[Jom Baca] Why Men Don't Listen & Women Can't Read Maps [Edisi BM]

Bismillah, termasuk dalam senarai azam tahun ini ialah membaca buku; sebuah buku dalam sebulan. Kalau lebih banyak lebih bagus. Hanya terpakai kepada buku fizikal (sedangkan buku digital seperti eBook tak dikira, sebab bukan amalan aku baca buku digital)
"Selalunya aku tak begitu membaca sangat. Tapi teringat aku akan anak didikan aku dulu berdua. Yang mana, ibu bapanya sangat menggalakkan baca buku. Setiap kali keluar mesti singgah di kedai buku dan beli bahan bacaan apa-apa (yang mana pilihan mereka adalah novel tebal ^-^!). Sedikit tertarik dengan budaya mereka, lalu aku juga sedikit sebanyak berusaha untuk membaca juga.."
Seterusnya buku ketiga bagi tahun ini (2019) ialah:


Why Men Don't Listen & Women Can't Read Maps (Edisi Bahasa Melayu)
كوليت بوكو دڤن

Penulis: Allan & Barbara Peace
Penterjemah : Hasnah Ishak
Bil. Halaman : 311

Deskripsi (dari kulit muka buku belakang)
Lelaki dan perempuan itu berbeza. Bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain. Mereka cuma berbeza. Ahli Sains, Ahli Antropologi and ahli Sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dahulu lagi. Masyarakat hari ini mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama. Ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza.
  • Mengapa lelaki mendengar seperti patung
  • Mengapa peta boleh menyebabkan penceraian
  • Mengapa lelaki jatuh cinta dan perempuan putuskan cinta
  • Mengapa lelaki tidak mampu berbohong kepada perempuan
  • Mengapa apabila wanita bercakap, lelaki terasa dileteri
  • Mengapa wanita menghargai perhubungan, lelaki menghargai kerja
  • Mengapa lelaki berperut buncit dan perempuan berpunggung besar
  • Mengapa lelaki hanya melakukan satu perkara pada satu masa
  • Mengapa lelaki diibaratkan seperti ketuhar gelombang mikro dan wanita ketuhar elektrik
Buku ini bukan hanya membantu kita mengenali manusia berlainan jantina, tetapi juga memahami diri sendiri. Hasilnya, kita mampu menjalin hubungan dan interaksi yang lebih menggembirakan dan memuaskan

Markah (peribadi) : 4.5/5

Komen peribadi :
اكو ساڠت ريكومن بوكو إين كڤد ڤاسڠن سوامي إيستري (سام اد باور اتاو لام) سبب ڤستيڽ مريك داڤت هوبوڠ-كاءيتكن دڠن ڤڠالمن ماسيڠ٢
Beberapa pembelajaran & pengajaran yang aku dapat dari bacaan ini ialah;
Perbandingan ayat yang jelas dan ayat yang mengelirukan..
  • Perempuan suka cakap berkias. Selalu cakap belit-belit dan tak jelas maksud, sebenarnya mereka bertujuan ingin membina hubungan/komunikasi (memang bidang mereka ialah suka bercakap, jadi kena bagi ayat kabur supaya lelaki semakin bertanya dan mereka semakin rancak)
  • Lelaki suka perkara "terus-terang". Sebab memang lelaki lebih suka kenal pasti masalah dan terus selesaikan. Atau situasi lain, lelaki cakap terus terang supaya maksud sampai dan terus perkara dilaksanakan.

  • Lelaki hanya boleh fokus kepada satu perkara satu masa. Kalau tengah tengok (dan dengar bunyi) TV, jangan harap dia boleh dengar (dan layan) orang lain tegur bersembang. Sama ada terlepas ayat TV atau terlepas ayat sembang kawan, mereka kena pilih salah satu je. Sebaliknya dan menariknya perempuan boleh dengar dua-dua. 
ساي چوما نمڤق كوچيڠ سهاج كت سيتو. مان ادا ڤوكوق اتاوكريتا
  • Skop pandangan wanita lebih meluas, tapi skop pandangan lelaki lebih tertumpu (seumpama teropong)
ميستري ده ترجاوب كناڤ للاكي سلالو ݢاݢل منچاري بارڠ يڠ دسيمڤن اوليه ڤرمڤوان - سبب ڤندڠن للاكي ترتومڤو أومڤام ݢونا تروڤوڠ. لاݢي٢ كالاو لابل ترليندوڠ دسببكن ڤوسيسي بربيذا
  • Lelaki mempunyai kebolehan spatial yang lebih baik berbanding perempuan. Jadi lelaki selalu boleh tengok peta lebih baik daripada perempuan.. [nota - namun, tak dinafikan ada juga perempuan yang dapat menandingi lelaki tapi tak ramai] 
Kedua-dua peta ini sebenarnya merujuk kepada lokasi dan tujuan yang sama
دان ميستريڽ, راماي ڤرمڤوان تق بوليه  برڤندوكن ڤتا كيري اونتوق منچاري اره. مريك مستي ڤوسيڠكن ڤتا سهيڠݢا مڠهالا أوتارا بارو فاهم ڤتا دان بوليه تونجوق جالن

دان جاڠن هارڤ مريك بوليه بريتاهو كت مان ادا باڠونن اڤ جادي جاڠن تاڽ

Jom cuba ujian di bawah ni kalau nak tengok betul atau tidak - Mengikut buku tersebut; kebolehan spatial lelaki mampu menyelesaikan dalam masa KURANG DARI 3 MINIT. Manakala perempuan sama ada ambil masa yang lebih lama dari itu (atau menyerah kalah terus).

-----JOM CUBA----
Arahan: Bagi setiap baris, KOTAK yang manakah hasil yang paling tepat menggambarkan keratan rentas yang ditunjukkan?? 3 minit mula..

كالاو اندا بوجاي منجاوب دالم ماس كورڠ داري 3 مينيت, تهنيأه اندا مميليقي كبوليهن سڤاتيال سهيبت للاكي

Namun, pada akhirnya bukanlah kita bertujuan mencari perbezaan ini untuk membanding lalu memperlekeh atau merendahkan kemampuan pihak lain, tapi sebaliknya, dengan pemahaman demikian kita lebih harmoni dengan pasangan dan bertindak secara sinergi dan melengkapi mereka..

Jadi, semoga kita lebih memahami pasangan kita masing-masing..


-------- PENGUMUMAN! --------



  • Antara bacaan yang lain (yang pernah aku tulis dalam blog ini) boleh rujuk sini --> [page] Senarai Buku.
  • Jawapan untuk uji minda JOM CUBA tadi ialah : 1B, 2D, 3C, 4 (tiada). Anda betul dalam masa yang ditetapkan? Tahniah diucapkan




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)