Cabaran untuk memandu..

destinasi kali ni >_<!
Oh ya, kursus induksi aku akan diadakan di Melaka. Kebetulan pula, ibu bapa aku dah merancang nak balik kampung. Maka ni kali pertama aku bersendirian memandu ke destinasi yang ditetapkan >_<!
"Great! This is just interesting~"
Fokus - berkenaan pengangkutan ni..
Aku kena jujur la kat sini.. Aku bersifat tak yakin sikit apabila melibatkan pengangkutan persendirian (terutamanya memandu kereta). Sure, aku ada lesen competent bagi motosikal dan kereta. Namun, tugas memandu biasanya diserahkan kepada ahli keluarga aku yang lain.. Dalam bidang tugas ni, boleh kata aku hanya sebagai last resort (kononnya bila dah takde orang lain sangat yang boleh bawa kereta).. Kenapa aku tak yakin? Berikut antara alasan yang boleh aku hujahkan:
  • Skill memandu aku hanya bertahap basic. Lagi pula, masih belum cukup praktis agar diperbaik..
  • Roadmap aku sangat terhad, memandangkan aku lebih kepada seorang penumpang maka tentang peta jalan ni aku tak daftar dalam otak. Biasanya aku perlu 2-3 kali pandu sendiri di sesuatu jalan tu baru boleh kata "ingat"
  • Nightview aku bermasalah.. Sebab silau aku tinggi (andaian sendiri tanpa disahkan oleh pegawai perubatan). Ni aku perasan ada sekali aku naik motor waktu malam, memang silau sangat tengok lampu kereta yang bertentangan.. 
Disebabkan isi-isi tersebut, aku bertindak mengelak dari memandu kereta, banyak kali dalam situasi kehidupan. Sebaliknya, aku memilih alternatif lain:
  • Tren / Bas (ni terutamanya di kawasan rumah)
  • Motosikal (kalau available)
  • Jadi penumpang
  • Jalan kaki ^-^! (ni kalau jarak kurang dari 1km la misalnya ke kedai) 
  • Drive sendiri (<-- hiearki paling bawah)
Mungkin aku boleh dikatakan ada fobia sikit terhadap memandu ni. Namun, menarik lagi mengejutkan, ada juga situasi yang aku 'terpaksa' bawa kereta ^-^! tapi akhirnya takde apa-apa yang berlaku pun.. selamat sejahtera je Alhamdulillah..
"It's not that bad after all ^-^! there's nothing to be really afraid of.. driving can be fun if you know where to put it.." - cubaan untuk memujuk diri sendiri
Well, this is it! let's take it as an opportunity to experience what is world like to you. Tak boleh lari selama-lamanya, kan? Dunia dewasa ni bahkan sangat memerlukan kita agar berdikari dalam aspek bergerak ni..
Be strong will you, Syed? The others (your family and friends) actually have faith that you can make it (although they are worried in some point of time and place). You got *'Hazran' to begin with, it is your *special ability, after all(*tentang Hazran & special ability tu kena rujuk entri Maksud nama baru lebih faham skit kot) - cubaan meyakinkan diri sendiri.. 
Paling utama sekali kena berserah kepada Allah agar dipermudahkan perjalanan pergi (dan balik). In syaa-Allah ^-^!

Other stream of thought
Menariknya, orang lain sentiasa yakin kita mampu atau boleh lakukan sesuatu perkara berbanding dengan diri sendiri. Dalam hal ni, aku masih tak faham; Siapa yang lebih arif tentang kemampuan sendiri?? orang lain vs diri sendiri.. persoalan ni la yang aku nak kaitkan dalam status facebook suatu masa dulu.
"13 days left.. v_v let's forget about internal complexity and go for 'you can do it', just like what the others have always believe in you (me).." - status facebook bertarikh 25.9.2012 sempena musim peperiksaan akhir
Nampak tak? hikmah dijadikan kepelbagaian manusia (yang cuba ditunjukkan dalam entri ni: agar dapat membantu dan menyokong antara satu sama lain) ^-^ Allahu akbar.. ada dalil, tapi lupa pula.. suatu masa nanti aku edit semula entri ni dan isikan..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)