Tagging

Apabila mula bekerja di hospital (lagi-lagi yang baru & asing bagi kita), tentunya kita perlu tahu tentang selok belok, kedudukan dan protokol hospital. Bagi tujuan tersebut, sistem tagging telah diperkenalkan agar houseman dan staf baru lain cepat-cepat membiasakan diri dengan sistem hospital. Sistem ni biasanya dijalankan selama lebih kurang 2 minggu, bermula jam 0700 hingga jam 2200 (15 jam semuanya) ^-^! lama kan?

Aku kali pertama dengar isitilah tagging ni, asyik terbayang 'name-tag'.. maksudnya kita nak memperkenalkan diri kepada staf di hospital bahawa kita ni staf baru dengan tunjuk muka dengan begitu lama sekali sampai mereka ingat..

Namun, akhirnya aku difahamkan bahawa tagger tu adalah 'tag-along' iaitu kita sebagai houseman kena ikut je pelbagai urusan/ prosedur yang dijalankan oleh medical officer/specialist, namun bezanya sebagai tagger, kita mesti mempunyai inisiatif tersendiri untuk belajar cepat cara-cara/ protokol di hospital tersebut sebelum tamat masa tagger, agar houseman cekap dan competent untuk menguruskan pesakit tanpa bantuan lain-lain.. sebab mereka takkan ajar secara suap v_v

Fokus - cabaran hebat kepada tagger
Namun, cabaran terbesar di sini adalah walaupun sebagai houseman, kita tetap dilayan seperti batu je.. Kalau senyap tak bersuara, maka yang para senior akan buat dek je.. takkan ajar apa-apa langsung, malah sibuk menguruskan kerja masing-masing. membiarkan kita terpinga-pinga tentang apa yang berlaku (kecuali adanya senior yang baik hati mengajarkan)

Keduanya, kita akan dibuli habis-habisan oleh pekerja lain (MO, specialist, nurse dll). Buat salah sikit (eg. tak selari dengan sistem hospital) mula la nak marah-marah. Ditambah lagi, bila houseman cuba jinak-jinakkan diri untuk buat prosedur, mula la mereka kata "korang tak pandai buat tak payah la buat". Yang paling tak bestnya, salah satu syarat lulus tagging dan diterima berkhidmat ialah kita mesti membuat beberapa prosedur dan diakui oleh staf lama..

Ketiganya, nasib Houseman secara umumnya terletak di bawah budi bicara senior. Yang mana, kita tak sepatutnya menjawab kepada mereka.. confirm kena target mereka nanti..

----------------------------------------------<section closed>---------------------------------------------
"i'll not wish that things turn out easier for me, however, i wish i become stronger to face all the challenge given to me " v_v

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)