Homebaker


Entri ini adalah bersempena laman promosi ChocoChip. Mungkin suatu masa nanti aku tertanya-tanya kembali bilakah bermulanya semua ini. Jadi ini menjadi catatan diari tentang saat langkah pertama..

Pada satu hari ni, ketika pulang dari kerja. Buka pintu rumah tiba-tiba aku terbau kuih bakar yang wangi.. kelihatan isteri sedang membakar kuih coklat cip ala famous amos di atas dapur api secara teknik pengewapan..
"Rawak betul idea dia (isteri) tiba-tiba bakar kuih pula? Mungkin ke dia (isteri) teringat aku pernah tulis entri blog resipi pasal ni (rujuk entri memasak (3)) ke? " - fikirku
Nota - sebelum berkahwin, aku pernah meminta isteri agar meneliti entri-entri di blog aku ini untuk dia lebih mengenali aku. Jadi mungkin sekali-sekala dia (isteri) rujuk mana-mana entri/topik yang berkaitan.
 "Nak beli oven boleh tak? " - pintanya beberapa hari selepas kejadian tersebut..
Aku tahu isteri suka memasak. Dan dia memang pandai memasak. semua masakan dia sedap. Lantaran dia ni seorang suri rumah dan hobinya ialah memasak, maka aku berasa aku perlu memenuhi permintaan dia yang berkait dengan hobinya itu..
(membuatkan aku teringat akan akad nikah kami dulu bahawa aku akan menjaga dia baik-baik --> maka kalau dia suka masak, memang tugas aku untuk cuba menyediakan kelengkapan baginya untuk memasak)
Jadi kami berdua keluarlah ke kedai untuk beli oven seperti yang diharapkan. Aku memilih spesifikasi sederhana je. Maka sejak tu maka bermulalah dia membakar lagi biskut coklat cip..

Tapi isteri ni masak dalam kuantiti yang banyak. sebabnya sebiji kecil unit biskut hanyalah seberat dalam 3-4g je. Jadi satu adunan boleh dapat 350++ unit. Sampai satu masa terlampau banyak pula. Jadi isteri minta aku jualkan lebihan tu pada kawan-kawan ^-^!
"Maka sejak itu, aku sedikit sebanyak membantu isteri mempromosikan biskut chocochip ini.. Tak sangka ada juga yang memberi sambutan.. ^-^!"
-----------------------------------------------------------------------------------

some other stream of thought
  • Walaupun isteri hanya suri rumah, tapi bagi aku suri rumah ini ada potensi / kelebihan luar biasa..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)