TELAMI study
Nota - dialog berikut adalah alih bahasa perbualan asal. Saja-saja aku alih ke bahasa tempatan ^-^
TELAMI merupakan satu kajian baru yang dilaksanakan buat kali pertama di Asia Tenggara, iaitu mengkaji tentang nilai 'nasib' bagi panjang 'telomer leucocyte' terhadap pesakit serangan jantung
(sesuka hati terjemah sendiri~ ^-^! tapi sila baca sebagai: Prognostic Value of Leucocyte TELomere Length in patient with Acute Myocardial Infarction).
Kajian ini melibatkan dua kumpulan utama peserta iaitu (i) peserta sihat [aku guna istilah TELAMI healthy] (ii) pesakit serangan jantung [aku guna istilah TELAMI patient]. Sasaran kajian adalah lebih kurang 150 orang bagi setiap kumpulan
Selepas baca-baca dan hadamkan maka apa yang boleh aku cuba terangkan ialah..
"D, sampel TELAMI dah sampai bilangan ke-190 dah hari ni.. Masih nak terus cari lagi ke? Atau boleh berhenti cari rekrut ??"
"Cukup la tu. Syabas kepada semua pihak yang menjayakan pengambilan spesimen dari sampel TELAMI sihat.."
"Lepas ni, saya boleh tolong menguruskan spesimen TELAMI 'sakit' pula.."Dah lepas 3 bulan sejak aku mula melibatkan diri dalam kajian TELAMI. Pada masa itu, ramai dari rakan seperjuangan aku telah melibatkan diri dalam pelbagai kajian lain, lalu datang la boss aku (sebab aku takde tugas khas lagi masa ni) meminta pertolongan aku mencari rekrut. Maka jadilah aku membantu boss pada setiap sesi pagi Selasa & Khamis.
"Jadi apa dia TELAMI ni?Fokus - TELAMI
TELAMI merupakan satu kajian baru yang dilaksanakan buat kali pertama di Asia Tenggara, iaitu mengkaji tentang nilai 'nasib' bagi panjang 'telomer leucocyte' terhadap pesakit serangan jantung
(sesuka hati terjemah sendiri~ ^-^! tapi sila baca sebagai: Prognostic Value of Leucocyte TELomere Length in patient with Acute Myocardial Infarction).
Kajian ini melibatkan dua kumpulan utama peserta iaitu (i) peserta sihat [aku guna istilah TELAMI healthy] (ii) pesakit serangan jantung [aku guna istilah TELAMI patient]. Sasaran kajian adalah lebih kurang 150 orang bagi setiap kumpulan
"Aku ditugaskan untuk menguruskan kumpulan TELAMI healthy yang mana aku perlu mencari sukarelawan lantas mengatur temujanji dalam penyertaan kajian ini. Sementara adanya rakan sekerja James, Naemah, Rebecca menguruskan TELAMI patient"Bagi setiap kali sesi pertemuan pertama dengan sukarelawan baru, aku ringkaskan penjelasan sepertimana gambarajah berikut;
Selepas baca-baca dan hadamkan maka apa yang boleh aku cuba terangkan ialah..
- Telomer adalah protein DNA kompleks yang terdapat pada hujung kromosom, wujud pada setiap individu
- Fungsi telomer (secara teorinya) ialah melindungi DNA daripada tekanan *stress (*kesan proses operasi membahagi, memperbaharui untuk memberi tumbesaran badan individu, berlaku setiap hari saban manusia kian membesar) jadi telomer semakin lama semakin pendek
- (hipotesis) Semakin meningkat usia individu, semakin pendek telomernya
- (hipotesis 2) apabila seseorang mengidap serangan jantung (AMI), maka telomer menghadapi tekanan stress yang lebih kuat --> menyebabkan 'kadar telomer memendek' adalah lebih cepat daripada kadar biasa
- apabila telomer mencapai satu tahap kepanjangan, maka pada masa itu individu lebih mudah mengidap penyakit (fokus kajian ini adalah serangan jantung)
- dalam situasi lain, tatkala seseorang mengidap serangan jantung, maka kepanjangan telomer akan memberi idea bagaimana 'nasib' pesakit tersebut walaupun diberi rawatan optimum.
Demikianlah yang aku faham setakat ini. Namun, pada kaca mata sebagai peserta, aku berpendapat mereka boleh dapat manfaat yang mana
- Untuk diri sendiri --> program saringan kesihatan (jantung) secara percuma diberikan berbentuk Echocardiogram, ECG serta ujian darah rutin
- untuk golongan pesakit akan datang (mungkin 10-20-30 tahun, siapa tahu..) --> keputusan kajian ini sangat membantu golongan doktor untuk membuat keputusan rawatan terbaik untuk pesakit yang bersesuaian.
Semoga kajian ini bermanfaat buat semua. Insya-allah..
Ulasan