Sepanjang kursus induksi..

Dah 4 hari sejak entri yang lalu, banyak pula persoalan yang datang menyelubungi diri.. Disebabkan pendirian aku hanya post entri sehari sekali  maka entri kali ni hanyalah sekadar ringkasan tentang sebilangan Arus Fikiran yang timbul sepanjang kursus induksi yang berlangsung pada 18-21 Disember 2012..

Fokus A - epilog cabaran memandu
(sambungan dari entri lalu, sila rujuk Cabaran untuk memandu untuk penjelasan lanjut)
Nak tak nak, akhirnya aku 'terpaksa' menyahut cabaran memandu ke Melaka ni >_<! Alhamdulillah perjalanan pergi tiada berlaku apa-apa masalah pun. Bahkan, sedikit sebanyak telah menambah keyakinan aku untuk memandu lagi pada masa akan datang ^-^ Yosh~
"See? it's not that bad after all ^-^ you can accomplish almost anything if you put your mind into it.."
Berbekalkan keyakinan diri yang semakin membina, malah aku cuba membantu kawan-kawan aku dengan menghantar mereka ke beberapa destinasi ketika perjalanan pulang (selepas habis kursus induksi). Namun pada saat akhir, akhirnya aku ditimpa musibah pula >_<! Bagaimana terjadinya tu:

"Ketika hampir ke destinasi rumah aku sendiri, hujan turun lebat. Jalan raya di KL telah sesak lantaran peak hour.. Maka beratur juga la aku sepanjang MMR2 dengan arus yang perlahan ni.. Pada suatu ketika kereta tengah berhenti di jalan berbukit. entah macam mana, aku hilang fokus dan lupa masuk gear (masa ni gear tengah neutral sebab aku berniat nak rehatkan kaki clutch sekejap), jadi kereta pun berundur la saat aku cuba untuk mengikut arus pergerakan trafik, sampai terlanggar dengan kereta belakang.."
Astaghfirullah >_<! macam mana boleh jadi macam ni.. Kalau nak suruh aku berikan alasan, maka:
  • Benarlah kata di sekolah memandu dulu: "kemalangan (atas kecuaian) itu lebih kerap berlaku apabila kita hampir dengan destinasi.." --> mungkin pada masa itu, otak kita mula masuk phase rehat skit lantaran dah nak sampai..\
  • Setelah 5 jam di jalan raya, aku semakin penat dan daya tumpu aku semakin berkurangan, ditambahi pula hujan lebat >_<! kan dah hilang fokus..
  • Dan sememangnya kelemahan utama aku dalam memandu terletak pada kemahiran di bukit.. Kalau tak mati enjin, langgar.. (dan sebaliknya) v_v ya Allah..
Down la juga semula (sekejap).. Baru nak confident skit >_<! takpe la, setidaknya aku dapat belajar dari pengalaman ni.. dan beberapa pengalaman lain yang berkaitan dengan memandu ni.. 
"don't give up! walaupun kena tanggung akibat kecuaian ni (iaitu kena repair skit kemik tu)"
Fokus B - suasana Pantai yang aku suka..
Kursus induksi aku bertempat di pantai puteri, Melaka. Pantai, yeah! ^-^ aku paling suka pergi (melancong) ke kawasan pantai.. Suasana di pantai memang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.. dan panorama matahari terbit dan terbenam sungguh mengasyikkan..

Teringat aku akan fakta tentang laut, menariknya laut ni adalah contoh yang baik untuk menunjukkan kebesaran Allah s.w.t, antaranya termasuklah:
  • Pertemuan air tawar dan air masin, namun terdapat dinding yang membataskan di antara keduanya (seperti mana dalam Al-Quran surah ke 25:53)
  • Wujudnya pelbagai sumber bumi seperti ikan dan hidupan laut, garam, mutiara dan petroleum (dan banyak lagi)
boleh baca artikel ni kalau berminat --> Kebesaran Allah melalui penciptaan laut. Teringat aku akan nasihat daripada seorang sahabat ni (aku dah lupa siapa, namun pastinya ni adalah quote seseorang)
"kalau nak lihat kebesaran Allah, maka lihatlah lautan.."
Fokus C - kehendak diri VS keluarga >_<!
Hal ni berkaitan dengan penempatan pusat tanggungjawab (kalau istilah biasa = tempat kerja) aku. Pada dasarnya keluarga aku inginkan aku kembali ke rumah iaitu kerja di kawasan rumah je.. Sementara aku pula ingin terus mengembara ke dunia baru untuk mencari pengalaman secara sendirian (replay persoalan entri sejak tahun 2001 lagi..). Jadi siapa yang akan menang ni..? Ya Allah, kepadaMu aku berserah..

