HO Arc! Episod 44 (akhir)
"Nama aku Syed. Dulu aku seorang HO di HKL. Siri HO Arc berkisar sedikit sebanyak kisah pengalaman serta pendapat peribadi aku sepanjang mengharungi detik-detik sebagai houseman officer.."Sejenak mengimbau episod silam..
Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G (posting pertama)
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery (posting kedua)
Episod 9 -23 : posting medical (posting ketiga)
Episod 24- 34 : medan perjuangan di paediatrik (posting keempat)
Episod 35-39 : posting kelima orthopedik
Episod 41 : battle zone Green & Yellow (part 1)Episod 42 : battle zone Red
Episod 43 : battle zone Green & Yellow (part 2)
Episod 44 : epilog HO & prolog MO-Ship (1 May - 28 May 2015)
Alhamdulillah, selesainya peperiksaan viva pada 1 Mei 2015 dan aku dah pun lalu. Jadi aku perlu menghabiskan sisa-sisa masa postingku terus mengambil pengalaman bekerja di zon-zon kecemasan sini (serta menyempurnakan logbook pula)..
[Nota - tarikh entri ni dah lebih 2 tahun, disengajakan agar aku melepasi timeframe berisiko tinggi.. Tapi akibatnya dah hilang pula sumber idea entri ni.. Maka aku hanya tulis sedikit sebanyak sekadar ingatan saja..]
"Mengakhiri jawatan HO, timbulnya persoalan: Aku nak jadi doktor yang macam mana (merujuk kepada perwatakan & perangai dan bukannya hala tuju pengkhususan)?"Sepanjang aku kerja di bawah jagaan senior (Konsultan, Pakar, MO mahupun HO) aku perhatikan pelbagai ragam dan perangai masing-masing yang aku kira unik. Dulu aku pernah terbaca akan satu 'perkongsian' di laman sosial facebook tentang idealis kerjaya doktor ni..
Hakikat bidang kedoktoran ni bukannya sesuatu yang baik/hebat belaka, di sebalik usaha 'mulia' doktor dalam merawat dan menyembuhkan pesakit, terdapat banyak konflik yang berlaku melibatkan doktor terhadap semua pihak. Ditekankan dalam perkongsian tersebut betapa pentingnya tolak-ansur dan komunikasi oelh doktor terhadap semua pihak.
"Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.."
credit image to One Pint Normal Saline |
Walaupun aku pada saat tulis ni dah 2 tahun lebih melepasi jangka masa HO, namun sampai sekarang aku masih dapati konflik ridiculous referral tetap tidak berubah di mana-mana pun..
"Ridiculous referral sila fahamkan sebagai sesuatu kes rujukan yang tidak sesuai dilakukan terutamanya bagi perkara yang remeh-temeh. selalunya didapati mengganggu serta menyusahkan doktor oncall bertugas. Maka secara normalnya doktor akan berang dan marah"Namun, Perkongsian (yang aku baca) tersebut lebih menegur sikap kebanyakan doktor oncall (yang berang & marah-marah) apabila menerima ridiculous referral. Antara mesej yang cuba disampaikan (aku tak ingat ayat formal perkongsian tersebut)..
credit image to One Pint Normal Saline |
"Kalaulah anda ditugaskan untuk oncall, maka bersyukurlah hanya kerana kes rujukanlah yang akan menghalalkan rezeki oncall anda. Anda dibayar untuk menangani semua isu-isu rujukan yang berkaitan dengan jabatan anda. misalnya, anda oncall mewakili jabatan kardiologi/jantung, maka tugas oncall anda ialah menangani semua isu dan pertanyaan berkaitan kes kardiologi. Hal ini kerana andalah orang yang diluluskan (authorized) untuk mengendalikan semua isu tersebut pada hari oncall itu. (Diperihalkan dunia perubatan sentiasa penuh dengan isu medico-legal & etika, maka semua benda kena rujuk dan rujuk) jadi nak tak nak, memang anda perlu memberi input tentang apa jua isu yang berkaitan yang bidang yang anda oncall itu."
"Jadi boleh tak, jangan marah-marah kepada pihak perujuk. Boleh tak wujudkan daya positif dalam suasana kerja..?"
credit image to One Pint Normal Saline |
Tatkala kerjaya doktor sentiasa dipenuhi tekanan dan stres, aku rasa logiklah apabila seseorang insan bertindak melepaskan stres tersebut kepada pihak sesiapa saja jururawat, pesakit, staf teknikal, junior, cleaner, pelawat.................. dan banyak lagi dalam senarai..
"Teknik defence mechanism to stress ini adalah dalam kategory projection" (kalau ingat lagi aku ada kongsi entri sendiri recovery time from stress)"Susah nak nampak golongan ni menyebarkan tenaga positif. Sangat-sangat jarang dan rare.
"Teringat aku entri lama otsukaresama-desu!"Kena Empati ^-^!
Sampai hari ni, setiap hari aku nampak memang ada je adegan menyalahkan semua orang (dan selamatkan diri sendiri..
Ridiculous referral --> berang & marah
Tak refer case (tapi tengok-tengok keadaan dah teruk) --> marah juga
Tak buat blood test seperti yang diminta (semasa referral) --> marah-marah
Memandai-mandai buat blood test sebelum beritahu kes (lepas tu tiba-tiba keputusan tak bagus) --> marah lagi
Staff nurse inform issue tengah malam --> berang & marah
Staff nurse tak inform issue tengah malam --> berang & marah juga
Pesakit tak makan ubat --> marah
Pesakit datang lambat --> marah
Printer rosak --> marah staf
Lab result tak sampai --> marah
lambat buat Xray --> marah
Cleaner tengah bersihkan bilik --> marahBanyak lagi contoh lain >_<! susah hati aku nak ingatkan semuanya.. . Selalunya kita hanya marah-marah disebabkan kita hanya lihat/dengar/alami situasi dari satu sudut peribadi & kepentingan sendiri. Maka sebarang konflik yang tak kena dengan kehendak peribadi maka timbulnya perasaan marah & berang. Tapi kalau difikirkan semua konflik ni boleh dielakkan bila adanya tolak-ansur dan empati dalam diri kita. Jadi marilah kita cuba berusaha untuk dengar/lihat/alami seperti mana pihak lain dengar/lihat/alami..
Kebetulan terjumpa satu video yang bersesuaian tentang empati ni. Jom tengok dan hadamkan..
"Semoga aku berusaha menjadi doktor yang baik.. Amin~"
Ulasan