Doula : Peneman ibu atau pengganti doktor?
Seminggu dah berlalu sejak siaran Analisis tentang Vaksin, kini program TV analisis minggu ini juga turut membincangkan persoalan yang sedang hangat di Malaysia. Jom tengok poster pengiklanan ini dulu sebelum kita teruskan..
Kalau malas nak tengok, ada pengguna Facebook yang telah membuat ringkasan dan ulasan
سچارا ڤريباديڽ , توڤيق إين اݢق "كورڠ" سيكيت باݢي اكو سبب داي مڽنتوه حال احوال ڤرمڤوان يڠ مان بوكن مينت ساڠت. نامون, إي ماسيه ڤريحال ڤروبتن جادي سبب إيت اكو ڤرلو ڤيك جوݢا سديكيت سباڽقJadi aku juga sisipkan video perbincangan yang terdapat di media YouTube. Program siaran 22.2.2019 ini dipengerusikan oleh Syafinaz Yunus (Hos) dan terdapat 2 panel jemputan dari pihak yang berbeza iaitu Hayati Muzzaffar (wakil doula), dan Prof Dr Imelda Balchin (wakil doktor pakar sakit puan)
اكو ادا سديكيت فراست تنتڠ ڤربينچڠن إين موڠكين اكن بربأور إيموسي بربنديڠ ميڠݢو لڤس تاڤي نق تيڠوق جوݢا
Kalau malas nak tengok, ada pengguna Facebook yang telah membuat ringkasan dan ulasan
Beberapa komen yang aku dapati sepanjang perbincangan ini (maaf, sebagai anggota kesihatan aku lebih menyebelahi pihak doktor pakar).
- Aku kagum pada PI yang mengulas dengan jawapan yang ringkas tapi padat (kalau ikutkan penjelasan tentang fungsi doula ni boleh jadi meleret-leret dan berpanjangan, namun prof Imelda telah memilih ayat agar tak 'curi masa' orang lain. Hal ini berbeza dengan kak yatt)
"Dan aku kira penjelasan yang diberikan oleh PI itu cukup faham bagi orang awam. Kalau sesama doktor aku pasti, penjelasannya lebih teknikal dengan macam-macam istilah lagi.."
- Berbeza pula KY ini tidak begitu menjawab soalan. Apabila soalan dikemukakan, banyak pula selok luar topik (kalau nak ucap terima kasih tentang "tabayyun", boleh cakap sendiri di luar sesi perbincangan). Penerangannya tidak langsung sampai maksud atau menjawab persoalan moderator..
"Tiba-tiba aku berasa bahawa panel ini cuba 'mencuri masa' dan membolot masa spotlight siaran ini.."
- Soalan jumlah ibu yang ditemani: tak kira (ada aura pembohongan di situ kerana beliau mengelak untuk memberikan sebarang nombor bagi mengelak susulan soalan yang lebih teruk)
- Sehinggakan PI terpaksa mengulas soalan bagi panel doula sekali lagi, sebelum prof menjawab soalan sendiri. Malah PI juga menjelaskan apa fungsi doula ini sebenarnya di samping kehadiran doktor atau bidang terlatih. Juga menjelaskan perlunya ada sistem pantauan tentang fungsi doula, juga sistem latihan dan pengesahan / penglesenan tentang doula
- Tentang pesakit perlukan lebihkan keselesaan ketika proses bersalin - PI mengulas sebenar boleh tapi perlukan pemantauan secara berkala serta lebih kakitangan (1patient to 1attendant care)
- Doula ini hanya bertindak sebagai peneman untuk ibu (iaitu memberi sokongan moral & emosi) . Tak lebih dari itu
- Ibu masih perlu bidan terlatih atau doktor untuk memantau perkembangan kesihatan (memastikan ibu dan anak selamat) sebab mereka adalah ahli yang lebih faham untuk mengenalpasti status ibu
- Doula BUKAN PENASIHAT KESIHATAN yang menentukan apa yang terbaik untuk pesakit (sebab proses bersalin melibatkan hal keselamatan nyawa ibu dan kandungan, dan doula bukan "ahli" yang betul)
"Nak ikut sunnah bagai semua itu takde masalah, selagi nyawa TIDAK menjadi taruhan. Dalam hal agama (ibadah), dalam situasi berkecuali, diberikan sedikit keringanan kepada hamba Allah untuk beribadah tetapi tidak membahayakan nyawa..Bacaan tambahan - [Facebook] Imelda Bachin post - Kenapa ibu perlukan pemeriksaan seluk-seluk semasa nak bersalin??
Ulasan