Hati-hati memilih doktor
Bismillah. Sedangku melayari aplikasi facebook di telefon pintar. Jumpa lagi lagu perkongsian nasihat buat diri dan kawan-kawan. Menarik dan tertarik, maka ingin sekali lagi aku kongsikan dalam blog ini, semoga tak hilang pedoman..
Ada yang tanya saya, kan ramai doktor kat FB ni. Nampak ada yang macam terpesong sikit tapi mereka tak pasti. Netizen bukan reti nak bezakan.
Saya senang cakap macam ni saja.
Doktor yang patut kalian ikut dan baca ilmu mereka bagi adalah:
1. Doktor tu tak ada langsung buat promosi apa juga jenis produk kesihatan. Tak kiralah suplemen ke ramuan tradisional ke.
Dia nak jual tudung ke, ikan pekasam ke, kuih raya ke, silakan. Tapi bukan produk berkaitan perubatan yang tak ada kajian saintifik tahap tertinggi. Setakat uji kat makmal dalam piring petri atau tikus tak boleh. Kalau kajian klinikal pun yang tak kuat pun, tak guna.
2. Dia mesti ikut Clinical Practice Guidelines (buku panduan rawatan) yang KKM dah sediakan. Ni tak, dah terang benderang dalam CPG cakap, minum minyak zaitun takkan kurangkan risiko kena serangan sakit jantung, dia masih nak kata sebaliknya.
3. Dia bagi ilmu pasal perubatan percuma. Tak ada udang sebalik mee. Tak ada pun buat pengiklanan suruh datang klinik dia, secara langsung atau tidak.
Kalau dia tak tulis apa-apa pun ilmu dekat FB ni, duit yang masuk poket dia sama saja.
4. Dia tak sebut spesifik jenama suplemen atau vitamin yang dia cadangkan untuk ambil pada pesakit dekat FB. Maknanya kalau dia kata, mak mengandung kena ambil asid folik sebab kajian terbukti boleh kurangkan risiko bayi cacat otak atau saraf tunjang, dia sebut asid folik. Dia tak ada pun sebut kena beli asid folik yang Goncangli jual ke, tak. Dia tak kisah pun jenama apa. Yang penting dos tu betul. Dan ia berdaftar dengan KKM.
5. Dia tak rekemen atau bagi apa juga nasihat dalam talian. Apatah lagi nak bagi cadangan rawatan yang sesuai tanpa tengok pesakit depan mata. Ada doktor siap suruh bayar kelas dalam talian dia lagi. Nombor WA terpampang kat FB. Rupa-rupanya dia ada produk nak selit sekali. Kalau doktor yang tak ada kepentingan, takkan letak nombor telefon dia.
6. Dia tak jual diri dia melebih-lebih. Ni tak, bidang yang dia sebut tu, konon-konon dia pakar bab tu, sebenarnya tak diiktiraf pun di negara kita. Nak dapat gelaran pakar, dia mesti berdaftar dengan National Specialist Registrar. Mana boleh main petik saja suka hati.
7. Dia bukan duta produk kesihatan tertentu. Ni tak, letak stetoskop atas bahu, pakai baju putih tu, lepas tu pegang produk ambil gambar jadi iklan. Tak boleh. Tu dah ada konflik etika.
Saya sentiasa berdoa pada Allah SWT.
Tolong tetapkan hati, jiwa dan minda saya di landasan yang betul dan benar setiap masa.
Tolong jangan pesongkan diri saya kerana gelap mata dek duit.
Tolong jauhkan saya dari terjerumus dari lembah yang ada mereka yang ketepikan sumpah janji sebagai doktor sebab harta benda.
----- salin tampal langsung dari salah satu pos nasihat di media facebook oleh Rusyainie Ramli -----
[nota - terdapat olahan dari aspek penekanan mesej iaitu melibatkan pewarnaan, bold dan lain-lain supaya nampak isi penting]

هاتي٢ دڠن سݢلينتير دوكتور |
----- salin tampal tamat -----
"سموݢ اكو منجادي سأورڠ دوكتور يڠ بإيق" -
entri HO Arc! Episod 44 (akhir)
Ulasan