Rutin asrama yang ingin aku kekalkan..

Dari istilah asrama ni merujuk kepada kehidupan aku semasa bersekolah dulu, mencakupi kedua-dua sekolah aku (SMK Segambut Jaya, 2001-2003 dan SBPI Rawang, 2004-2005) yang mana adanya peraturan yang perlu diikuti (Sementara ketika di matrikulasi dan universiti, pelajar lebih bebas untuk melakukan aktiviti masing-masing).

Aku percaya kebanyakan kawan-kawan aku lebih sukakan kehidupan yang bebas, boleh buat apa saja di luar waktu pembelajaran (eg. nak tidur, jalan-jalan dll). Dan tentulah, aku pun seronok dapat meluangkan masa dengan aktiviti kegemaran sendiri (main game, layari internet) bila berkesempatan. Namun, bila diimbau semula, rupanya kehidupan aku yang lalu adalah lebih baik (dari aspek meluangkan masa lapang secara bermanfaat). Oleh itu, perlunya aku cedok semula beberapa unsur dari sistem sekolah asrama dalam kehidupan aku dewasa ni..

Focus 1 - bacaan Asma'ul Husna (اسماء الحسنى)
  • SMKSJ dulu, sebelum ke sekolah, para pelajar akan beratur dulu di dewan terbuka ramai-ramai, baca asma'ul husna, baru gerak ke sekolah. Dan juga Asma'ul Husna dialunkan ketika role-call sebelum balik bilik dan tidur.
  • Sementara di SBPIR pula, Asma'ul Husna ni dibaca sebelum kelas pertama dimulakan, iaitu adanya perhimpunan pagi 5 minit, baca Asma'ul Husna dan terus bergerak ke kelas masing-masing
Aku tertarik dengan cara zikruAllah pada permulaan hari (sebelum memulakan belajar/kerja) dan pengakhiran hari (sebelum tidur), ia cuba mendidik diri kita agar sentiasa ingat Allah. Kan bagus kalau diteruskan dalam dunia kerjaya kita kelak ^-^

Oh ya, dalam muhasabah diri, sukanya aku menggunakan pencapaian bertahap seperti berikut:
---------------------------------------------------------------------------
level 0 - masih belum mengamalkan lagi
level 1 - usaha untuk beramal dah ada, tapi tak konsisten (selalu lupa/ lalai)
level 2 - mengalunkan bacaan asma'ul Husna secara konsisten
level 3 - ditambahi pemahaman dan penghayatan *maksudnya
---------------------------------------------------------------------------
Alang-alang dah kata pasal pemahaman dan penghayatan *maksud, jom kita belajar tentang maksud dan fadhilat Asma Ul Husna (link) ni. Antara hadith yang disertakan:
Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu, barang siapa yang menghafalnya akan masuk syurga" (Riwayat Bukhari)
"semoga diri sendiri (dan kawan-kawan juga) sentiasa termasuk dalam golongan orang yang berusaha memperbaik amalan masing-masing. Aamiin~" - doa sendiri
Focus 2 - Maghrib dan Isya' diluangkan dengan aktiviti surau
  • Kedua-duanya sekolah aku ni cuba menerapkan didikan rohani di surau setiap hari, terutamanya ketika Maghrib dan Isya' melalui tazkirah, ceramah, mathurat, bacaan yasiin, solat hajat, solat sunat rawatib dan pelbagai lagi.
  • Secara peribadinya, aku bersyukur dengan jadual tersebut sebab aku dapat mengaji Al-Quran secara konsisten ketika di sekolah dulu setiap hari.
Sedihnya, meningkat dewasa ni, aku mendapati diri sendiri semakin kurang ke masjid/surau (walaupun ada surau di belakang rumah sejauh 100m) >_<! Ya Allah, tak boleh jadi ni. Setidaknya, solat fardhu berjemaah pada awal waktunya pun dah ok..

Focus 3 - bangun Subuh
  • Kedua-dua sekolah aku ni juga berusaha untuk mengejut agar bangun solat subuh pada waktunya. Ada sampai siram budak, dan di SBPIR siap kena rotan lagi siapa yang lewat.
Bagi aku, perasaan dapat solat subuh pada waktunya memang terbaik! sebaliknya kalau "Subuh gajah", aku selalu berasa tak selesa dengan pencapaian aku ni.. Pada kesempatan ni, aku teringat akan hadith (lagi):
"Sesungguhnya solat yang paling berat dilaksanakan oleh orang-orang munafik ialah solat Isya' dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui keutamaan keduanya, nescara mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Semoga kita dijauhkan dari sifat munafik ni. Jadi apa keutamaan yang cuba dimaksudkan pada hadith tersebut. Mungkin hadith berikut adalah antara jawapannya:
"Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah maka seolah-olah dia telah solat malam selama separuh malam. Dan barangsiapa yang solat Subuh berjemaah maka seolah-olah dia telah solat seluruh malamnya." (Riwayat Muslim)
--------------------------------------------<section closed>----------------------------------------------
Semoga amalan dewasa kita juga lebih baik dari amalan masa silam kita. In Sha Allah
Note - atas sebab tertentu, aku merujuk kepada entri Berdikari! ketika menulis kali ni. Hm, betapa besar impaknya sekolah asrama ni rupanya dalam kehidupan aku. Alhamdulillah~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)