Eye contact

"Betul ke kau nak berhenti kerja ni, Syed?" tanya rakan sekerjaku, A
"Betul", jawabku ringkas sambil menyusun barang di rak
"Betul la, dia dah nak kerja doktor dah lepas ni..", celah kawanku si B
"Eh, betul ke kau ni belajar doktor, Syed?", tanya si A lagi
"Ha'ah", jawabku lagi sambil buat kerja 
 "Eh, kau cuba cakap lagi sekali sambil tengok mata aku. Betul ke kau ni jadi doktor?", tanya A
"Betul.."
Demikianlah adegan yang berlaku hari ni. Serta-merta membuatkan aku ingin tulis dalam entri hari ni (minggu lalu pun ada trigger yang sama tapi babak lain, tapi last-last lupa pula. Kali ni tak lagi..) Here goes:

Focus - poor eye contact?!
Umumnya, Eye contact tu berlaku apabila mata (satu pihak) bertentang dengan mata (pihak lain) dalam sesuatu komunikasi. Ia berperanan penting demi mencapai komunikasi berkesan antara dua pihak, iaitu salah satu pihak lebih dapat menangkap idea/isi yang cuba disampaikan oleh pihak yang lain melalui pandangan mata insan tersebut. (eg. kalau marah, boleh nampaklah ekspressi marah --> kan dah boleh faham tu)

Tapi, masalah peribadi aku kali ni ialah aku tak selesa untuk mengukuhkan eye contact dengan mana-mana pihak yang berinteraksi dengan aku. Tak kira la lelaki atau perempuan, semuanya aku tak berani pandang secara terus di mata. Ada beberapa faktor yang boleh aku alaskan adalah:
  • Dari lahir lagi aku ada partial ptosis di mata kiri aku, jadi tentunya aku seboleh-boleh tak nak orang lain perasan kekurangan ni. Ye la, kalau orang dah tahu ada kemungkinan berlakunya bias pula bagi sesetengah golongan dan keadaan. 
  • Bagi sesetengah situasi, aku rasa eye contact ni lebih memberi tekanan pula. Misalnya ketika exam, tengok reaksi examiner menyebabkan banyak kali aku terumbang-ambing untuk mengorak langkah. Contoh yang lain, ketika konflik berlaku (eg. bergaduh/ bertengkar), pandangan mata tu tak sedap, seolah-olah seperti satu ancaman (apatah lagi sifat aku lebih kepada mengalah dan bagi dia peluang)
  • Dan lagi, aku berpendapat pandangan mata ni juga dapat menyampaikan isi hati sendiri (seolah-olah kita betul-betul determine dengan apa yg kita cakap). Disebabkan mindset yang sebegini, aku banyak kali elak eye contact agar isi hati aku tak berjaya disampaikan (maka jadilah ramai orang menganggap aku ni seorang yang misteri)
  • Dan secara spesifiknya, eye contact terhadap pihak perempuan sering mengingatkan aku agar menjaga pandangan. Mengelakkan dari melihat yang tak sepatutnya, serta juga menjaga diri agar tak sangkut pula dengan siapa-siapa secara rawak. Alang-alang ni, jom kita hayati balik ayat al-Quran berikut;
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (dari melihat yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan." (Surah An-Nur 24:30)
Namun, aku tetap mengakui bahawa eye contact tu memang penting untuk komunikasi berkesan. Selain itu, (tiba-tiba) aku terfikir bahawa eye contact juga boleh menunjukkan bahawa kita hormat dengan pihak yang sedang bercakap. Astaghfirullah~ Entah-entah makan dalam pula bagi orang bila tengok aku tak ada eye contact. In shaa Allah, aku berusaha berpada-pada lepas ni v_v maaf...

Nota - Poor eye contact ni juga menyebabkan aku susah nak kenal/cam atau ingat seseorang apatah lagi pada pertemuan yang lain. Jadi maknanya, kalau kawan-kawan tanya, "eh, kau ingat tak hari tu jumpa kawan aku si M dari KL" --> respon aku,"eh yang mana eh?" --> aku tak good eye contact la tu.. 
(boleh rujuk komik aku di photobucket episod 29b untuk babak yang relevan. Jangan lupa baca description gambar untuk sedikit ulasan)

Other stream of thought
Aku terjumpa artikel berkenaan konsep menjaga pandangan ni. Sila rujuk link konsep menundukkan pandangan untuk bacaan penuh ^-^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)