalau nak hafaz surah-surah lain)
Lepas dah baca buku ini, aku semakin nampak betapa ada mesej nasihat di sebalik surah-surah tersebut
--- PENGUMUMAN ---
Dengan ini, laman (page) Jom Baca dah dikemaskini. Jemput la tengok buku-buku yang pernah dibaca
"Aku tak pasti tentang orang ramai; walaupun terdapatnya teknologi serba maju dengan kemudahan buku digital, namun secara peribadi aku tetap suka buku fizikal. Sebab dengan sentuhan buku tersebut, beserta saat-saat menyelak setiap halaman buku, lagi pula perasaan mengakhiri sesuatu buku adalah antara perkara/ momen yang patut dinikmati oleh setiap pembaca. Dan semua itu tak dapat dikecapi oleh buku digital.. (nota - aku tidak menolak buku digital sebagai medium ilmu)"Untuk buku yang ke-4 bagi tahun ini (2019) ialah:
Mudah Ingat makna surah Ad-dhuha hingga An-Nas : untuk bacaan dalam solat
Penulis : Mohd Razali Kamarrudin
Halaman : 135
Penjelasan (dari kulit buku belakang)
"Saya bukan ustaz mahupun ustazah. Saya tiada asas Bahasa Arab. Namun, jauh di sudut hati saya, nak sangat faham makna bacaan surah yang dibaca dalam solat. Dapat faham makna surah lazim pun alhamdulillah dah. Terutamanya surah Ad-Dhuha hingga An-Nas"Dengan izin allah, buku ini dapat membantu anda mencapai hasrat ini. Menariknya buku ini ditulis oleh seorang yang tiada asas Bahasa Arab. Menerusi buku ini, anda akan dipandu untuk memahami makna surah Ad-Dhuha hingga surah An-Nas dengan 5 langkah mudah berikut:
- Faham keunikan dan latar belakang surah
- Baca semula ayat dalam sesuatu surah beserta maknanya dan kaitkan dengan keunikan dan latar belakang surah
- Hafal dan fahami makna ayat dalam surah tersebut
- Hafal kata kunci bagi sesuatu ayat beserta maknanya
- Uji ingatan dengan cara membaca sesuatu surah semasa bersolat, mendengar audio / mp3 bagi sesutatu surah dan juga mendengar bacaan imam semasa solat berjemaah
Setelah menggunakan buku ini, dengan izin-Nya jua, kita mampu berkata
الحمدلله. تريماكاسيه يا الله. سديكيت دمي سديكيت, هاري دمي هاري ساي سماكين فاهم دان إيڠت معنا سورة الضحى سهيڠݢا سورة الناس. ساي جاديكن سورة٢ إين سباݢاي سورة ڤيليهن يڠ دباچ دالم صلا
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, sedikit demi sedikit, hari demi hari saya semakin faham dan ingat makna surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas. Saya jadikan surah-surah ini sebagai surah pilihan yang dibaca dalam solat
Komen (peribadi)
سڤينتس لالو موك سورت دالم بوكو |
Aku tak pasti generasi sekarang belajar hafaz (hafal) surah macam mana, tapi masa aku dulu hafaz (hafal) surah-surah ini tanpa memahami makna bacaan (mungkin dulu ustaz ada ceritakan makna, tapi kenapa aku tak ingat apa langsung). Jadilah kita sentiasa solat tanpa faham apa yang sedang dibacakan.
Menariknya, walaupun ada 135 halaman tapi buku ini tak padat (jadi pembaca malas macam aku tak pening nak mengadap dari satu muka ke satu muka). Terdapat tips umum untuk hafaz (hafal) ayat surah (juga terpakai kalau nak hafaz surah-surah lain)
Lepas dah baca buku ini, aku semakin nampak betapa ada mesej nasihat di sebalik surah-surah tersebut
- Kalau berasa nak mengeluh / mengadu (complaint) tentang kesedihan atau musibah yang kena pada sendiri, ingatlah ayat terakhir surah Ad-Dhuha
"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya" [Surah Ad-Dhuha 93:11]
mesej sebenar surah 94 (Ash-Shahr) |
- Ayat popular bagi Surah Asy-Shahr (semua orang suka petik sebagai nasihat) ialah:
- 94:5 Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
- 94:6 (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Namun, lepas baca buku ini baru aku tahu mesej nasihat yang sebenar adalah pada 2 ayat berikutnya ( = 2 ayat terakhir surah tersebut)
- 94:7 Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
- 94:8 Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Ha, baru 2 surah (beberapa ayat). Dalam Al-Qur'an ada 114 surah semuanya..
"Al-Quran diturunkan agar diperhatikan dan diamalkan. Maka, amalkanlah apa yang kamu baca daripadanya." - Al-Hassan
اكو ڤستي اد باڽق لاݢي ڤنموان٢ دسباليق معنا سورة لاظم هاريان (سبب سورة٢ إين سبهاݢيان درڤد القرءان يڠ ڤنوه دڠن معجزات). جادي اكو ݢالقكن كڤد سموا ترإوتامڽ كاون٢ مسلم. سموݢ عبادة دان كهيدوڤن منجادي لبيه باءيق دڠن القرءان
--- sedikit hadith, dari sumber laman web muslim.or.id/orang yang diinginkan kebaikan oleh Allah (klik link ini untuk baca lagi) ---
Dari Mu’awiyah r.a, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:
مَن يُرِدِ اللهُ به خيرًا يُفَقِّهْه في الدينِ
“Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, nescaya Allah akan jadikan ia faham dalam agama” [Muttafaqun ‘alaihi].
--- PENGUMUMAN ---
Ulasan