Transport ke tempat kerja..

Pada hari pertama lapor diri sebagai pegawai perubatan siswazah, banyaknya borang yang perlu diisi.. Gambar passport pun ternyata perlu sedia banyak-banyak (hampir 20 keping semuanya) >_<! Tengah-tengah isi borang tu, akhirnya sampai ke borang berkenaan kenderaan (tiket parking kenderaan yang khas untuk staff, kalau nak perlu isi borang dulu serta bayaran RM10 untuk 2 tahun). Tentulah aku terima keistimewaan tersebut dan isi borang tapi...
"Aku masih belum ada kereta milik sendiri lagi.. sedangkan yang sebelum ni hanyalah dari milikan keluarga.."
Untuk sementara waktu ni, aku menggunakan kenderaan awam (tren) ke tempat kerja. Setakat ni, masa perjalanan paling singkat ialah 40 minit. Alhamdulillah, aku masih belum lagi nak complaint tentang 'penat' dan 'membazir masa tunggu' tapi besar kemungkinan buat masa ni aku kekalkan niat untuk gunakan kemudahan awam ini..
"huh, kena berkejar menaiki tren pertama dan terakhir la nampaknya dalam tempoh tagging ni" >_<!
Cuma aku sangat pasti bahawa keluarga aku tak nak biarkan aku sebegini ^-^! aku tau ni takkan lama, jadi sebaiknya aku enjoy dulu perjalanan yang bersifat sementara ni..

Other stream of thought
  • Teringat aku kata-kata mentor aku di KMpK dulu, Encik. Azmi bahawa: sebagai pejalan kaki, jarak suatu perjalanan tu sebenarnya telah membantu kita mengurangkan stress (aku takrif dan faham apabila ketika berjalan kaki, kita akan memerhati kehidupan sekeliling).. Jadi sekali-sekala patut takde masalah ^-^! lagipun masih muda
  • Disebabkan waktu kerja yang begitu panjang, aku menganggap jalan kaki ke tempat tren ni sebagai satu-satunya senaman yang sempat aku laksanakan setiap hari.. bersenam la skit, setidak-tidaknya
  • Sebagai pejalan kaki, kita akan lebih simpati kepada pengguna jalan raya yang lain (eg. ketika hujan, kita lebih faham betapa susah-payahnya dibasahi hujan+tempias kereta)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)