Belanja sakan?!

Oh ya, dah bulan disember >_<! biasanya bulan ni memang banyak belanja sakan membeli-belah di pasaraya.. Bagi mengelakkan terlalu belanja lebih (spending spree), maka ada beberapa garis panduan yang telah aku reka dan rancang untuk ikut.. Jom tengok dua fokus yang berikut.. (dalam entri ni aku buat fokus A je la, sementara fokus B lain kali dalam entri yang lain ^-^! maaf, maaf..)

Fokus A - teori (sendiri tentang) perbelanjaan berbaloi
Ketika dalam situasi membeli-belah suatu barangan (eg. handphone, kasut sukan, beg dll) yang memakan belanja agak besar, aku ni bukanlah jenis yang akan beli yang paling murah, bukan juga beli yang paling mahal.. Biasanya aku hanya memilih barangan yang sederhana harganya tapi berkualiti baik.. Sebenarnya, aku takde la berkira sangat tentang harga sesuatu barang tersebut lantaran aku mempunyai pelan pengurusan kewangan tersendiri, jadi biasanya aku tak bermasalah kalau sekali sekala berbelanja sakan ^-^! Jadi untuk lebih menyenangkan hati dengan mencapai pembelian berbaloi, yang berikut adalah formula sendiri yang aku reka ni: (^-^! last minit reka ni, suprisingly interesting in some way~)
jangka hayat (hari) x fungsi kekerapan      >   jumlah harga yang dibayar
  • jangka hayat (lifespan) - berkenaan jangka hayat ni, aku selalu menggunakan kadar RM1/sehari sebagai rujukan. Oleh itu, kalau beli handphone berharga RM800 --> aku menjangkakan ia perlu bertahan sekurang-kurangnya 800 hari (2 tahun lebih tu ^-^! kena jaga baik-baik la maksudnye) baru la aku katakan berbaloi beli handphone tu..
  • fungsi/ kegunaan - kalau nak beri barang mahal tu boleh tapi aku perlu manfaatkan kegunaan melebihi harganya.. Contoh lagi, misalnya aku beli smartphone berharga RM800, aku kena pastikan aku gunanya sehabis baik.. maka akhirnya aku gunakannya sebagai telefon, internet, kamera dan video.. Alhamduillah adanya kemudahan aplikasi software yang senang dapat.. maka aku tambahi fungsi sebagai scanner, notepad, terjemahan al-Quran, buku rujukan.. (ketika kira formula, aku guna bila fungsi sebagai rujukan)
  • Kekerapan penggunaan (dalam sehari) - kalau guna sehari sekali je maka dalam formula aku letak satu (1), kalau guna pagi dan petang aku kira sebagai dua (2)
Huhu, meh la aku berikan satu contoh, berlaku ketika aku merancang untuk beli kasut sukan adidas ^-^! tentulah, perkara ni adalah bersifat retrospektif je..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Harga: RM 250
Fungsi: pakai buat jogging (bilangan : 1)
Kekerapan: pagi & petang (2 kali la kan)
Jangka hayat: kira-kira setahun sebulan (akhirnya hilang dicuri orang >_<! hmm)

masuk dalam *Formula = (365(setahun) + 30 (sebulan)) x 2 (kekerapan) x 1 (fungsi)  
                                  = 790 (>250) 
*aku takde la skema sangat mesti kira betul-betul, tapi sekadar agak-agak je dah cukup sama ada hasilnya pasti melebihi harga yang dibayar atau tak

Kesimpulannya, aku rasa berbaloi beli kasut Adidas tu.. tak terasa rugi pun, sebab aku dah manfaatkannya sebaik mungkin (mengikut kefahaman aku la) 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Demikian la, antara prinsip aku dalam berbelanja.. Tapi masih ada satu lagi mekanisme bagi mengelakkan berbelanja lebih.. so, it is to be continued in some other time... Maaf ya ^-^!

Other stream of thought
Ketika berbelanja beli barang baru (selalunya pakaian, beg la) ni, sering aku berfikir:
"Apakah aku akan betul-betul memanfaatkan barang baru ni agar berbaloi?"
"Bagaimana pula dengan barang lama (walhal selalunya barang tu masih elok lagi untuk digunakan)? takkan nak sesuka hati je abaikan/ tinggalkan..?"  --> teringat karangan autobiografi bahasa melayu sekolah rendah 'saya sebuah beg' (selalunya karangan ni diakhiri secara sedih, eg. "tuan aku telah membuang aku kerana dia dapat barang baru. Aku berasa sangat sedih kerana tidak dapat berkhidmat lagi untuk tuan aku) --> tak sampai hati aku dibuatnya..
"senang hati je kita berbelanja sakan beli barang baru, sedangkan adanya golongan susah yang hanya mampu bermimpi untuk memiliki barang tersebut..."  
Perlunya rasa syukur dan cukup akan apa yang ada.. v_v

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)