Dan akhirnya ditakdirkan aku bekerja di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mulai 24 Disember 2012 nanti >_<! sure, kehendak family telah menang kali ni.. tapi, atas sebab tertentu fikiran aku jadi runsing pula.. what is in my mind anyway..? Jom tengok next focus...

Fokus D - Perasaan cinta?? 
Persoalan utama yang merunsingkan aku pada ketika itu ialah aku khuatir bahawa aku akan berpisah mutlak dengan seseorang ni >_<! tiba-tiba risau pula dia diambil orang pada kala aku sedang berkhidmat di HKL nanti.. beginilah 'kekalahan' yang aku fikirkan melalui takdir tersebut.. 
"Namun, misterinya aku dan seseorang ni masih belum jelas sesama sendiri.. dan kami bukanlah mempunyai sebarang hubungan rapat walaupun sebagai kawan.. dan bertambah misterinya, aku acap kali terfikir dia ketika menjalani kehidupan aku sendiri. Sure, masih belum bertahap menggugat prestasi kehidupan aku.. tapi aku ingin tahu, apa perasaan ni sebenarnya..?
Fokus E - sikap pentingkan diri sendiri v_v
Pada satu ketika semasa berkursus ni, ada satu slot permainan yang mana peserta perlu membentuk kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang mengikut kriteria tertentu. Spesifik arahannya:
"Anggap nilai lelaki seperti RM1, manakala perempuan pula bernilai 50sen, jadi kamu dikehendaki membentuk pasangan/kumpulan seperti nilai yang akan saya sebutkan ini dalam masa 10saat.. bagi peserta yang gagal membentuk kumpulan tersebut akan disingkirkan (dari permainan ini).."
"baiklah saya nak kumpulan bernilai RM2.50" --> sama ada (2L+1P) / 5P / 1L+3P
"kemudian saya nak kumpulan bernilai RM3.00" --> 3L / 6P / 1L+4P / 2L+2P
"sekarang saya nak kumpulan bernilai RM1.50" (bertujuan nak pecahkan balik kumpulan besar jadi kecil semula) 
Dari permainan ni, entah kenapa aku berasa tak selesa bila mana jelas nampak peserta bersikap mementingkan diri sendiri untuk mencapai objektif tersebut.. nampak sangat la adegan mencuri peserta kumpulan lain (untuk lengkapkan kumpulan sendiri), khianat, tolak tepi ahli untuk cukupkan nilai sasaran >_<!

Kalau difikirkan, tentulah pengajaran permainan ni adalah agar kita sedar bahawa realiti kehidupan itu perlu kepada bersikap pentingkan diri sendiri. iaitu dalam realiti, manusia akan saling bersaing untuk mengalahkan sesama sendiri dan mengejar kejayaan (eg. pangkat, gaji dll)..
"still, i wish for a world where people will have win-win situation.." <-- pendirian yang naif
Fokus F - perpisahan dengan kawan
Pada hari terakhir kursus, entah rasa sayu pula bila fikirkan bahawa rakan seperjuangan aku yang sama-sama sejak zaman universiti dulu, kali ni bakal mengharungi jalan masing-masing v_v i am going to miss our old times..
"Haah, lepas ni semua akan ikut haluan masing-masing v_v harap hati kita akan sentiasa tergerak utk berjumpa semula, suatu masa nanti.." - status facebook bertarikh 21 Disember 2012

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)