Nilai kekeluargaan..

Ketika belajar di universiti dulu, aku mempunyai 2 buah keluarga angkat.
  1. Keluarga angkat ni terjalin secara rasminya melalui program anak angkat anjuran universiti sebagai sebahagian dari kurikulum bidang perubatan. Walaupun program tu hanya berlangsung selama 2 tahun, namun aku memilih untuk terus berhubung dengan keluarga ni (sekadar melawat secara bulanan)
  2. Keluarga angkat kedua ini terbentuk secara tidak rasmi, kerana interaksi awal antara kami lebih kepada satu urusan kerja. Namun, setelah kenal beberapa lama tanpa sedar aku didapati telah rapat dengan ahli keluarga tersebut. Banyak aktiviti keluarga yang aku turut serta ^-^! (jujurnya aku rasa tak best pula bila fikir dah ganggu privacy keluarga orang..)
Demikianlah sedikit sebanyak tentang keluarga angkat aku sepanjang aku mengaji di UNIMAS. Secara jujurnya aku menjelaskan, setiap satu keluarga yang aku ada (termasuk keluarga kandung aku sendiri) mempunyai latar belakang & cara hidup yang nyata berbeza. Menariknya, aku perlu suaikan diri kepada ketiga-tiga keluarga ni.. Tapi bagi aku itu semua tak penting, sebab fokus aku ialah..

Focus - Nilai kekeluargaan (abaikan keluarga kandung aku sendiri)
Kalau diperhatikan, walaupun masing-masing mempunyai latar belakang yang berbeza, namun ada satu persamaan yang menarik perhatian aku (dan seterusnya membuatkan aku ingin terus meluangkan masa bersama mereka masing-masing), iaitu nilai kekeluargaan yang intim dan mesra.

Salah satu daripada keluarga angkat aku ni menjalani kehidupan yang susah dan serba kekurangan. Kehidupan keluarga petani yang kais pagi, makan pagi serta perlu menanggung isi rumah yang ramai (sejumlah 9 orang ahli keluarga semuanya), menariknya aku dapati ahli keluarga ni mempunyai hubungan yang intim.. selalu makan sama-sama, menghadapi satu musibah (eg. banjir) sama-sama, meraikan sesuatu secara bersama-sama (eg. doa selamat, hari raya, kenduri kahwin). Walaupun mereka hidup serba kurang, namun aku dapat nampak pada ekspresi muka masing-masing adanya satu kebahagiaan bersama keluarga. Aku berpendapat hala tuju keluarga ni lebih kepada "biar hidup bahagia, tak kisah la pelajaran/pekerjaan apa sekali pun"

Sementara keluarga angkat yang satu lagi, berlatar-belakangkan kehidupan yang serba 'up', kesan dari pengalaman tinggal di oversea. Setiap urusan/perkara pun ada prinsip dan cara yang tersendiri (jadual yang tegas dan sibuk, tak boleh meluangkan masa sangat untuk aktiviti lalai). Hala tuju keluarga ni "inginkan kehidupan yang begitu stabil dan berpelajaran, maka objektif utamanya memburu kecemerlangan dalam pelbagai aspek". Namun dalam pada itu, aku dapat nampak betapa si ibu bapa begitu prihatin terhadap masa depan anak-anak mereka. Dan pada suatu masa, aku dapat nampak mereka ada juga meluangkan masa berkualiti sesama ahli keluarga.. hmm, mungkin begitulah cara mereka mengekspresikan kebahagiaan masing-masing..

-----------------------------------------------<section closed>-------------------------------------------
Tak kisahlah latar belakang macam mana sekali pun, aku tetap nampak adanya hubungan intim sesama ahli keluarga bagi kedua-dua keluarga angkat aku ni. Aku dapat belajar sesuatu untuk dipraktikkan dalam keluarga kandung aku sendiri nanti.. 
"Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan" v_v
Takde la nak kata keluarga aku tak bahagia. Cuma, dari dalam hati, adanya kekurangan kalau nak dibandingkan dengan keluarga lain. Sebab itulah aku meluangkan masa untuk memerhati hubungan keluarga lain. Niatnya untuk mencari satu nilai agar dapat memperbaik hubungan keluarga aku sendiri.. Insya Allah..
"The closest person for you to share your good and bad is always your own family. So it's important to have good relationship among each other.. So please work hard for it" v_v

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)