Rakan kongsi

Baru-baru ini, sedangku melayari media sosial Facebook, aku berjumpa lagi dengan video nasihat. Yang mana, isi nasihat video tersebut turut membuat aku terasa juga la.. Takpe, aku kongsi dulu video ini dan kita bincang lagi..



سلاما إين اكو باڽق مڽرهكن توݢسن كرجا رومه (ماسق, أوروس باجو, كمس رومه دان لاءين) كڤد إيستري سبب باݢيكو إيستري تق كرجا. تاڤي سلڤس تيڠوق ۏيديو تادي ترڽات اكو ميمڠ تراس. إيستري تق داڤت بوات سموا إيت سلالو, ستيدڤڽ تنڤا ڤڠهرݢاءن اڤ٢

Antara mesej nasihat dari video tersebut ialah; sebarang perkara yang mendatangkan manfaat bersama (suami isteri) hendaklah dilakukan bersama-sama.
ڤرهوبوڠن ترباءيق سوامي إيستري بوكنڽ 70\30 اتاو 60\40 اتاو 50\50 تاڤي سباليقڽ سوامي 100 إيستري 100
Jadi antara perkara yang perlu dilakukan bersama-sama (atau bergiliran) termasuklah ialah;
  • Menyediakan makanan (memasak)
  • Menguruskan baju (basuh, lipat, gosok)
  • Kemas rumah dll
Hmm, banyak perkara sebenarnya. Tapi pada hujung minggu ini aku mengambil kesempatan untuk mengasah kemahiran memasak, jadi aku membantu isteri di dapur. 
"Secara jujur aku masih tak pandai masak. Mungkin pernah cuba-cuba masak (seperti dalam entri yang lalu) tapi setakat itu sajalah. Masih perlu latihan dan tunjuk ajar. Dan Alhamdulillah, isteri sangat pandai memasak. Malah bersifat inisiatif untuk cuba-cuba belajar masakan baru.."
Semoga menjadi kenangan indah bersama pada hari tua nanti.. ^-^! Teringat aku ada tulis entri urus rumah dulu
"Al-Tabari meriwayatkan dari Aisyah r.ha dan ujarnya, Baginda saw membantu kerja-kerja rumah membantu isterinya seperti memotong daging, menyapu rumah malah membantu khadamnya melakukan tugas. Dalam riwayat lain pula menyatakan, Rasulullah saw menjahit pakaiannya, menampal kasutnya dan seperti lelaki lain juga yang membantu tugas isterinya.."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)